Pegang Babi Tak Berdosa, Pegang Anak Dara Orang Berdosa
| Antara Khinzir (BABI) Dengan Kekasih (ANAK DARA ORANG) |
Khinzir:
Bila sentuh Kita hanya perlu samak je...
tengok tak HARAM...
sentuh tak BERDOSA
tak perlu minta AMPUN DOSA...
makan je HARAM dan perlu minta AMPUN DOSA...
Kekasih:
Aurat tak dijaga tengok HARAM
Pegang HARAM
bila dah pegang, tak boleh samak SEPERTI KHINZIR kena minta AMPUN DOSA²...
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." Riwayat Ibnu Majah.
Sama² kita Renung-Renungkan
sumber : sinarmawaddah.blogspot.com
Assalamualaikum Warahmatullah. Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: Ayat 173).
Selain ayat di atas, surah al-Anam ayat 145 juga turut menjelaskannya juga. Berdasarkan ayat-ayat ini, para ulama menjelaskan bahawa khinzir termasuk di dalam najis mukhallazoh (berat). Begitu jugalah dengan anjing yang dikiaskan kepada kenajisan khinzir.
Sesiapa yang menyentuh kedua-dua binatang ini, mereka mestilah bersuci. Menurut mazhab Shafie, kenajisan anjing dan khinzir mestilah disuci dengan sekali air tanah dan enam kali air mutlak. Bahkan umat Islam tidak dibenarkan memakan daging anjing dan khinzir juga.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah. (Riwaya Muslim, Ahmad, Abu Daud dan al-Baihaqi).
Namun kesemua dalil tidak menunjukkan pengharaman menyentuh atau memegang kedua-dua binatang tersebut. Oleh itu, tiada masalah (harus) untuk menyentuh binatang tersebut memandangkan tiada dalil khusus mengharamkannya. Akan tetapi, lazimnya umat Islam di Malaysia memandang perbuatan sengaja menyentuh atau memegang kedua-dua binatang tersebut merupakan sesuatu yang jijik dan kotor. Oleh itu, sebagai umat Islam yang meraikan Fiqh Waqi, adalah terlebih baik untuk tidak menyentuh kedua-dua jenis binatang tersebut tanpa keperluan membuatnya. Wallahualam.
.............................................................................................................................

sumber : http://www.iluvislam.com
HARDY BOY : So, moral of the story, kepada kaum adam diluar sana, jangan la mengada-ngada atau mencuba-cuba hendak menyentuh kulit wanita yang bukan muhrim (secara sengaja), kerana lebih mulia anda menyentuh kulit khinzir (tak dapat dosa) berbanding anda menyentuh kulit bukan muhrim(yang sudah pasti berdosa) dan belum tentu akan jadi isteri korang. Fikir-fikirkanlah ..(^_^)...
im follow u back,, i like ur halwa rohani song
ReplyDeletethanks hamizah krn follow saya kembali & salam ukhwah(^_^), nama tjuk lagu tu Doaku drp Hadad Alwi, Ustaz Akhil Hayy pn pernah nyanyi..hehehe
ReplyDeletethanks sharing..nak culik letak kat fb bleh? :)
ReplyDeleteBOLE, amik la Rossa..hehehe.. makin byk ilmu kite kongsi, mkin byk pahala kita dpt, btl x?(^_^)
ReplyDelete