REZEKI ALLAH YANG MENENTUKANNYA.
Saya dedikasikan entry ini kpd anda... Tujuan saya menulis entry ini
"i) Diharap post ini dapat membantu anda semua mencari kerja untuk sesiapa yang akan atau telah menamatkan pengajian.
ii) Kepada student yang masih lagi belajar, saya harap entry saya ini dapat membuka minda dan membantu anda untuk mempersiapkan/melengkapkan diri (build-up yourselves) semasa di Institusi Pengajian anda dengan segala yang diperlukan sebelum anda memasuki alam pekerjaan.
iii )Kepada yang telah bekerja tetapi nak bertukar pekerjaan lain, diharap entry saya ini dapat membantu anda mencari kerja-kerja yang lain.. hehehehe..." .
Yang penting, berusaha, berdoa dan bertawakkal. (^_^)
____________________________________________________________________
To Fariza, Fairuz, Shamie & beberapa student yang lain, harap post dapat membantu you all..hehehe… Saya cadangkan anda memilih pilihan ke-6 di bawah
(melayari beberapa laman dan daftarlah dengan web mencari kerja yang terkenal) . Efektif, jimat kos & tak memenatkan.... (^_^).
 |
| Biodata diri saya. Semoga dengan sedikit pengalaman-pengalaman saya dapat membantu anda semua. Ilmu yang bermanfaat yang disebarkan akan menjadi saham pahala walaupun sesudah kita meninggal dunia... |
 |
| "Manusia biasa hanya belajar melalui pengalaman sendiri tetapi manusia hebat akan belajar melalui pengalaman orang lain" |
Saya paling tak suka bila para pelajar mengeluh "KALAU BELAJAR TINGGI-TINGGI PUN AKHIRNYA MENGANGGUR JUGA", "SUSAH LA NAK DAPAT KERJA ENCIK SEBAB KERJA SEKARANG NIE SEMUANYA KENA PAKAI KABEL/ORANG DALAM"(sedangkan bagi aku dorang sendiri pun tak pernah mencuba, kalau tak sure dorang tau yang 90% kerja yang akan ditawarkan kepada mereka nanti adalah daripada yang tidak menggunakan orang dalam).
Bagi aku, faktor student yang menganggur ini ialah kerana mereka tidak tahu jalan bagaimana hendak mencari pekerjaan sedangkan kerja banyak terdapat di Malaysia nie. Mereka kena banyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal, rezeki semuanya Tuhan yang Tentukan tapi kalau usaha mencari kerja tak cukup, macammana mereka hendak ditawarkan kerja. Kekadang saya berminat juga untuk mengadakan ceramah kerjaya untuk berkongsi ilmu-ilmu ini.
Saya sendiri pun mengalami situasi yang sama macam mereka, berpendapat macam mereka, sebab di universiti dahulu tak pernah saya didedahkan mengenai ceramah Panduan Mencari Kerja ini. Berbulan-bulan saya tak dapat kerja sehinggalah Tuhan berikan saya sedikit cahaya/jalan. Tak lama kemudian, barulah saya temui LUBUK KERJA KOSONG ini di sungai yang orang menyangka tiada ikan di situ. Daripada langsung tiada ditawarkan kerja, sehinggalah suatu ketika saya pernah ditawarkan beberapa pekerjaan sebagai jurutera setiap minggu yang menyukarkan saya untuk membuat pilihan (tak tahu nak pilih mana satu). Jadi, pengalaman tersebut biarlah saya berkongsi dengan anda semua di sini...
Kepada yang ingin melanjutkan pelajaran, walaupun anda hanya mempunyai sijil, (saya menyokong usaha anda itu) percayalah anda juga mampu untuk menggenggam segulung ijazah, sarjana ataupun Phd jika anda mahu seperti yang dilakukan oleh adik saya, walaupun jalannya berliku-liku, terpaksa "berpatah sayap, bertongkat dagu", akhirnya beliau sekarang telahpun memiliki segulung ijazah. Jalan tersebut perlu dicari (mungkin lanjutan daripada post ini, saya akan berkongsi tips-tips tersebut pada masa akan datang).
____________________________________________________________________________
Ada beberapa orang student yang jumpa saya termasuklah masa balik cuti raya baru nie bertanyakan kaedah mendapatkan kerja. Ada seorang tu, dah setahun lebih dah menganggur, ada beberapa orang lagi baru je menamatkan pengajian & ada beberapa orang student masih lagi belajar tapi risau jika menganggur bila tamat belajar nanti.
Ade student jugak yang bagitau "Encik, nanti Encik buka la syarikat, pastu amik la kitorang keja!!!".
Balas aku "Tak mau la saya amik korang keja, datang kelas pun lambat, klu keja sure datang lambat, wat rugi saya jer...".
Tergelak satu kelas...
So, sebagai pendidik kena la cuma bagi mata pancing je kepada dorang nie, jangan bagi ikan, baru la dorang tau cari makan sendiri. Kalau main rekmen je dorang keja, kalau dorang kena marah dengan boss sampai berdarah-darah telinga (perkara biase kena marah & kita marah orang dlm sektor swasta) , sure dorang berhenti keja tak lama kemudian.
Kalau dorang nak dapat keja pun susah, so sure dorang berfikir 2 - 30 kali la klu bercadang nak resign....
Sebagai pensyarah plk, sudah tentu saya mahukan semua pelajar saya mendapat pekerjaan yang terbaik (melainkan para pelajar yang memang malas, kelas pun jarang hadir, belajar pun main-main, takde disiplin, assignment pun meniru atau langsung tak hantar.hahaha).
Kegagalan untuk dorang mendapatkan pekerjaan merupakan kegagalan pendidik juga... Macam pegawai JPKK yang bgtau kitorang hari tu, student menganggur bukan disebabkan takde keja tapi dorang tak tau cara nak cari keja. Bila student mengganggur, mula la parent dorang cakap IPT itu ini tak bagus (walaupun anak dorang memain je bila datang belajar....).