Dulu memang terasa tertekan, baru je masuk kerja, 2 bulan kemudian bos bagi arahan 24 hour, hari Ahad plk tu, hari Isnin esoknya aku dah sampai Cameron sebab dapat arahan projek tu kena disiapkan on time, dah la schedule orang dulu dah lambat beberapa minggu, geram jugak, bebannya aku plk yang kena kejar schedule tu balik (Sure work schedule dia lambat kalau datang site cuma spend masa 3 hari je seminggu untuk bagi arahan, pastu balik KL. So, banyak keputusan yang kena diputuskan secara drastik, tertangguh. Bila keputusan tertangguh, kerja pun tertangguhla....
Projek Cameron tu memang dikategorikan sebagai "projek sakit", macam-macam masalah yang kita tak duga muncul kat site setiap minggu ataupun maybe setiap hari. Macam ada sumpahan sebab boleh dikatakan ramai engineer yang berhenti sebab pressure yang terlampau tinggi, ada juga engineer orang putih yang bunuh diri (sebab semasa proses terowong itu di gali, walau dah cuba pelbagai cara & teknologi terkini, terowong yang digali tu masih tidak lurus dan tidak sampai ke lokasi yang sepatutnya. Akhirnya, terowong laluan masuk tersebut terpaksa dipesongkan menuju ke terowong air). Sebab itula, semasa kita memasuki terowong tersebut, kita akan dapati terowong tersebut tidak lurus. Orang kata, sebelum tu dorang buat parti makan ayam dlm tunnel tu, so jin-jin marah kot sampai pesongkan kedudukan terowong daripada tempat yang sepatutnya...).
Dalam projek ni, ada 2 senior engineer yang mati terkena sakit jantung (sorang tu meninggal sebab terlalu kuat bekerja, sampai site sebelum anak dia bangun tido, balik rumah plk lepas anak dia tido. Yang sorang lagi tu, terlalu kuat sangat makan rasuah sedangkan kerja malas, asyik minta rasuah jer + suka sangat sabotaj kerja aku (sebab aku mmg bencikan rasuah or bagi duit kopi), akhirnya meninggal dalam meeting sebab terkejut tak dapat jawab soalan mengenai projek tu).
Akhirnya, sumpahan tu betul-betul jadi kat aku, tapi aku tak meninggal lagi, cuma aku berhenti kerja je, lepas aku nekad berhenti kerja sampai tahap maksimum untuk siapkan projek tu... Kesannya, 3 bulan pertama kat site, setiap malam aku mengigau-ngigau sebab stress memikirkan beberapa masalah yang pelik-pelik yang kena diselesaikan setiap hari.
Yang menyakitkan hati, ade juga beberapa cubaan sabotaj projek oleh 2-3 orang (dorang nie ikan bilis jer, jerung kat atas pun tak kacau aku). Ade juga kes semasa projek berjalan dorang nie mmg susah nak ade kat site, bila projek siap je, mcm2 menda dorang suruh rombak, hari nie cakap lain, esok cakap lain, supaya buku laporan kerja dorang sentiasa penuh setiap hari, kononnya nak tunjuk kat bos dorang buat kerja la sebab banyak "masalah site" dorang berjaya selesaikan setiap hari.
Yang paling menyirap, sikap mengada-ngada 2- 3 orang nie bila dok dpn bos dorang, cakap macam semua menda tau, tau la nak kipas boss pun, tapi periuk nasi aku dorang selalu tabur dengan pasir. Hasilnya, bila asyik ubah itu ini, kos pun naik 2-3 kali ganda, bila projek lambat siap aku plk yang jadi mangsa dipersalahkan. Nama aku plk naik klu projek bermasalah, kalau berjalan lancar, dorang mengakulah yang semuanya kerja dorang, jual nama dorang. Tapi Allah Maha Adil, tak lama kemudian, mereka semua dah menerima balasannya. Berbanding boss-boss dorang yang banyak membantu aku dulu, aku dengar crita periuk nasi dorang pun dah bertambah-tambah ( maybe kerana tak kacau periuk nasi orang lain, bahkan tolong tambah nasi dalam periuk orang), jawatan sekrang pun dah dinaikkan dengan jawatan yang lagi besar ditambah dengan rezeki yang aku tgk semakin melimpah luah (^_^).
Dalam projek ini, aku bekerja di bahagian construction. Bila dah siap, projek tersebut telah diserahkan kembali kepada bahagian TNB penyelenggaraan (umpama kitorang siapkan kereta, kemudian dorang la yang kena jadi kereta tu elok-elok. Tapi, nak jaga/menyelenggara kereta tu tak sesusah nak bina kereta tersebut, tapi ianya hendaklah berterusan..).
Terowong hidrolektrik tersebut berusia lebih 50 tahun. Selepas 50 tahun, semua isi perut dikeluarkan, digantikan dengan semuanya baru & projek dibesarkan untuk menampung beban yang semakin bertambah dan beberapa bangunan ditambah serta diupgrade dengan teknologi yang futuristik/canggih. Ibarat rumah yang dikosongkan 100%, kemudiannya dicat baru, di touch-up kembali cantik-cantik, dibaiki retak dan semua lubang, ditambah teras supaya tidak runtuh, dibuat renovation dan diperbesarkan untuk menampung beban yang berat berat serta penghuni yang ramai....
Bila dah habis bermandi keringat & darah, akhirnya projek tu siap juga pada 2008 dan diserah sepenuhnya bln Mac 2010 selepas selesai tempoh pengujian dan "defect clearing" . Ade jugak orang putih pun pelik macam tak percaya macammana "engineer kampung" mcm aku berjaya siapkan projek2 yang pada asalnya dorang pandang rendah kpd aku, akhirnya aku berjaya duduk semeja dgn dorang ( Aku sedih juga, kekadang dlm projek2 nie, orang Melayu sendiri pn lebih percayakan orang-orang putih ni daripada anak bangsa sendri, sabar jer la..).
Sekurang-kurangnya, bila aku dah meninggal nnti, ade peninggalan yang aku tinggalkan...
hardy boy : So, tahniah untuk kejayaan-kejayaan TNB. Siapa kata rakyat-rakyat Malaysia tak hebat?!! Projek-projek ini semua menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya rakyat Malaysia & anggota TNB bekerja keras yang terdiri drp pelbagai kaum. Orang putih pun tunduk hormat kpd kita apabila kita berjaya buktikan kpd mereka kehebatan kita. Trully? I have proved to them in this mega projects (^_^)....
Tapi bila search video melalui youtube, "NAMEWEE FUCK TNB MALAYSIA (with eng sub)", kebiadaban mamat nie mnyebabkan berasap juga hati nie... Komen-komen yg menyokong dlm youtube tu juga bole tahan pedasnya, tak paham la aku...
Kalau la TNB dapat berikan pengajaran kepada mamat nie, baru la dia sedar kot. Bila aku tgk mamat nie, teringat aku kepada Ah Choy, pekerja aku yang selalu sangat memeningkan kepada aku dulu sampai hampir-hampir aku nak bergaduh... eventhough most of my Chinesse friends are helpful friends, understanding & nice person like my ex-housemate/ex-roommate, Mr. Dennis...
http://www.youtube.com/watch?v=hAHQGvFqcSE
http://www.rindok.com/blog/video-namewee-fuck-tnb-malaysia-with-eng-sub/
Youtube ~ "NAMEWEE FUCK TNB MALAYSIA"
Ada lagi x video majalah 3 tu? Boleh email pada saya? amsyarr.am@gmail.com
ReplyDelete