Cegah kecurian Motorsikal
Cegah kecurian Motorsikal
AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Salam buat pembaca blog kami... Tiap-tiap tahun blog aku ade menasihatkan "tolong jaga Motor korang semua yerr"....Berhati- hati kawan-kawan ku manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk mencurik Motorsikal kita..Kes kecurian motosikal mencatatkan indeks jenayah tertinggi di negeri ini dengan purata sebanyak empat hingga lima kes kecurian berlaku pada setiap hari.
Mari lihat Teknik yang biasa Pencuri Motor ni lakukan
Tujuan kami bukan nak mengajar Mencuri tapi cuma berkongsi antara sesama kita supaya dapat kenal pasti antara punca berlaku kecurian...Ni la kelemahan kita sebagai pengguna biasa, kita tak tahu apa yg pencuri tahu.... dengan maklumat ni, kita boleh la buat sesuatu untuk mempertingkatkan ciri keselamatan Motosikal
Lock Tengkok Motor
Yang ni cara yang biasa selalu dilakukan.. harap korang ambil perhatian... Bahagian utama yang paling senang di hijack ...
Kasi Tendang Handle
Kasi Tendang kuat-kuat... Patah lock Tengkok motor ni.... handle bagi lock patah (Ni pun penah kena kat 125z aku dulu.. tapi pencuri tu bodo sepak tak kuat last2 trus sangkut.. selamat)
Guna master key
Cucuk ngan alat master key ni kat lock suis motor..master key.. bagi jem spring2 dalam kunci tu.. (pernah kena kat rumah)
Mangga Lock Security Steel
Biasanya kita percaya dengan mangga yang top security steel tu. Harganya boleh tahan mahal kononnya untuk sekuriti. Bukannya nak mengajar tetapi untuk mengingati kita , mangga kita tu pun bukannya power sangat, boleh dibuka dengan mudah sahaja oleh golongan pro.
Tolonglahh jangan pakai solex RM10.. solex beli kat Giant, ke Tesco ke jenis Cap Ayam ke... yang dapat 3 ketul dalam 1 bungkus RM 15 dan ade gak 10 ketul RM 25 pun ade. anak kunci suma sama.
Guna cutter pemotong besi
Gunakan Cutter Potong Tangkai Solex... Ni cara paling senang paling cepat... Tolong cari solox yang anti cutter punya yerr...
Guna Spanar 10 pecah solex
Membuka Solex pakai spanar 10.... Macam senang aje kopak lock ni kan.. kan kunci kita ada lekuk2.. lekuk2 tu la combination spring kat dalam tuk bagi moto kita on.. diorang cucuk dalam lubang kunci bagi jem.. pakai Spanar 10 atau skrudriver mata rata pun boleh.. pakai batang tajam pun boleh....
Guna Allenkey
Pencuri bukak tayar Pastu Pencuri gunakan allenkey untuk depan buang aje disk brake depan... pasang balik tayar ... tayar dah boleh berpusing tanpa halangan solex
Curah Asid atau liquid nitrogen
Ada orang kata...try tuang asid kat kunci solex tu.. ha..leh reput ke?huhu...ada plak guna liquid nitrogen .. Kalau solex murah.. senang je.. tuang asid.. patah la benda kat dalam tu
Duplicate kunci motorsikal
Kat sini aku nak sangat nasihatkan... Tolong jangan percaya sangat kawan yang tak berapa rapat...ada jenis kawan makan kawan.. pinjam moto.. bawak pergi kedai buat pendua... malam curi dengan mudah je.. selalu kat rumah bujang..
Angkut Pakai Van
Ni yang paling senang angkat aje masuk dalam van... Lahanat punya pencuri dia pakai van plak...
Kalau cara ni tak leh nak buat apalah kalau pencuri tu angkat masuk van.. nak cakap pun susah
Tips mencegah kecurian motosikal.
Meh ikuti langkah-langkah pencegahan yang patut diambil elak kecurian
1) Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
2) Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
3) Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
4) Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
5) Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
1) Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
2) Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
3) Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
4) Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
5) Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
"Kalau keutamaan masa nak beli moto carilahh moto yang dapat elak dicuri, kena la beli brand moto yang tak popular……..contohnya Suzuki. Kalau beli brand yang diminati oleh pencuri moto seperti Yamaha dan Honda kena la ambil langkah-langkah yang lebih ketat untuk elak dicuri. Langkah-langkah yang diambil seperti kunci tayar, rantai da sebagainya tapi kalau nak hilang tu, hilang la jugak……tgk nasib la (sendiri dah kena). Nak cari balik moto yang hilang tu susah la nak dapat balik melainkan Tawakal boleh jumpa balik……"
Mencegah sebelum berlaku sebarang kemungkinan.. Cegah berlakunya Jenayah curi motor
#sumber : naz-speechless
No comments:
Post a Comment