MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, April 16, 2013

Kuliah Maghrib Masjid Al Kauthar

Semalam saya 15 April 2013 ke Masjid Al Kauthar di bandar lagi, mendengar kuliah maghrib walaupun saya tak sempat balik rumah mandi, badan pula bau semacam je tapi saya tawakkal je la, xsempat dah nak balik rumah, habis kerja di pejabat pun dah pukul 5.45ptg dengan kelajuan kerja yg sepantas siput... 
Malam ni, dalam minggu ini dah masuk beberapa hari saya menghadiri kuliah maghrib di Masjid Al Kauthar dlm 2 minggu, penceramah juga bukan calang-calang orangnya. Tajuk Malam ni "Akidah  & Tauhid" antara tajuk saya suke.hehehe...



JADUAL KULAIH MAGHRIB DI MASJID AL KAUTHAR
ISNIN- "Akidah & Tauhid"
SELASA - "Al - Quran"
RABU - "Tafsir Al Quran"
KHAMIS - "Akhlak"
JUMAAT - "La-Tahzan"
SABTU - "Hadis"
AHAD - "Feqah"






Ustaz (org Terengganu) sedang sampaikan tentang kuliah tajuk Akidah & Tauhid
 (Azam saya, kalau boleh setiap hari saya akan cuba menghadiri kuliah maghrib di Masjid tersebut, yang peliknya makin banyak belajar makin terasa masih banyak lagi ruang kosong yang belum terisi, makin banyak yang tak tahu walaupun Ilmu yang dicurah mencurah-curah umpama air terjun yang menyusuri bukit, diri semakin terasa kerdil. Kemudian tiba-tiba terlintas di fikiran saya, "BAGAIMANA CARANYA UNTUK KITA MENUNJUKKAN KECINTAAN KEPADA ALLAH??? SEDANGKAN  NIKMAT YANG DIKURNIAKAN-NYA CUKUP TIDAK TERHINGGA JIKA HENDAK DIBANDINGKAN DENGAN FIRMAN ALLAH S.W.T. "TIDAK AKU JADIKAN JIN & MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADA-KU")...

Beberapa minggu ini, sering juga saya keliru dalam membuat keputusan duniawi, tak tahu mana arah yang ingin dipilih. Akhirnya, saya berserah naluri hati saya dengan berserah kepada Allah untuk memilih yang keputusan yang terbaik. Alhamdulillah, hasilnya, pilihan bergantung dan berserah kepada petunjuk daripada Allah telah membawa saya kepada keputusan yang mengurniakan saya hasil yang terbaik.

Beberapa minggu ini, Allah sekali lagi menunjukkan kekuasaan & keajaiban-Nya kepada saya apabila beberapa doa saya dimakbulkkan walaupun saya rasa permintaan tersebut saya rasakan amat mustahil jika hendak diikutkan logik akal. Beberapa keajaiban Allah tunjukkan walaupun saya rasa diri ini  penuh dengan noda-noda dosa & maksiat serta sering saya lakukan larangan-Nya. Terasa sebak, terasa sebak sangat, terasa ingin bertaubat sepuas-puasnya kepada Allah.

InsyaAllah, semenjak dimakbulkan Allah memiliki sebuah kereta impian (yang baru seminggu saya drive), saya berazam untuk selalu ke Masjid & mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, sekarang makin terasa dekat diri saya kepada Allah & seronok bila saya berdoa mahupun beribadat kepada-NYA....
Selepas hampir 6 tahun, akhirnya tercapai impian untuk memiliki kereta impian saya, Honda Civic, alhamdulillah. Huruf "H" pada kereta tu ada kaitan kot dengan huruf "H" pada nama saya "Hisbul Hadi".hehehe


SEMOGA SAYA KEKAL ISTIKOMAH BERIBADAT KEPADA-NYA SELEPAS INI DAN SEMOGA DENGAN SEGALA KURNIAAN-NYA AKAN MENDEKATKAN DIRI SAYA LEBIH LAGI KEPADA ALLAH....

Kejadian pelik saya alami malam tadi, masa saya baru nak regangkan otot berjalan ke belakang saf selepas tamat kuliah Maghrib, saya di datangi oleh seorang remaja (mungkin berusia dalam 14 tahun) menghampiri saya sambil memanggil saya "USTAZ", saya cuma membalas senyumannya & membalas sapaannya (kerana sering juga saya beri beberapa ceramah di sekolah-sekolah tapi saya tak kenal semua pelajar). Kemudian tiba-tiba dia berceritakan tentang kejadian pelik yang terjadi kepada bapanya.
Dia bercerita"bapa saya boleh melihat makhluk halus. Dalam minggu lepas, ketika 3 orang kakak saya balik ke rumah, ayah saya ternampak seorang wanita bertudung labuh berwarna hitam berdiri di sebelah kakak-kakak saya tadi. Pada malam tersebut, bapa saya bermimpi yang dia ternampak wanita tersebut berada di meja makan dan menanggalkan tudungnya yang kemudiannya menampakkan bahawa "wanita" tadi sebenarnya adalah seorang lelaki. Bapa saya berlawan di dalam mimpi dengan makhluk tadi. Akhirnya, hingga kini bapa saya terlantar sakit, tidak berselera makan dan badannya pucat lesi seperti kehilangan darah. Saya tak tahu apa lagi yang ingin dibuat....".

Selepas menarik nafas dalam-dalam dan bertenang seketika, saya cuba memberikan pandangan saya kepada remaja tersebut. Dengan sedikit ilmu yang saya pelajari, saya minta remaja tersebut amalkan kepada bapanya...

Saya juga meminta remaja tersebut mengamalkan ayat al-quran tersebut untuk mengubati bapanya sementara menunggu bapanya diubati...


Ayat Pembatal Sihir 
Yunus ayat 81-142 
Yunus 81-82 

Thoha ayat 39 baqarah 1-6 

Ayat Pendinding 
An Nisa 84 yusof 64 

Penunduk Sihir (elak daripada disihir) 
Al A'raf 118-122 
Toha 69 


update : 17 April 2013

Semalam balik je kerja, (sekali lagi dengan tak sempat nak balik mandi, walaupun beg berisi baju dah siap berada dalam kereta standby kalau nak gi mandi di masjid), pkl 6 ptg terus memecut laju ke Masjid sebab dah terlewat tetiba je tuan Pengarah panggil nak tanye sesuatu, tajuk malam ni menarik berkenaan "Al-Quran- terjemahan, huraian & bacaan Al-Quran yang betul".

Kali ni Ustaz yang mengajar orang Kelantan, namanya Ustaz Dr Amar Mahmad, seronok ustaz ni mengajar, malam ni jemaah lebih ramai daripada biasa sampai tak cukup naskhah Al-Quran yang dipinjamkan. (Tetiba malam tu terasa rindukan kampung di Kelantan, sebak, terasa rindu sangat-sangat nak hadiri kuliah ilmu di sana, rasa hati setenang-tenangnya, terasa betapa manisnya iman. Teringat kembali ketika "zaman jahil" saya suatu ketika dahulu, banyak sangat dosa-dosa, jejak je pintu masjid Al-Kauthar tetiba terasa sebak nak menangis sepuas-puasnya...)..

Terlintas mesti ada yang menarik tentang ustaz ni, sebab ramai sangat jemaah yang tiada pada malam yang sebelum tu, lebih meriah... Jemaah wanita pun lebih ramai pada malam itu....


Malam tu, walaupun ayat Al-Quran yang dibaca hanya 5 ayat sahaja, Ustaz ni mampu huraikan terjemahannnya  serta maksud tersirat dengan panjang lebar lebih hingga 30 minit, hinggakan hadirin semua begitu berminat dengan penjelasan yang diberikan. Kemudian, ustaz ni mengajar cara bacaan Al-Quran dengan cara yang betul serta kesilapan yang sering dilakukan. Kemudian Ustaz Dr Amar mengalunkan bacaan Al-Quran dengan alunan yang cukup lunak hingga berderau dada ni terpegun tak tergambar, cukup mempersona semua jemaah yang hadir....

Ketika balik, turun tangga masjid, ternampak "Alamak, Dr Suhaimi...."... (KJKK/bos saya...)..



- Baru nak belajar-belajar, terasa betapa kosongnya diri nie...

bersambung.....



Saf hadapan yang penuh. Begitu terpesona dengan tajuk Kuliah Maghrib pada malam tersebut...

Ustaz Dr Amar Mahmad
   




Sambungan EPISOD KEHIDUPAN SAYA ini di entry berikut (^_^)

No comments:

Post a Comment