MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, August 03, 2022

0122650333 scammer

Pagi tadi dapat call drp no ni 012-2650333.
Berlakon daripada LHDN, kononnya ada cukai yang tidak dijelaskan & tindakan akan dikuatkuasakan pada hari ini, perlu tekan butang "1" utk bercakap dengan "pegawai penguatkuasa".
LHDN tidak akan call menggunakan tel bimbit.



Thursday, July 21, 2022

Pengurusan Penyimpanan Dokumen Pejabat

Tips kepimpinan & pengurusan. 

Tips daripada ex-boss lama saya, scan semua dokumen kerja kita dlm bentuk softcopy/pdf & kurangkan semaksima mungkin simpanan hardcopy utk jimatkan ruang di dalam pejabat. Kalau ada hardcopy, cuma  simpan dokumen yg benar2 penting sahaja seperti utk tujuan audit (2-3 tahun) & lebih menyenangkan kerja kita menggunakan dokumen hardcopy. Alhamdulillah, sampai sekarang saya amalkan utk mudahkan dicapai dlm pc, backup simpan je dlm external hard disk, tekan je "Search" utk carian pantas. 
Hasilnya juga, dokumen2 penting penuh 1 bilik semuanya dlm pc & external hard disk, senang utk bawa blk rmh bila PKP hari tu, ruang dokumen 1 bilik pejabat tinggal bbrp rak je dgn dokumen penting. 

Tapi, PC kali ni xsempat buat backup data latest (macam nak kena format, PC buat hal dok looping tak masuk-masuk windows, ntah berapa kali entah technicien dok format.huhu. Harap-harap banyak dokumen yg dpt diselamatkan.huhu

Friday, June 10, 2022

AKU, GENGSTER DAN PENDIDIK

#motivasi
#pendidik


~GREAT TEACHER ONIZUKA-
Pendekatan berkesan yang saya gunakan bila saya jadi pendidik dlu2, (sekarang dah jarang guna disbbkn jarang jumpa student😅), Pendekatan drp filem ni terbukti berkesan utk diri saya dalam mendidik ~GARANG~GANAS~TEGAS~GENGSTER TETAPI KELAKAR~ (tapi miang je aku xikut sbb student aku semua lelaki.haha 🤣🤣). Dalam mendidik, kita sebenarnya sedang berdakwah yang insyaAllah akan mendatangkan kesan mendalam kpd student sbb saya lebih suka mendekati student bermasalah drp yg "student baik" 🤣 kerana, insan yg "bermasalah" ini ramai yg akan berubah 360° berlipat kali ganda drp mereka yg "baik" apabila mereka melakukan turning point "bertaubat" setelah mereka menyesali bertahun2 mereka menghabiskan hidup mereka penuh dosa & sia-sia.... Dalam ramai-ramai pelajar "gengster" saya yg bertaubat, bekas pelajar saya bernama "Nizam" paling mendatangkan kesan penyesalan kpd diri saya sehingga kini kerana tindakan saya mengabaikan arwah ketika arwah menagih bimbingan saya (setelah bertaubat) akibat kekangan tugas sebelum arwah terlibat dalam kemalangan sehingga rentung... Al-Fatihah..

Friday, April 08, 2022

Ujian Covid 19, Ujian Swab hidung atau Air Liur lebih berkesan?

Ujian Covid 19, Ujian Swab hidung atau Air Liur lebih berkesan?

Ini hanya ujikaji sahaja, boleh dapatkan nasihat pakar perubatan untuk penjelasan yang lebih tepat.

Akan datang, insyaAllah saya akan buat ujikaji, Adakah RTK pesakit Covid-19 masih positif walaupun selepas tempoh kuarantin?

Test kit yang ni senang, boleh pilih nak test guna swab hidung atau air liur.


Ujian pertama yang saya buat hari pertama, keluar result positif. Ujian ni saya gunakan ujian swab hidung.


Selepas hari ke-5, saya buat ujian air liur. Kali ni keluar result negatif. 


Untuk double confirm, saya buat ujian swab hidung, alamak sekali keluar result positif.

Daripada ujian ini, saya dapati, ujian swab hidung memberikan keputusan yang lebih tepat berbanding ujian air liur.

*Untuk lebih tepat, anda boleh mendapatkan pandangan pakar perubatan & membuat ujian covid-19 di klinik yg bertauliah.