MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, July 04, 2013

LET'S PRAY FOR DR MUHAMMAD MURSI




https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/q71/1013157_568431549866955_1995460869_n.jpg



https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/q71/600207_632694506750517_1817934246_n.jpg 


Dunia melihat bagaimana sistem demokrasi Mesir dicabul tanpa perikemanusiaan. Mesir sedang menunjukkan kepada kita semua bahawa musuh Islam tidak sesekali redha dengan sesiapa yang cuba meletakkan agama di tempat sepatutnya walaupun dengan menggunakan instrumen yang paling banyak digunapakai di seluruh dunia.

Dipilih melalui pilihanraya yang sah, Dr. Mursi dan Kerajaannya tidak berhadapan dengan laluan karpet merah sejak daripada itu. Permulaannya, kuasa Presiden dihadkan oleh Majlis Tentera sehingga Majlis Angkat Sumpah Presiden pun turut dilakukan di Mahkamah Perlembagaan, bukannya Parlimen. Kemuncaknya hari ini, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan, Adly Mansour sudah merampas kuasa Presiden dengan 'restu' Majlis Tentera dikepalai Panglima Tentera Jeneral, Abdel Fattah Al-Sisi. Sungguh ia tidak mudah untuk menumbangkan akar Mubarak-isme yang telah dibaja dan disemai sejak lebih 30 tahun lalu.

Ikhwanul Muslimin bukan setakat berhadapan dengan Pembangkang, bahkan Majlis Tentera, Mahkamah Perlembagaan dan jutaan rakyat. Tidak cukup dengan itu, Raja Abdullah pula muncul orang pertama 'mewakili' Arab Saudi mengiktiraf rampasan kuasa tidak bermoral ini. Saya percaya akan ada susulan-susulan selepasnya daripada Negara Arab lain yang diakhiri dengan respon daripada Dunia Barat.

Maka, pilihan terbaik adalah hidup mulia atau mati syahid!

اللهم انصر الإسلام والمسلمين في مصر

kredit to - source


https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/q71/1013157_568431549866955_1995460869_n.jpg 

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/q71/998518_671167439564030_1883161_n.jpg
Hasil didoktrin untuk cintakan dunia, setahun pun mereka tak sanggup untuk hidup di bawah pemerintahan Islam..
Innalillahi wa innailaihirajiun..
Jika dilihat kembali modusnya sama sahaja, rakyat didoktrin! serap budaya hiburan, cintakan dunia!. Kesannya, anak muda yang bakal jadi pelapis negara rosak semua, agama diketepikan, kemajuan dunia diutamakan dibangga2kan. Kata mereka, politik dan agama tiada kaitan. Sekular yang menular. Nasionalism yang ditanam sekian lama mengatasi segala-gala.

Ya Malikal Mulk,
Inilah dunia , lupakah ianya hanya pentas dan tempat persinggahan sementara.
https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/q71/s720x720/1006232_485571558203278_581606098_n.jpg
Mesir : Bila Sekular Tergugat

Mesir dicemburui oleh musuh-musuhnya bukan kerana Ahram atau Sungai Nil, tidak juga kerana kehebatan binaan Piramid atau keindahan puncak Tursina. Mesir dicemburui kerana al-Azhar. Di sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia. Lahirnya di situ bukan seorang dua ulama bahkan ribuan kalaupun bukan jutaan murabbi ummah yang bertebaran ke seluruh dun
ia. Bangunnya al-Azhar kerana sumber wakaf tanpa bantuan dari dana kerajaan cukup menggelisahkan musuh-musuh Islam. Justeru, kehebatan ini wajib dihancurkan.

Hari ini, Mesir berdepan dengan satu lagi krisis ciptaan golongan sekular yang enggan mengaku kalah di gelanggang demokrasi. Demokrasi ialah ciptaan Barat, ia bukan ciptaan Islam, tetapi nilai-nilai demokrasi diterima dan diiktiraf sebahagiannya oleh Islam. Sayangnya, apabila tiba saat rakyat membuat pilihan menolak pemimpin yang pro-Barat, pada masa itulah demokrasi dinafikan dan sekular akan mengeluarkan pedangnya yang sebenar untuk memancung demokrasi.

Di Mesir, Mursi menang melalui pilihanraya yang bersih. Tanpa penipuan dakwat kekal, tanpa blackout dan tanpa senarai pengundi yang diragui, Mursi ditabalkan menjadi Presiden sekalipun disambut sinis oleh Israel yang bimbang pengaruhnya terhakis. Namun, kerana sekular menjarah begitu lama di bumi ambiya’ ini, bukan satu kerja yang senang untuk membebaskan Mesir dan belenggu sekular. Inilah masalah sebenar Mursi, iaitu membebaskan Mesir dari perhambaan sekular yang sudah berdekad-dekad memenjara rakyat Mesir.

Ini bukan sejarah baru di Mesir, bahkan ia telah berlaku ribuan tahun yang lampau pada saat Nabi Musa alaihissalam mahu membebaskan Bani Israel dari kezaliman Firaun. Mereka dibantu oleh mukjizat yang tidak kecil daripada Allah SWT. Baca sahaja di dalam al-Quran, kita akan dapati peristiwa laut terbelah, tongkat yang menjadi ular, batu mengeluarkan air, turunnya makanan dan minuman dari langit dan banyak lagi peristiwa besar yang berlaku sepanjang dakwah Nabi Musa alaihissalam. Namun, al-Quran merakamkan perangai Bani Israel yang seringkali enggan untuk berubah. Degil dan keras kepala ialah lambang Bani Israel yang digambarkan di dalam al-Quran.

Warisan sikap Bani Israel wujud di Mesir sekarang. Sekalipun sebahagian besar rakyat Mesir kelihatan menyokong Mursi, namun anak cucu Bani Israel yang mewarisi perangai datuk nenek mereka tetap melakukan kekacauan di bumi Ambiya. Inilah natijahnya apabila sekular dijadikan kiblat, bila demokrasi yang bersih menghadiahkan trofi kemenangan kepada musuh politik mereka, mereka tidak akan berdiam diri. Ini juga yang berlaku di Turki dan Gaza.

Di Malaysia, saudara mara sekular juga nampak berminat mengikut langkah yang sama. Kekalahan di dalam pilihanraya membawa kepada dasar penindasan dan penafian hak. Ditubuhkan kerajaan di dalam kerajaan, dinafikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan dinafikan hak ke atas hasil mahsul bumi merupakan buah-buah yang lahir dari pohon-pohon sekular yang tidak kenal sempadan dosa dan pahala.

Untuk Mesir ini, kita sama-sama menadah tangan supaya pemimpin yang bersendikan Islam sebagai akidah perjuangan diberikan kekuatan oleh Allah SWT. Gunakanlah peluang di bulan Ramadhan untuk merayu dan merintih kepada Allah SWT. Dialah Pemilik kepada segala kerajaan.

Salam hormat.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 22 Syaaban 1434H bersamaan 1 Julai 2013M


Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang
(FB : Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat )

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUKdrul2YpqwGOiMSXS_UJR6Juikxn-mEpP5_JKEl0hMFwwNSWq4I-x1jIO0l90_H288snzADDAMr86oJA4tQ6H-USzXpm1Wh5zm8GtOSHqFr4GKM0Iu92k8QKn22xgE_3ppC5QQ/s580/13552097641217986154.jpg
Mengapa kalangan liberal sangat kuat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar adanya. Bahawa 'dosa-dosa' inilah yang membuat pemerintahan Mursi digoyang. Berikut tulisan lengkapnya:

'Dosa-dosa' Presiden Mesir DR. Muhammad Mursi

Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh mengantarkan Mesir dalam setahun ke arah kemajuan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampai 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak 200% lebih, sementara harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis
tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasai enaknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kebankrapan.

Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan perlukan bertahun-tahun untuk melakukan itu.

Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang dipandang dunia.

Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Mursi adalah kerana dia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan minions.

Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya.

Dan banyak lagi 'dosa-dosanya' yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan lawan politik, terutama Amerika dan Israel jadi marah.

Kerana 'dosa-dosa' itulah maka Mursi akan digulingkan oleh sisa-sisa pengikut Mubarak, liberas, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta syiah. Mereka memandang Mursi sudah gagal mengantarkan Mesir ke arah kehancuran.

Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.

[Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil yuliasari]


Diterjemah dari : Bersamadakwah.com

No comments:

Post a Comment