~ENCIK HADI MENJAWAB~
Komen yang saya terima drp entry >>> TIPS BERCINTA CARA ISLAM |
Pelawat yang memohon pandangan saya:
Assalamualaikum Ustaz. Saya 'respect' dengan pandangan Ustaz.
Saya ingin mendapatkan pandangan Ustaz tentang situasi yang sedang saya hadapi. Malu betul saya nak cerita. Saya sudah setahun lebih berkenalan dengan seorang lelaki yang sebaya dengan saya (19 tahun). Sejak kami berkenalan, kami belum pernah bersemuka kerana kami belajar di tempat yang berasingan. Saya baru tamat program asasi dan dia sedang mengambil diploma. Kami berasal dari sekolah yang sama tetapi masa sekolah kami belum berkenalan. Tamat sahaja zaman sekolah kami berbual di laman facebook. Saya suka dengan cara perbualannya yang cukup sopan. Dia sekali pun tidak pernah menelefon saya untuk mendengar suara saya. Kami sering berhubung melalui sms. Seboleh-bolehnya kami berusaha bercakap mengenai perkara yang berfaedah. Saya suka bertukar fikiran dengannya. Dengan berbual mengenai isu semasa dan agama, saya dapat tahu yang dia seorang yang matang juga. Apa-apa pun kami cuba bersederhana. Bila kami masing-masing jadual mingguan penuh dengan kuliah, kami akan berbual melalui sms di hujung minggu sahaja. Kami jadi tempat mengadu masalah belajar dan masalah biasa. Baru-baru ini pula, dia telah melafazkan cintanya terhadap saya. Dia tidak minta apa-apa, cuma sekiranya saya ada perasaan yang sama terhadapnya sudah memadai baginya. Memang itulah perasaan saya secara jujurnya. Sepanjang kami berhubung saya selalu bagi ibu saya membaca mesej kami kerana saya tahu dia berhak menegur segala kesilapan saya. Saya amat rapat dengan ibu saya. Ibu saya pun sudah pasti yang lelaki itu suka pada saya. Tetapi saya belum bersedia untuk ibu saya mengetahui perasaan saya pula. Perlukah saya beritahu dengan segera? Saya bimbang kerana ibu saya mempercayai saya tidak akan jatuh cinta dengan dia. Tapi perkara itu tetap berlaku, kemungkinan ibu akan kecewa dengan saya. Walaupun saya dan lelaki tersebut belajar di tempat berasingan kami cukup rapat. Saya dapat mengenalinya dengan lebih dalam.Kami saling mendoakan agar satu hari kami dapat belajar di tempat yang sama. Apabila saya berkawan dengan dia, saya jadi tidak ingin memandang lelaki lain dan kami semakin menjaga pandangan mata kami. Sedangkan kami. tidak ada apa2 hubungan. Dia sering mengambil berat tentang saya. Sekiranya saya sakit, dia jadi risau. Saya akui, zina hati itu kadang-kala datang mengusik hati. Itulah yang merisaukan. Itu telah menjadi sebagai 'push' untuk kami mendekati Allah. Bila berjauhan (dia luar negara) kami amat rindu-merindui. Saya doakan dia, dia pun doakan saya agar kami tidak melampaui batas dan Allah tidak murka. Saya sayangkan dia kerana personalitinya. Dia pernah juga kata yang dia rindu akan saya, tetapi saya berterus terang bahawa apabila perempuan mendengar kata-kata itu dia akan jadi tidak seimbang, perempuan ada 9 nafsu. Dia dapat terima kata-kata saya dan dia meminta maaf. Saya cuma ingin dia faham. Adakah kami sedang bercinta Ustaz? Secara teorinya kami sedang berusaha mendapatkan sesuatu yang halal. Saya harap saya tidak melampaui batas. Ustaz tegurlah mana-mana kesilapan saya ye? Dan saya hargai sangat kalau Ustaz bagi cadangan. Terima kasih banyak-banyak
-----------------------------------------------------------------------------
Encik Hadi Menjawab :
Salam,
terima kasih kepada saudari kerana sudi
berkongsi kisah saudari. Bagi pendapat saya, perhubungan anda berdua lebih
kepada perhubungan sebagai sahabat atau kawan biasa dan bukannya sebagai
kekasih (itulah seharusnya yang berlaku dalam perhubungan jika ingin
perhubungan itu berlangsung sebagai suami isteri dan diberkati Allah, bukannnya
bercinta bagaikan pasangan kekasih. Masing-masing perlu saling menjaga
perhubungan tersebut berdasarkan batas pergaulan dan menjauhi daripada sebarang
perkara/perbuatan yang menghampiri perkara yang ditegah Allah, zina mahupun
maksiat....
Perhubungan saudari juga boleh saya umpamakan
masih dalam proses "taaruf" saling berkenalan (berkawan), untuk
mengenali sama ada lelaki tersebut sama ada dia sesuai untuk dijadikan bakal
suami nanti(perbuatan tersebut tidak tidak salah selagi ianya menjaga batas dan
mengikut syariat Islam dan ianya tidak sewajarnya berlanjutan lebih daripada
itu).
Saya jangkakan juga mungkin saudari akan
mengambil masa 3-5 tahun lagi untuk saudari mendirikan rumahtangga dengan
mana-mana calon suami yang sesuai setelah membina kerjaya nanti(demi masa depan
yang lebih cerah), dan mungkin berdasarkan keadaan saudari ketika ini,masih
terlalu awal untuk saudari mendirikan rumahtangga. Di sebabkan tempoh yang lama
tersebut, tidak salah jika perhubungan saudari dan lelaki tersebut adalah atas
dasar kawan biasa bukannya atas "tiket pasangan kekasih".
Perasaan "cinta" tersebut adalah
kurniaan Ilahi tetapi ianya perlu dikawal supaya perasaan tersebut tidak
melarat daripada menjurus kepada perbuatan yang menghampiri kemaksiatan dan
campak jauh-jauh "benih hawa nafsu" jika benih tersebut mula mahu
bersarang di hati..
Untuk membina sebuah rumahtangga juga, ianya
bukan sesuatu yang remeh dibina begitu sahaja tanpa persediaan dan perancangan
yang teliti, asas kepada rumahtangga perlu kukuh termasuklah aspek
ekonomi(kerana dunia pada masa kini hampir segala-galanya memerlukan sumber
kewangan), membina kematangan diri, penuhkan ilmu rumahtangga dan ILMU Agama
(ianya sememangnya mengambil masa yang lama, berperingkat-peringkat bukannya
dapat dipelajari 2-3 hari sebelum nak kahwin dan adakalanya ianya diperolehi
melalui pengalaman diri). BAGAIMANA PULA NAK KAHWIN TETAPI ASAS UNTUK BINA
RUMAHTANGGA PUN TAK KUKUH??? Untuk situasi ini, berusahalah kukuhkan asas
tersebut, umpama juruterbang nak terbangkan kapal terbang, ilmu teori dan
pengalaman semasa proses belajar kena cukup bersedia, ada ujian kena dilalui
untuk menentukan sudah bersedia atau belum. Kalau ujian dan persediaan pun tak
cukup, berkemungkinan besar terhempaslah kapal terbang tersebut.
Perhubungan saudari dan lelaki tersebut
(sambil menunggu untuk menamatkan pengajian, sebelum masing-masing mendapatkan
pekerjaan yang terbaik dengan pendapatan yang stabil/mencukupi, mengumpul
kewangan yang mencukupi untuk persediaan mendirikan perkahwinan dan sebagai
bekalan selepas rumahtangga didirikan nanti kerana di dalam alam rumahtangga
seorang suami seharusnya stabil daripada segi 3 "KUNCI" iaitu
mempunyai Kunci Pejabat, Kunci Rumah dan Kunci Kereta disamping cukup kesihatan
mental dan fizikal, cukup ILMU AGAMA dan ILMU Rumahtangga serta CUKUP MATANG
untuk mendirikan rumahtangga kerana setiap faktor diatas penting perlu ada jika
rumahtangga ingin didirikan...). Untuk Bakal Isteri, saya nasihatkan agar
mendapatkan pekerjaan yang stabil terlebih dahulu selepas tamat pengajian
supaya dapat mengumpul kewangan yang mencukupi semasa dan selepas Majlis
Perkahwinan nanti(takkan dah dewasa dan mampu bekerja dengan pendapat yang
lumayan pun masih nak bergantung kepada sumber kewangan mak ayah lagi kot, bila
lagi nak bantu ibu bapa, kalau sudah jodoh tidak ke mana, tetapi jodoh tersebut
juga tidak perlu dikejar secara semberono sahaja main serkap jarang kemudiannya
serkap jarang sapa-sapa yang dapat untuk diajak kahwin, "bertawakkal"
tanpa usaha dan doa yang cukup...).. Jika sebelum berkahwin, si isteri sudah
menjawat jawatan dalam pekerjaan dengan pendapatan yang stabil, ianya merupakan
satu bonus dan insyaAllah menjamin kehidupan isteri dan anak-anak jika
ditakdirkan tiba-tiba suatu hari nanti sesuatu kecelakaan terjadi kepada suami
nanti. Di era yang semakin moden ini, memang saya akui pihak swasta lebih
memilih yang berstatus bujang untuk bekerja dengan mereka berbanding yang telah
berkahwin (melainkan jika wanita yang berstatus berkahwin mempunyai kelebihan
yang jauh lebih tinggi berbanding wanita bujang)...
Berpada-padalah ketika berhubung dengan
mana-mana lelaki, tidak salah jika anda berhubung dengan sms, facebook dan
sebagainya asalkan mengikut batas pergaulan dan menjauhi apa yang DIHARAMKAN...
Untuk mengenali seorang lelaki memang ianya
juga mengambil masa bertahun-tahun (kerana jika ada sebarang sikap buruk,
lambat laun ianya juga akan terbongkar, mana mungkin seorang manusia itu mampu
bersikap hipokrit terhadap bakal pasangannya dalam tempoh yang lama, selalulah
berdoa agar Allah menemukan anda dengan jodoh yang terbaik dan sesuai dengan
anda dan mohon kepada Allah, solat hajat dan istikarah mohon Allah tunjukkan
kepada anda petunjuk adakah lelaki yang anda kenali itu adakah jodoh anda yang
paling sesuai).
Jodoh seorang Hamba Allah sebenarnya bukan
satu, adakalanya Allah kurniakan beberapa jodoh untuk dipilih. Sering kali, ada
pengantin yang telah berkahwin seharian, tak sampai sebulan dah bercerai,
antaranya disebabkan mungkin perempuan tersebut tersilap memilih jodoh, yang tu
belum kira lagi isteri yang dijadikan suami sebagai "punching bag"
tempat melepaskan geram suami yang tidak bertanggungjawab(mungkin sebelum kahwin
wanita tersebut main serkap jarang memilih suami tanpa menyelidik dan mengenali
sedalam-dalamnya sebelum memutuskan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut.
Yang penting berusaha semaksimum mungkin, berdoa sebanyak-banyanya kepada Allah
sebelum disusuli dengan bertawakkal kepada Allah, bukan hanya bertawakkal
semata-mata dan menyerahkan diri kepada takdir). Memang diakui, lelaki lebih
lambat matang berbanding seorang wanita, ada yang sudah berusia 25 tahun tapi
masih berperangai macam "budak-budak" yang tidak matang... Jika
lelaki tersebut belum matang lagi untuk berkahwin, berikan sedikit masa lagi
kepadanya hinggalah dia bersedia....
Kesimpulannya, tidak salah jika saudari
meneruskan berkawan dengan lelaki tersebut mahupun bertahun-tahun asalkan
mengikut batas pergaulan yang Allah telah tetapkan.. Wallahualam...
(pandangan saya mungkin berbeza dengan indvidu
lain, jadi dapatkan pandangan ramai lagi orang yang lebih arif untuk membantu
anda membuat keputusan yang terbaik...)
No comments:
Post a Comment