MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, April 25, 2013

Jangan Bersedih - La Tahzan


Duhai mata yang sedang menangis

  credit to: Fatimah Syarha


Duhai mata yang sedang menangis,

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apapun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir di pipimu adalah anugerah Allah s.w.t. yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di mata dan di tubuhmu kemudiaan disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini matamu masih mampu menangis.

            Aduh!


            Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah meanggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya,

            “Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Al-Isra’: 109)


            “Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Maryam: 58)


Duhai mata yang sedang menangis,

http://www.webpakistani.com/wp-content/uploads/2012/10/SAD.jpg

Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuhmu. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya. Otakmu pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!

Duhai mata yang sedang menangis,

            Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan.  Samada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

http://1pageweekly.files.wordpress.com/2012/11/im-sad-smiley.png

Duhai mata yang sedang menangis,

Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam.  Apapun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.


Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki. Ianya antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3eqqzB0GZD9x9t4BTTsE1uJ8yiYA3lW5vJeRF_ELGrkUFzalQBpuZ5-EEfMRSrB_3fK1wXI_WPHtsCOgSjkuGDqwm-K-HpkM891IxVamvwSIa15SOELJ4ctkz5H5HseM4DmC5/s1600/sad-face.jpg

Duhai mata yang sedang menangis,

            Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.  Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk  melonjakan amal dan perubahan untuk hari esok. Tangisan kerana Allah s.w.t. ketika gembira atau derita adalah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.  Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa,

            “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (HR Ahmad dan an-Nasa’i)".

http://www.ilmi-islam.com/wp-content/uploads/2012/10/la-tahzan4-615x340.jpg

No comments:

Post a Comment