MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, March 23, 2020

Telinga tersumbat berdengung

Alhamdulillah, Allah kembalikan nikmat pendengaran selepas ditarik seketika.

Selepas hampir 3 minggu kehilangan sebelah pendengaran,
Daya pendengaran saya kembali pulih.
Selepas seminggu hilang sebelah daya pendengaran telinga sebelah kanan, saya ke klinik. Doktor berikan 2 jenis ubat titik & 1 ubat selsema untuk keringkan cecair dalam gegendang telinga di bahagian eustachian tube / tabung eustachian.
Menurut doktor, sepatutnya dalam tempoh seminggu dah kering cecair dalam telinga. Kalau dalam tempoh 2 minggu, masih tidak normal, doktor sarankan agar saya dirujuk ke hospital, mungkin doktor akan masukkan something macam tiub untuk keluarkan cecair berkenaan.

3 hari sebelum hilang pendengaran, memang saya ada selsema, mungkin ada jangkitan dalam salur pendengaran kot.

Dalam 3 minggu itu, memang jadual kerja saya terlampau padat, dengan berbagai mesyuarat dan kena berikan beberapa ceramah.
Ubat selsema dan ubat titik yang diberikan doktor


Selama seminggu, saya tak dapat dengar dengan jelas, rasa seperti telinga masuk air tapi terfikir juga takkan lame sangat sampai seminggu.
Risau juga kot kot telinga saya ada masalah lain macam jangkitan kulat pada gegendang telinga atau gegendang telinga bocor.

Bila saya bercakap, kita tak dapat nak kenalpasti nada suara kita tinggi atau rendah sebab rase pressure dalam telinga. Bila saya tutup telinga sebelah kiri & tutup hidung, cuba hembus memang tak dapat nak hembus untuk pastikan udara masuk ke telinga kanan (telinga memang tersumbat la nampak gayanya).

Hikmahnya, baru tahu betapa kesiannya individu oku pendengaran yang tak dapat mendengar dengan jelas.huhu







Hasil carian dalam google,
Fungsi tabung Eustachian :
Tabung Eustachian adalah kanal yang menghubungkan telinga tengah ke nasofaring, yang terdiri dari tenggorokan bagian atas dan bagian belakang rongga hidung. Tabung Eustachian berfungsi mengatur tekanan di dalam telinga tengah, menyamakan dengan tekanan udara di luar tubuh. Sebagian besar waktu tabung Eustachian tertutup, membuka hanya selama kegiatan seperti menguap, menelan, dan mengunyah, untuk memungkinkan udara melalui bagian antara telinga tengah dan nasofaring.

Tabung Eustachian
Tabung Eustachian

Ketika tekanan atmosfer berubah dengan cepat, menyebabkan perasaan tiba-tiba penyumbatan di telinga, kegiatan ini bisa dilakukan dengan sengaja untuk membuka tabung dan menyamakan tekanan di dalam telinga tengah. Ketika tabung Eustachian tidak akan membuka cukup untuk menyamakan tekanan, dapat menyebabkan gejala seperti ketidaknyamanan, pusing, atau dering di telinga. Pemeriksaan visual dari gendang telinga dengan lingkup menyala membantu untuk menentukan apakah penyebabnya adalah peradangan, pembengkakan atau cairan di telinga. Kondisi seperti hidung tersumbat, infeksi telinga atau sinus atau alergi dapat menyebabkan gejala-gejala tersebut dan menyebabkan disfungsi tabung Eustachio. Penyebab ini sering dapat diobati dengan obat dekongestan atau antibiotik, tetapi dalam kasus yang parah operasi mungkin diperlukan.

No comments:

Post a Comment