MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, August 09, 2021

Kemudahan Individu Vaksin Lengkap

Pengumuman oleh YAB PM semalam mengenai Kemudahan Individu Vaksin Lengkap semalam 08/08/2021 memberikan khabar gembira kepada para penerima vaksin 😊.

🔴 Dine in DIBENARKAN Individu Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19.

🔴 Pelancongan Dalam Negeri Yang Sama Kini DIBENARKN.

🔴SEMUA FASA PPN:
Kerajaan bersetuju supaya aktiviti solat sahaja DIBENARKAN di masjid dan surau bagi Jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Kemudahan ini juga terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara

Maksud Vaksin LENGKAP:-
Telah Menerima 2 Dos Vaksin selepas Hari ke-14 Dari Tarikh Suntikan Dos Ke-2.

Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan KUARANTIN dan PERJALANAN untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara.

Kemudahan-kemudahan yang dimaksud secara amnya adalah seperti berikut:

i. Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, DIBENARKAN menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.

ii. Pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

iii. Ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.


Kerajaan Malaysia
#KitaJagaKeluargaKita
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri
8 Ogos 2021.



















No comments:

Post a Comment