MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, April 10, 2012

Video Tips Panduan Untuk Guru / Pendidik

TIPS MENDIDIK UNTUK PARA PENDIDIK & GURU...

Dalam mendidik anak bangsa, biasa la kekadang kita kena menggunakan pelbagai pendekatan. Macam aku, bila mendidik anak bangsa (majoriti student aku adalah pelajar lelaki dewasa),  kekadang lebih mencabar & pelbagai pendekatan berbeza perlu digunakan dalam mendidik  kerana dorang bukan bebudak kecil senang nak rotan-rotan.hahahaha.... Tu belum kira lagi bagaimana nak berdakwah suruh dorang rajin-rajin sembahyang yang ada sesetengahnya susah nak lakukan...
Gambor semasa Bengkel Motivasi & Kerjaya yang lalu (^_^)
Aku biasanya guna 2 prinsip:-
i) Kaedah pertama gunakan pendekatan KELEMBUTAN (guna psikologi dan motivasi) kerana kaedah ini biasanya lebih berkesan.
ii)  Kaedah Kedua gunakan kaedah KASAR (kekadang kaedah ni juga paling berkesan hanya apabila kaedah yang pertama tak berjaya.hahahahaha) ...



 i) First time aku mengajar, aku terasa sedikit kepuasan mendidik apabila berjaya membentuk sebuah kelas yang bermasalah yang majoriti terdiri daripada para MAT-MAT REMPIT, GENGSTER, Kaki Tido Dengan Perempuan, Jenis Tak Sembahyang dan mempunyai masalah moral (kekadang disebabkan faktor keluarga dan persekitaran). Selepas aku gunakan pelbagai pendekatan, aku TERKEJUT apabila ada para pelajar yang dulunya rendah moral akhirnya berubah dan first time TANGAN AKU DICIUM oleh mereka (maybe nak ambil berkat dan tanda berterima kasih). Sekarang dorang dah tamat belajar dah.hehehe... Kalau mengajar pelajar perempuan senang sikit berbanding lelaki, biasanya cuma guna psikologi & motivasi kekadang dah cukup....
ii) Kekadang ada juga yang tanya, takde ke pelajar perempuan yang minat mcm dalam drama-drama Melayu??? Aku ketawa sensorang bila teringat pernah beberapa kali ada juga pelajar perempuan yang admirer, pertama semasa di Politeknik mengajar student diploma (maybe dorang ingat aku nie sama baya dengan dorang & dorang pun semester akhir, so berani la dorang.hahahaha). Selepas tu ada la beberapa kali di tempat kerja sekarang tapi di tempat kerja sekarang nie dorang tak seberani macam student-student semasa aku mengajar di Politeknik dulu.hahahahaha)... Aku wat derk jer, asalkan jangan buat kesilapan yang terdahulu, baik sangat pegi bagi no telefon kat student-student sampai malam buta pn dorang msg aku lagipun skarang aku tak bujang macam dulu-dulu.hehehe. Apabila aku bertanyakan beberapa "orang-orang lama" dorang pun mengakui pernah ada student yang minat kat dorang, maybe disebabkan ada pelajar perempuan terlebih respek sampai jatuh cinta dengan dorang (guru mahupun pensyarah).hehehe... 
Video-video movie di bawah banyak memberikan aku tips-tips pendekatan untuk mengajar pelajar, kekadang banyak tips dalam MOVIE DANGEROUS MINDS & Movie GREAT TEACHER ONIZUKA.  jom layan sebab kita semua adalah pendidik (bakal/telah jadi ibubapa dalam mendidik anak-anak) (^_^)
MOVIE DANGEROUS MINDS


Drama GREAT TEACHER ONIZUKA (aku suka tengok dulu, teringat masa sekolah dulu-dulu.he3x)...

Movie GREAT TEACHER ONIZUKA (actually, aku lebih suka tengok drama GTO nie berbanding filem.hehehe)...

No comments:

Post a Comment