MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, April 11, 2012

JOM SEMAK SENARAI HITAM PTPTN DAN IMIGRESEN ANDA

UPDATE 15 OGOS 2016 : UNTUK SEMAK SAMA ADA NAMA ANDA DISENARAI HITAM PTPTN ATAU TIDAK, ANDA BOLEH JUGA LAYARI LAMAN WEB BERIKUT : 
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA : http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Bila masuk website
PTPTN berikut selalu sangat & belum pernah aku dapat masuk, entah la kenapa sama ada disebabkan oleh masalah teknikal daripada PTPTN, server problem atau hal-hal lain.

Jadi, disebabkan masih lagi mempunyai baki pinjaman PTPTN yang lalu, aku nak juga tau juga kalau aku dah disenarai hitamkan, ye la manela tau pasni tetiba pula kot-kot aku terpaksa pergi oversea, honeymoon ke kat sana ke (tu pun kalau ada duit la...), karang tak pasal-pasal kena tahan imigresen kat pintu masuk airport sebab PTPTN punya hal, sapa yang MALU??? ... Jadi, di sini ada pilihan website lain yang  yang Tuan/Puan boleh cuba untuk semak senarai hitam PTPTN anda iaitu di website IMIGRESEN Malaysia.hehehe. (Sebenarnya link ni sahabat saya yang cadangkan semasa dia hendak ke Indonesia pada bulan lepas).

Tuan/puan boleh cuba link berikut>>>
Website IMIGRESEN MALAYSIA : IMIGRESEN (www.imi.gov.my/index.php/ms/)
Website SENARAI HITAM IMIGRESEN >>> SENARAI HITAM PTPTN / IMIGRESEN (http://sspi2.imi.gov.my/)

Website Senarai Hitam PTPTN www.ptptn.gov.my/senaraihitam


Link website Senarai Hitam PTPTN 
Biasanya Hasil Carian Saya selalu keluar macam nie....

 Tapi Anda juga Boleh Cuba website IMIGRESEN INI. Cuma klik pada gambar di bawah. Kenapa IMIGRESEN??? Sebab bila tuan/puan dah disenaraihitamkan oleh PTPTN, memang tuan/puan tak dapat keluar negara...
Website Senarai Hitam Imigresen http://sspi2.imi.gov.my/

Semak di Link http://sspi2.imi.gov.my/

Hasil Semakan saya, akhirnya lulus juga.hehehehe. Boleh la sambung bermimpi nak jenjalan ke luar negeri pasni (^_^)



JIKA ANDA TELAH DISENARAI HITAMKAN ???
1. Siapkan dokumen yang dikehendaki spt :-
  • Surat Rayuan
  • Slip Gaji 2 bulan terkini
  • Penyata Terkini KWSP
2. Pergi ke Ibu Pejabat PTPTN
3. Buat bayaran pendahuluan/tunggakan & bayaran bulanan 
- terus daripada majikan ATAU
- BAYARAN BULANAN potongan melalui bank

4. Kembali ke kaunter untuk serahan resit bayaran pendahuluan/tunggakkan & bukti bayaran bulanan telah dibuat. Mohon rayuan drp PTPTN agar anda dikeluarkan daripada senarai hitam Imigresen supaya mereka mengemaskini daripada sistem dan anda boleh ke luar negara

5. KALAU terpaksa keluar negara juga, buatlah perjanjian dengan pihak PTPTN bagaimana dan bila anda akan jelaskan pinjaman tersebut supaya anda dibenarkan keluar negara.

"Jika peminjam telah disenarai hitam, peminjam perlu menjelaskan keseluruhan tunggakan pinjaman/ pembiayaan termasuk semua kos yang telah dikenakan sekiranya ada sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam imigresen".

Prosedur rayuan senarai hitam dan / atau saman (sebelum penghakiman direkodkan) --KLIK DI SINI.
Sekiranya tuan/puan telah disenaraihitam, sila buat rundingan dan menjelaskan amaun yang dipersetujui bersama tujuh (7) hari sebelum bertolak ke Luar Negara dan memaklumkannya kepada PTPTN selepas bayaran tersebut dibuat.



BAGAIMANA JIKA MENERIMA SURAT MAHKAMAH ???
1- Seperti pengalaman adik saya, dia diarahkan untuk berjumpa dengan penguam yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes tersebut di setiap negeri seperti negeri asal peminjam.
2- Kemudian, dia akan dihadapkan di mahkamah untuk dibacakan pertuduhan. Jika benar pemimjam mengakui kesalahan, adik saya diarahkan membuat perjanjian dengan PTPTN di mana dia perlu bayar minimum RM50 di mana-mana bank yang boleh menerima bayaran pinjaman PTPTN SETIAP BULAN.
3- Sekarang, dah tiada masalah asalkan bayaran pinjaman dibayar setiap bulan.. Alhamdulillah...




update :-
Sehingga 10 September 2012, tajuk entry saya ini telah mencatat kunjungan seramai 3, 647 orang dan saya telah bantu beberapa orang. Terima kasih di atas kunjungan semua.


>>> Carian tajuk "senarai hitam PTPTN" dalam internet meletakkan blog saya ni di tangga ke-4, jatuh daripada tangga pertama beberapa bulan lepas (^_^)
Jatuh ke tangga ke-4.huhu

6 comments:

  1. saya punya status 'TIADA HALANGAN' alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulillah art with azrasophie.hehehehe... kita kena truskan bayar wlaupun skit.hehehe

      Delete
  2. huhuhu...bertungkus lumus nak setel kan rayuan ni...minimum saye letak 3oo...saye pinjam 4k je...xtw la lepas ke x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasenye boleh lepas, asalkan jika buat perjanjian dgn ptptn utk berjanji bayar dlm tempoh tertentu & mohon kebenaran ke luar negara..

      Delete
  3. dekat link tu bila sy check mmg lepas (Tiada halangan).
    Tapi bila call PTPTN hotline tahun lepas, diorang kata dah blacklist.
    kali ni pn masih keluar tiada halangan, tapi tak tahu betol ke tak..

    ReplyDelete
  4. kalau keluar negeri lagi boleh ke kalau dah semak kat imigresen, status die mcm ni? "Sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat"

    ReplyDelete