MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, January 03, 2024

KISAH AZAM DAN EXTERNAL HARDDISK

"KISAH AZAM DAN EXTERNAL HARDDISK"
TIPS PERANCANGAN TAHUN BARU

Kepada warga blog hardy boy, sudahkah anda tetapkan azam untuk tahun 2024 atau recycle azam tahun-tahun terdahulu yang masih belum tercapai? ๐Ÿ˜†

Penulis kongsikan sedikit tips perancangan untuk membantu anda.

1) Tetapkan matlamat/misi/azam untuk tahun 2024.

2) Senaraikan dan catat semua perkara atau tugasan yang ingin dilakukan pada tahun 2024. 
(Catatan boleh diletakkan di lokasi yang sentiasa dilihat seperti diari, meja kerja atau di desktop komputer atau muka hadapan paparan skrin telefon bimbit untuk mengelakkan terlupa). Boleh juga setkan "reminder" di telefon bimbit. Bagi min yang makin tua ni, tips berkenaan amat membantu๐Ÿ˜„ dan tak boleh la nak bagi alasan sambil "buat-buat" terlupa.

3) Bahagikan tugasan yang ingin dilakukan kepada 4 kategori dan disusun mengikut ranking keutamaan :
a) Urgent tetapi dapat disiapkan dalam masa yang cepat.
b) Urgent tetapi perlukan masa yang lama untuk disiapkan.
c) Tidak urgent tetapi memerlukan masa yang singkat untuk disiapkan.
d) Tidak urgent tetapi memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.
Perancangan yang telah tercapai boleh dipotong dan dikeluarkan daripada senarai berkenaan.

4) Tetapkan aktiviti-aktiviti penting di dalam kalendar/planner atau diari (sama ada secara hardcopy atau mobile apps).
Teringat kepada nasihat daripada ex-bos penulis dulu, untuk memudahkan kerja dilakukan, semua dokumen-dokumen hardcopy penting boleh di"scan" dan ditukarkan ke dalam bentuk softcopy untuk memudahkan dicapai apabila diperlukan.

Dengan teknologi terkini, kini dokumen-dokumen yang penuh 1 bilik pejabat (terutamanya yang dah berhabuk tebal tu, elok la di hantar timbang kilo di kedai recycle demi kelestarian alam, tak perlu la nak simpan supaya nak menampakkan kita tu seorang yang "busy"๐Ÿ˜…) boleh disimpan hanya di dalam 1 'external harddisk' atau di dalam 'icloud', google drive dan sebagainya serta diletakkan mengikut kategori. 
(Rakan penulis pernah kehilangan keseluruhan fail di dalam komputer disebabkan hard disk yang terbakar. Yang tu belum kira lagi kalau bilik yang terbakar atau dilanda banjir).

Jadi azam penulis ialah, untuk tidak bertangguh-tangguh tugasan kerja yang perlu dilakukan pada tahun ini kerana, tugasan itu umpama ombak di pinggir pantai yang susah diramal. (Mana taknya, kadang-kala ombak yang datang tu sedikit. Kadang-kala ombak yang datang tu menggunung tinggi, sampaikan kita sendiri tercungap-cungap nak mengejarnya ๐Ÿ™‚). 

Jadi, sementara lautan tu belum bergelora, cepat-cepatlah siapkan apa-apa kerja yang patut, jangan bertangguh-tangguh.

Semoga kita sentiasa memuhasabah diri untuk menjadi insan yang terbaik. 

“Barangsiapa yang harinya sekarang lebih baik daripada semalam maka dia termasuk orang yang beruntung.
Barangsiapa yang harinya sama dengan semalam maka dia adalah orang yang rugi.” - ucapan Ali bin Abi Thalib.

Kalau berkesempatan, penulis akan kongsikan strategi yang boleh kita lakukan untuk mencapai azam pada posting akan datang.

- Hardy Boy

Ketahui Negara Di Sekitar Palestin

Negara Di Sekitar Palestin


Monday, January 01, 2024

Apa yang perlu diketahui sebelum beli rumah?


Kredit kpd - Meor Muammar Farhan

1. Kefahaman on loan/financing
Kene tahu n faham mcm mane loan/financing ni dikira. Tu sb agreement kene bace n faham btl2. Bukan main sign ala2 tick microsoft setup tu. Tu sb bank siap suruh bayar legal fees ape bagai sb dalam contract/agreement tu mcm2 clause n legal terms ade. 

Contoh, if rumah dijual dgn harge 500k, interest 4% PER ANNUM, which is 20k setahun. If ambik paling panjang tenure, 35 tahun, dah jd 700k interest sahaje (ni utk senang faham, interest akan kurg on yearly basis sb principle makin kurg). So umah yg harge 500k, plus interest, dah jadi 1.2 million.

2. Unforeseen cost
Bile beli umah gune bank, secara adab nye bank akan pakai duit dorg, belikan umah tu dari owner asal or pemaju, then jual semula pd korg yg membeli. So bank makan untung kat situ la. Ape yg unforeseen? 

Insurance umah, insurance kebakaran, ni semua wajib ambik sb rumah tu still bank punye. Lagi, kene plak umah condo, ade maintenance fees (yg management bangunan kenakan). Cukai pintu, cukai tanah, api air, repair if perlu, ni semua pembeli kene peka. Bukan stakat bayar bulan je.

3. Payment types
Ade 2, "Advance Payment" which maksud bayar awal utk bulan2 mendatang. Tp ingat, cara bayaran ni just utk tak serabut setiap bulan tp tak bantu kurgkan principle. Second, "Principle Payment". 

Bayaran ni akan trus ke principle or pokok. Makin kecik pokok, kecik la bunga nye. Senang gune terms mcm ni. But principle payment ni ikot pd bank, ade yg takde limit, bayar je brape pun dorg boleh tp ade certain dorg set mcm minimum 10k if nak buat principle payment. Ni kene tanye n confirmkan dgn bank.

4. Kemampuan
Rakan2 yg membaca, org awam, terutama anak2 muda, ukur baju pd badan sendiri. Jgn ikotkan trend or influencer or org sekeliling ckp ape. Ramai yg muda2 ni, konon start je keje, nak beli umah terus, alasan sb umah mahal n if habis nnt, harge makin naik, blh invest. 

Percayalah, setiap org tu komitmen lain2. Ade je yg mampu beli umah terus, sb start keje trus gaji 5,6k. But, ade jugak yg mampu tp tak nak mengaku yg bill2 lain, mak bapak still tanggung. So, dahulukan kemampuan kite. Jgn ikot org lain. If perlukan motor or kete dulu, beli la yg lain dulu. If family susah, tolong la dorg dulu.

 Jgn jadi hamba sb loan/financing. Kite ambik contoh pakcik KFC tu. Dia dah tua baru berjaya, jadi kaya. So umor tak menentukan ape2. What if korg beli lewat, tp boleh buat loan utk 10thn n settle trus? Or myb cash trus sb jd jutawan ke? Jgn sangsi rezeki dr Allah.
Utk yg bnyk ckp pasal investment tu, ape jaminan umah tu naik lg harge n boleh jual buat untung? Ade je umah yg harge jatuh. 

Contoh kat putrajaya. Plus, ade la hamba sorg ni, beli umah 500k, skrg value at 2.5 million. Nak jual, ramai nak, tp takde sorg pun yg lulus loan dr bank, so ape gune? Expect org dtg bawak cash dalam wheelbarrow 2.5 million?
Renung2kan insya-Allah.

Sunday, December 24, 2023

Apakah yang akan kita jawab di akhirat nanti?

Kekadang rasa berdosa, betapa banyak nikmat yg Allah kurniakan kepada kita berbanding harga yang perlu dibayar oleh rakyat Palestine demi menjaga keimananan mereka di sisi Allah ๐Ÿฅบ (sebagaimana kisah Masitah dan kisah Bilal bin Rabbah sanggup menggadai nyawa mereka demi mempertahankan keimanan di  dada mereka kepada Allah). Jangan sehingga kita ditanya oleh Allah "Apakah yang kita lakukan apabila melihat mereka "disembelih" Zionis & sekutunya seorang-demi seorang" sehingga hari ini๐Ÿ˜ญ.

Wartawan Al Jazeera berkata jentolak Israel menembak dan melanggar wanita hamil yang sedang sarat, yang memegang bendera putih dan cuba sampai ke hospital di Tal Al Zaatar, Gaza untuk bersalin di sana.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza:

*

"Saksi memberitahu kami bahawa tentera penjajah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza terhadap lebih dari 137 orang awam Palestin bandar Gaza dan di Utara Gaza.

Penjajah menahan mereka, menggali lubang besar dan meletakkan berpuluh-puluh orang awam di dalamnya semasa mereka masih hidup.

Lalu penjajah membunuh mereka dengan melepaskan peluru terus ke arah mereka, kemudian menguburkan mereka dengan jentolak".- CintaSyriaMalaysia


#JanganPernahLupakanRakyatPalestine
#savepalestina #SaveGaza



Tuesday, November 07, 2023

Siapa Syeikh Ahmed Yassin?





Nama penuhnya Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin, merupakan pemimpin gerakan HAMAS (Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah) yang bermaksud "Gerakan Pembebasan Islam" (The Islamic Resistance Movement in Palestine). Beliau tidak punya daya, duduknya sahaja di atas kerusi roda. Hanya kepalanya sahaja yang mampu menoleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Tetapi, saat menatap wajahnya, biarpun di dalam gambar sahaja, terpancar ketenangan yang luar biasa. 

Anaknya, Abdul Ghani pernah menceritakan saat beliau membantu ayahnya, Syeikh Ahmed Yassin  yang telah hilang kudrat menggerakkan kedua-dua belah tangannya dengan membantunya menyelak lembaran al-Quran yang dibacanya, tiba-tiba Abdul Ghani tertidur kerana terlalu mengantuk. Lalu ketika anaknya Abdul Ghani tersedar, beliau mendapati ayahnya masih meneruskan bacaan al-Quran dengan menyelak Al-Quran menggunakan gigi dan lidahnya.