"Terkejut, terharu & Happy sangat". Itulah perasaan ku apabila projek-projek hidroelektrik di Cameron Highlands dulu masuk Majalah 3 semalam...My mum siap msg aku lagi suruh tgk tv3. Cuma aku tersenyum sendiri apabila melihat "engineer-engineer" lain dalam tv tue... Biarpun mybe tak ramai orang yang tahu aku turut terlibat sebagai jurutera projek & bertungkus-lumus dalam pembinaan projek-projek itu, bagi aku, kepuasan diri adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan (untuk menyiapkan projek tue, diri terpaksa dikorbankan, mengenepikan nikmat kehidupan diri, memerah keringat, darah & membanting tulang, mengadai nyawa "bermain" dengan voltan tinggi sehingga 33kV-275kV, nikmat makan & tidur kerap dilupakan (berbulan-bulan aku kerap mengigau dalam mimpi, kawan aku cakap aku kerap bercakap dalam tidur, mcm sedang berbincang, berdebat & memberikan arahan), pernah keja sehingga seminggu, 24 sehari bekerja dalam terowong tu demi memastikan projek dapat disiapkan pada date-line kerana terdapat terdapat bermacam masalah besar yang sering datang tanpa kita duga, so kena sentiasa bersedia & mempunyai daya tahan mental & fizikal yang kuat.
Dalam segmen Majalah 3 tu, aku sedari banyak bahagian-bahagian tertentu yang tidak dipaparkan kerana demi keselamatan negara. Apa sahaja maklumat mendalam berkenaan projek tersebut merupakan rahsia kerajaan peringkat pertama (tertinggi) mengelakkan daripada diketahui oleh musuh negara.
Pemeriksaan/audit kabel
Contohnya, jika musuh negara ingin menyerang negara, di manakah tempat yang akan diserang? Antara tempatnya ialah dengan mensabotaj sistem elektrik negara. Caranya biarlah aku rahsiakan sahaja. Maka, menjadi kepentingan rahsia tersebut terus disimpan & insyaAllah akan terus tersimpan sehingga mayat aku dikebumikan nanti, tidak sanggup aku mengkhianati negara yang tercinta ku ini. Masih terdapat beberapa dokumen & gambar rahsia yang masih tersimpan erat dalam simpanan rahsiaku(termasuklah dalam kepala ku) & aku bersedia jika TNB masih lagi memerlukan khidmat ku bila-bila masa.
Kontena yang berisi kabel-kabel lebihan projek (kable voltan tinggi) & pita tembaga yang bernilai ratusan ribu RM dalam jagaan aku. Kalau aku nak jual, bila-bila masa sahaja kalau nak rasa azab di akhirat nanti...
Biar pun sudah lebih 50tahun terowong tersebut dibina oleh British, tetapi aku amat kagum dengan keutuhannya setiap kali aku memasukinya. Binaan struktur dalaman terowong cukup gah & mengagumkan. Apabila dipaparkan di dalam TV3 nampak macam baru je hampir semua peralatan besar di dalam terowong projek-projek tersebut seolah-olah baru dipasang seperti penjana-penjana, kabel-kabel besar yang voltan tinggi, panel-panel baru, aku tersenyum sendirian.... (sape punye keja lagi kalau bukan _ _ _, itupun dengan izin Allah) ;-)
Syabas kepada pihak Tenaga Nasional Berhad...
Di hadapan pintu masuk terowong bawah tanah.
Hardy Boy : Sambungan post ini boleh diikuti pada post terdahulu "previous-job".
No comments:
Post a Comment