Pada Selasa lepas, lepas habis bengkel MQA di Putrajaya, saya ke stesen Bas, menanti bas untuk ke Kuantan pada pukul 10 pagi. Selepas tiba awal pada pukul 9.00 pagi selepas 40 minit perjalanan menaiki kereta, saya sabar menanti hingga pukul 10 menanti bas tiba. Tiba je tepat 9.50pagi, pihak Bas Transnational membuat pengumuman bas yang akan saya naiki mengalami kerosakan, juru kaunter dengan selamba bagitau "semua penumpang dikehendaki menukar tiket perjalanan ke waktu lain atau bayaran tiket RM25 akan dipulangkan"
(sedikit geram kerana saya datang ke Klang bukan untuk melancong dan diatas urusan kerja. Dalam masa yang sama, 2 bas syarikat lain baru sahaja bertolak pada pukul 9.30 pagi, kalau bagitau awal-awal kan senang nak ditukar ke bas lain, memang sedikit marah dan geram)....
Sambil bertenang seketika, saya menarik nafas sedalam-dalamnya berfikir seketika pilihan yang perlu diambil. Akhirnya saya buat keputusan menunggu di stesen bas tersebut menanti bas seterusnya pada pukul 5 ptg tersebut.
Buku Motivasi Islamik Ustaz Kazim Elias "Tuhan Sedang Menguji Kita" |
InsyaAllah pada masa akan datang saya akan share sedikit kupasan tentang buku ini, buku yang sangat menarik bagi saya, yang menyedarkan kembali kita daripada lamunan & keadaan sentiasa dibuai mimpi, bukan segala-Nya senang dan mudah diperolehi dalam di dalam hidup ini, ada usaha yang perlu dilakukan serta tidak menyerah bulat-bulat kepada Allah tanpa usaha yg setimpal.
Buku ini bagi saya memang menarik kerana ia membawa kita bersama-sama memuhasabah diri menilai diri kita yang amat kerdil di sisi-Nya ini....
"Ya Allah, Jika suatu saat aku KEHILANGAN harapan dan tujuanku, Berikan aku KEYAKINAN bahawa TAKDIRMU adalah LEBIH BAIK daripada apa yang aku inginkan dan impikan.. KAU DAMAIKAN hatiku untuk menerima TAKDIRMU kerana aku YAKIN dan PERCAYA perancanganMu yang terbaik dan TERINDAH untuk diriku..
Amiin"..
No comments:
Post a Comment