MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, September 07, 2011

KONTROVERSI : Pembongkaran MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA


 HARDY BOY : Bila kes "MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA" yang bagi saya tak perlu kita nak layan sangatn orang yang bagi saya tidak siuman sedang hangat diperkatakan, saya teringat kepada kisah LINA JOY (Azlina Jailani) dahulu yang telah murtad (baca di sini kontroversi-kes-kemurtadkan-lina-joy) yang wajib kita jadikan ikhtibar.
 ---------------------------------------------------------------------


Sebelum ni pihak Gaysec telah mengenal pasti rupa "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara". Walaubagaimanapun, info tersebut tersilap dan permohonan maaf telah dibuat. 
Terbaru, Yang terbaru, Adlin binti Abdul Jalil telah dikenalpasti sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, tetapi
sejauh manakah kebenarannya & IC sape ntah dia amik, wallahualam. Semoga  "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara" ini akan terus dibongkar... 
Semoga penggodam-penggodam cyber berjaya membongkar makcik nie (yang mungkin juga bukan hanya terdiri daripada seorang individu)...
Web shit makcik nie>>>(kalau bole tak perlu la kita nak jenguk website nie, makin banyak sambutan makin la dia suke)>>>   makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com

 Klik untuk besarkan gambar
Klik untuk besarkan gambar
Klik untuk besarkan gambar


Polis dan SKMM Kesan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan identiti pengendali laman Twitter, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan terus menghina kesucian Islam dalam tulisannya.

Pengendali itu yang menggunakan nama @sitt_alwuzara dalam laman Twitternya kini dikatakan mempunyai seramai 3,255 pengikut yang mengikuti perkembangannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan SKMM untuk mengenal pasti identiti sebenar pengendali Twitter tersebut.

“Kita sedang mengesan lokasi pengendali Twitter itu sama ada dia beroperasi di negara ini atau di luar negara.

“Polis juga sedang menyiasat motif atau agenda di sebalik tindakan individu pengendali Twitter tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pemilik akaun Twitter yang sebelum ini cuba disekat oleh SKMM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Facebook dan blognya, kali ini terus mencabar kesucian Islam termasuk penggunaan gambar profilnya.

Gambar yang digunakan dalam akaun Twitter miliknya itu menunjukkan penyanyi pop Amerika Syarikat yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga sedang duduk di atas rumah suci Kaabah sambil memegang mikrofon.

Difahamkan, laman Twitter itu mula beroperasi sejak 5 Mei lalu, lokasinya berada di Malaysia dan berinteraksi sebanyak 784 kali sejak dibuka.

Semalam, pemilik Twitter itu mengeluarkan kenyataan bertajuk Penerangan dari Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina pelbagai pihak terutama SKMM dan KDN yang cuba menghalang kegiatannya.

Malah, dalam penjelasan itu, pemilik akaun tersebut turut mendakwa bahawa dia sebenarnya wanita Malaysia yang berketurunan Melayu dan beragama Islam serta pernah menunaikan ibadat haji.

Turut disertakan dalam penjelasan itu adalah salinan kad pengenalan lama dan baru milik seorang wanita Islam yang dikaburkan beberapa maklumat, konon mengenai dirinya serta gambar seseorang sedang memegang pasport menunjukkan dia pernah menunaikan ibadat haji.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya kelima-lima jari kuku pemilik tersebut berwarna biru yang menimbulkan keraguan tentang status agamanya.



HARDY BOY : MAYBE MAKCIK NIE JUGA ADA KAITAN DENGAN KES LINA JOY KOT. ORANG YANG TAK BETUL TAK PERLU DILAYAN. SAYA YAKIN MAKCIK NIE TAK TENTERAM JIWANYA & HIDUPNYA DAH TAK MACAM ORANG BIASE DISEBABKAN TINDAKAN BODOHNYA... DAN, JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN PERANGKAP YANG TELAH DIPASANG OLEH MUSUH ISLAM INI....

No comments:

Post a Comment