HARDY BOY : Aku tak faham la knape la ada sesetengah pengikut ajaran-ajaran sesat nie walaupun dah terang-terang mereka dah jauh terpesong macam Al-Arqam, Ayah Pin, Rasul Melayu & sebagainya, tapi hati mereka nie buta masing menganggap ajaran dorang tu betul dan konon-kononnya dorang tu golongan terpilih. Bila Asaari Al-Arqam buat road show membuat pengakuan tentang bahawa ajaran yang dibawanya tu sesat dan dia telah bertaubat, masih ade segelintir pengikutnya menganggap pengakuan Ashari tersebut ada mesej tersirat yang dapat dibaca oleh pengikutnya konon-kononnya (dengan menggunakan isyarat secara tersirat) dia menafikan pengakuan lafaznya tu.
Dah la diri sendiri dah sesat, lepas tu dengan taksub & fanatik terus cuba menyebarkan ajarannya kepada sesiapa sahaja kononnya ber"dakwah".
AL-ARQAM BUAT HAL LAGI
بسم الله الرحمن الرحيمDakwa mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW
KOTA BHARU: Pemimpin dan pertubuhan agama menganggap dakwaan isteri kedua bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam, mengaku mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW sehingga terhasilnya satu surat ditujukan kepada pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI sebagai satu pembohongan besar dan menyesatkan.
Mereka beranggapan perbuatan Hatijah itu adalah untuk mengaburi pengikut yang begitu taksub dengan ajaran Al-Arqam serta bekas pemimpin mereka, Asaari Muhammad.
Hatijah, 57, yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut Al-Arqam, mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat ‘power Kaabah’ ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah, Asaari atau Abuya serta Imam Mahdi.
Pengakuan Hatijah yang kini berada di Makkah, Arab Saudi, itu dikeluarkan dalam majalah Bebaskan Kaabah (Dari Wahabi) dan Dokumentari Putra Bani Tamim keluaran Global Ikhwan yang hanya diedarkan kepada pengikut bekas Al-Arqam.
Hatijah mendakwa beliau menelefon Rasulullah melalui hatinya (secara ghaib) sehingga terhasil surat kepada pemimpin Vatican itu sebagai hadiah istimewa Nabi kepada umatnya.
Surat itu antara lain mengecam bangsa Yahudi kerana membuat kerosakan di muka bumi, turunnya Imam Mahadi dalam masa terdekat serta pengesahan baginda mengenai ghaibnya Asaari dan bukannya meninggal dunia.
Antara kandungan surat didakwa daripada Nabi Muhammad itu seperti disiarkan dalam Dokumentari Putra Bani Tamim; “Marahnya kamu dengan hero ku itu, kau pun kejarlah dia. Maka di saat kau begitu hampir untuk dapatkannya, keluarlah di televisyen kamu semua bahawa Abuya sudah mati. Maka tertipu lagilah kamu wahai orang yang memerangiku oleh Allah yang Maha Pandai menipu daya itu.
“Cuba kamu berfikir masakan orang ditugaskan Allah dan Rasul untuk menyempurnakan jadualnya itu boleh mati sebelum kejayaannya.”
Berhubung dengan ‘power Kaabah’, Hatijah mendakwa ketika melakukan tawaf dan melambai-lambai ke arah Hajar Aswad, beliau melihat keluarnya cahaya bererti ‘power Kaabah’ sudah dibuka olehnya.
“Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya. Walhal Abuya anak kuncinya, Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhamad As-Shuhaimi yang dipercayai Imam Mahdi) adalah tuannya,” katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata Hatijah dan juga bekas pemimpin Al-Arqam sentiasa mengeluarkan cerita karut supaya pertubuhan itu akan diingati.
“Dia sudah tidak dapat sokongan dan Al-Arqam sudah dilupakan, jadi dia keluarlah cerita karut ini,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, berkata, dakwaan Hatijah itu adalah satu pembohongan besar dan menyesatkan.
Harussani berkata, bagaimana seseorang itu boleh menghubungi Nabi Muhammad yang sudah meninggal dunia sejak beribu tahun yang lalu iaitu pada tahun ke-11 Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata, semua umat Islam harus berpegang kepada fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 yang mengharamkan pertubuhan itu kerana ajarannya bertentangan dengan akidah dan syariah Islam dan boleh menyebabkan syirik.
“Segala pandangan dan risalah yang dikeluarkan oleh kumpulan itu adalah salah dan menyeleweng daripada akidah. Dulu Asaari pun pernah mengaku berjumpa Nabi Muhammad secara sedar dan kini Hatijah pula membuat dakwaan sebegitu,” katanya. - Bhairan
AL-ARQAM MAKING A COMEBACK | |||||||||||
| |||||||||||
KLANG, MALAYSIA - Former Al-Arqam member and legal adviser Zabidi Mohamed said the setting up of the controversial Ikhwan Poly-gamy Club was an attempt to revive the now-defunct movement. The club is being led by one of Al-Arqam founder Ashaari Muhamad's wives, Hatijah Aam, and its members are all from the movement as well. "The name and the packaging may be different, but the people leading it are the same ones behind the banned Al-Arqam movement," said Zabidi. Zabidi added that Global Ikhwan was set-up by former Al-Arqam members after their previous outfit, Rufaqa Corporation Sdn Bhd, was busted by the religious authorities a few years ago. Given his deep involvement with the movement prior to his detention under the Internal Security Act in 1994, Zabidi said he could sense that an aggressive revival of the movement was underway. "I just don't have concrete proof to support this, but I know the revival is happening now. I also know for a fact that Ashaari's family will not give up," added Zabidi. He said the Home Ministry and the Islamic Development Department (Jakim) should embark on a pro-active stance to curb the club's activities before things get out of control. "Keeping close tabs on the former Al-Arqam members and their activities is insufficient to curb them from spreading their activities and doctrine," he said. There should be more pro-active measures taken including educating Muslims on why they should keep away from activities organised by the former Al-Arqam members, added Zabidi. He said he had heard from sources that Hatijah was running the show now, as Ashaari was frail and bed-ridden. --The Star/ANN AL-ARQAM DIHARAMKAN ms.wikipedia.orgAl-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad, ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.[1] Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian. Pengasasnya, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. Jenazah beliau telah dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di IpohSejarah Al-ArqamNama Al-Arqam diambil daripada nama sahabat Nabi, Arqam bin Abi Arqam. Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968, kemudian bertambah kepada 40 orang ahli jemaah pada tahun 1976, keahlian jemaah ini, menurut Ann Wang Seng, kemudian bertambah secara mendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaah itu mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian. Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut. Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan beroleh perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75. Pemimpin kananBerikut beberapa pemimpin kanan Al-Arqam yang menjadi tulang belakang kejayaan pertubuhan Al-Arqam selama 26 tahun dari 1968 - 1994.
AjaranDi antara kepercayaan mereka adalah kepercayaan bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih hidup. Menurut Ustaz Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam. Tindakan Ashaari yang mengqiyaskan (menganalogikan) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir .Ciri-CiriPegangan Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain memberi ajaran dan fahaman seperti berikut:
Meluaskan PengaruhSememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan aspek kewangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lainnya. Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1993, Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam. Setelah membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan dan diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilah Ashaari mengisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia, Indonesia dan Khurasan. Krisis KepimpinanKrisis kepimpinan Al-Arqam bermula setelah berlakunya penyingkiran Akbar Anang pada tahun 1979 yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Ummah. Menurut Akbar Anang, penyingkirannya bersama adalah kerana beliau mempersoalkan ajaran Al-Arqam , namun menurut Ashaari, Akbar Anang disingkirkan kerana beliau cuba membentuk pakatan yang bertujuan menyingkirkan Ashaari daripada tampuk kepimpinan Al-Arqam. Akbar Anang memberontak dan mendedahkan keperihalan Aurad Muhammadiah sehingga dihadapkan ke Pusat Islam pada 1979. Ashaari dilapor menafikan Kiyai Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Imam Mahadi dan berjaya membersihkan Darul Al-Arqam daripada kesangsian asas. DiharamkanJAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986. Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa'. Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik. Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004. Baru-baru nie gempar di dalam TV mengenai dakwaan seorang lelaki yang isterinya "dilarikan" Al-Arqam. Lelaki tersebut juga ajaran Al-Arqam kini menggunakan nama lain iaitu Rufaga dan kemudiannya menggunakan nama GLOBAL IKHWAN MUSLIMIN. Berikut merupakan mesej daripada facebook yang saya dapat baru-baru nie. Semoga ada pihak yang akan membuat siasatan mengenai hal ini.... Mengenai hal ini, sejauh mana kebenaran hal ini, mungkin kita boleh serahkan maklumat serta bukti kepada Jabatan Agama Islam dan Pihak Yang Berkuasa supaya siasatan dapat dijalankan.... ANDA JUGA MUNGKIN INGIN MEMBACA ENTRY SAYA TERDAHULU BERKAITAN TAJUK INI IAITU:-
|
No comments:
Post a Comment