artikel : www.iluvislam.com
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
hardy boy : Bagi saya, wanita pun memang kena belajar masak, walaupun tak sedap pun takpe sebab menurut Dato' Dr. Fazillah Kamsah & Dato' Ustazah Siti Nor Bahiyah, air tangan isteri yang bila masak tu yang mengeratkan hubungan kasih sayang satu keluarga & ade keberkatan.
Cuba kaum wanita tanye suami atau bakal suami, "Suke tak dorang kalau wife dorang pandai masak?". Sure dorang seronok bangga, tersenyum sampai ke telinga. Kalau tetiba orang datang ke rumah nak makan tengahari, suami la yang paling bangga bila orang puji masakan isterinya. Tapi kalau sebaliknya(makanan pun di"tapau" dari kedai), terpakse la suami tahan telinga kena sindir.hehehe...
Menurut pengalaman saya, tipulah kalau lelaki ni cakap dia tak kisah wife dia tak pandai masak. Awal-awal kawin bole la dia tahan, sebab masa tu semua indah, tapi last-last bila suami asyik gi makan di kedai je seperti asyik makan masakan janda di restoran, jangan terkejut pula bila air tangan janda tu menyebabkan suami asyik teringatkan janda tu je..hahahahaha.. Awal-awal kawin bole la suami cakap dia tak kisah wife dia langsung tak pandai masak, tak lama kemudian saya sure dorang takkan tahan punya la, cuba korang tengok klu tak percaya ...(^_^)...
Tapi, berbeza kalau dibandingkan dengan "Langsung tak tahu masak" dengan "Tak sempat nak masak". Yela, sekrang nie, bila kedua-dua suami isteri dah kerja, balik pun pkl 8 mlm baru sampai rumah, manela larat isteri nak masak melainkan suami sama-sama tolong dorang masak. Kalau suami malas, baik suami je yang tapau lauk kat kedai, so sape-sape pun tak dipersalahkan, betul tak?
Kalau kita lihat keluarga yang bahagia, petua orang tua-tua, kalau mampu, jangan la di biarkan semua kerja memasak dilakukan oleh orang gaji (yang tu untuk sapa yang berkemampuan daripada segi kewangan), sekali-sekala wife/ibu pun kena turun ke dapur walaupun hanya hujung minggu sebab hari lain sibuk dengan kerja. Karang, kalau tetiba si suami tetiba terpikat dengan orang gaji tersebut sebab setiap hari makan masakan amah (kena plk badan yang solid molid, asyik makan jamu je, muda belia lagi, yang tu belum kira lagi kalau ade yang jahat main ape-ape ilmu pengasih), isteri juga yang gigit jari akhirnya..hehehehehe...
Apa-apa pun, bagi saya, suami pun jangan hanya cari kesilapan isteri je, suami pun kena perbetulkan diri dulu, cuba korang belajar masak, pastu challenge isteri korang masak, tengok sapa yang paling sedap, anak-anak pula jadi pengadil, sapa yang kalah ke memasak selama seminggu, kan harmoni rumah tangga. Masa tu la baru la suami tau betapa susahnye nak memasak nie... Kalau masak dengan kasih sayang, insyaAllah masakan tu pun bertambah sedap, bila basuh beras tu bertasbih & berselawat semoga hati suami & anak-anak sentiasa lembut...
Tapi, sebelum suami bangkitkan perkara di atas, agak-agak korang sebagai suami tu dah betul sangat ke? Mampu ke suami lakukan perkara yang sama? (Alhamdulillah, sampai sekarang banyak dah masakan yang saya mampu masak bebanding dulu)....
Saya paling tak suke suami yang ego atau isteri yang queen control(lebih-lebih lagi yang gaji dan pangkat lagi besar daripada suami, sure hari-hari jadi perang dunia kat rumah tu kalau suami pun melawan). Saya setuju dengan artikel di atas, suami pun kena perbetulkan diri, cuba isteri suruh suami jadi imam (sembahyang Maghrib, Isyak & Subuh), mampu tak suami korang? Pastu, suruh pulak suami mengaji, isteri dengar, kalau ade anak-anak jemput anak-anak dengar sekali. Kalau suami bace salah, rotan je suami, baru la ade kemanisan rumah tangga..hehehehe... Pastu, kalau suami balas bangun pagi, isteri simbah je dengan air, kalau suami suka lengah-lengahkan sembahyang, isteri rotan je suami dengan pukulan yang manja, kena ajar sikit suami nie..hahahahaha...(^_^)...
salam,.
ReplyDeletesangatlahhh btol entri ni,.setuju!hehe,.wlu sy blom kwen,.tp skrg2nya amik pot jgk isu2 snstif ni,.dan mmg ptot jgk lelaki/suami kne tau bab2 agma,nk bmbing istri n ank2 kn,.so,kne la adil,.xgitu prof?,.hehe,.
betul tu Doktor HatyNuurul, (saya belum smpai level prof lagi la..hahaha), suami memang kena tau bab2 agama nie, baru la adil, jgn la dok kompen perempuan je...heheheh
ReplyDelete