MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, September 08, 2011

KONTROVERSI : KES KEMURTADKAN LINA JOY (Azlina Jailani)

 HARDY BOY : Bila kes "MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA" (baca di sini >>> kontroversi-pembongkaran-makcik-hajjah  yang bagi saya tak perlu kita nak layan sangat orang yang kurang siuman ini) sedang hangat diperkatakan, saya teringat kepada kisah LINA JOY (Azlina Jailani) suatu ketika dahulu yang telah murtad dan wajib kita jadikan ikhtibar.
 ---------------------------------------------------------------------
  Rentetan kisah Lina Joy ini adalah seperi di bawah yang perlu kita ketahui....




 SOURCE : yahoo.com/group
 
( LINA JOY )
kehebatan peguam jahanam Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.

Mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...
sapa yg lebih berkuasa...
Sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah...amin
Peguam-peguam Lina Joy@Azlina Jailani (bertanda bulat) : Dari kiri barisan belakang, Yapp Hock Swee , Steven Thiruneelakandan dan Dato' Dr. Cyrus Das (di tengah barisan hadapan). Peguam Lina Joy mengunakan firma guaman Benjamin Dawson yang mendapat bantuan dana asing dari The Beckett Fund


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar....
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam).... 
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya  


ISLAM DIHINA DI MALAYSIA Baca sama-sama...





Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sam pai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam..
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah MilleniumMuslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?.....Depa kata katMufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!'...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada rajamereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahua`ala `alam.
27  SEPTEMBER 2007








----------------------------------------------------------------------------------

KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:
IMPLIKASI TERHADAP  MASA DEPAN
ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA


 Lina Joy vs MAIS, Kerajaan Malaysia & Pejabat Pendaftaran Negara



MUQADDIMAH

Maksud hadith;

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda:  Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad). 
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu ketika itu dengan kemampuan yang sedikit, telah berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Singapura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedilan peluru, cota tentera British dan sebagainya bagi menghalang mereka…

Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (kenyataan Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telah pun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara

Apa pendirian kita…?


LATAR BELAKANG

1.       Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.
2.       Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
3.       Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.


AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

1.       Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.
2.       Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
3.       Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
4.       Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
5.       Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
6.       Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
7.       Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.


FAKTA KES

1.       Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2.       Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.
3.       Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4.       Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5.       Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.
6.       Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
7.       Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
8.       Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
9.       Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
10.    Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
11.    Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
12.    Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia penghujahan yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.


IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampaui batas pemikiran kita…!
1.       Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
2.       Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
  • Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
  • Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
  • Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
a.       Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solat yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
b.       Semua badan-badan Islam tidak relevant lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
  • Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
  • Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
  • Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solat, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.
  •  
 MENGAPA KES LINA JOY?

1.       Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapai ianya telah diheboh-hebohkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
2.       Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng bagi mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
3.       Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
4.       Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
5.       Kes Lina Joy adalah percubaan yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
6.       Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
7.       Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar di dunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
8.       www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.mywww.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
9.       Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
  • Malaysian Bar Council
  • All Women’s Action Society (AWAM)
  • Sisters in Islam (SIS)
  • Catholic Lawyers Society
  • Interfaith Spiritual Fellowship
  • Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
  • Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
  • National Human Rights Society (HAKAM)
  • Pure Life Society
  • Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  • Vivekananda Youth Movement, Seremban
  • Women’s Aid Organization (WAO)
  • Women’s Development Collective (WDC)

10.    Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian mereka bahawa agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan.  Mereka membentangkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
11.    Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
12.    Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
13.    Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

“…it is time that we must knock into the heads of Malasy that our country Malaysia has never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just subservient to constitution…”


TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1.       Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden Majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
  • Isu secara langsung seolahnya menunjukkan Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
  • Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.
  • Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
  • Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainuddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa…

2.       Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.
3.       Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
4.       Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini;
  • Kes ini adalah kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my
  • Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tentang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.
  • Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir
5.       Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
6.       Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.
7.       Paling kurang 100,000 risalah akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.
8.       Solat Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
9.       Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
10.    Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan keputusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.
11.    Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasuklah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.
12.    Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.
13.    Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.
14.    Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma;






PENUTUP

Saudara sekalian, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…

No comments:

Post a Comment