MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, September 14, 2012

Filem Hina Nabi Muhammad - INNOCENCE OF MUSLIMS (18SX rated)



- You are in Islamic Section-



http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/603206_10151158205460040_93722392_n.jpg
TAK KISAH APA SAHAJA IDEOLOGI POLITIK, ISU AGAMA BUKAN PERKRA YANG BOLEH DIPERMAINKAN DAN UMAT ISLAM PERLU SENTIASA BERSATU..



Bila umat Islam bercakap mengenai PENGHINAAN KE ATAS ISLAM dan KEKEJAMAN TERHADAP UMAT ISLAM, terdapat segelintir non-muslim berpendapat bahawa UMAT ISLAM ingin memusuhi non-muslim. PANDANGAN tersebut silap kerana mana-mana AGAMA sekalipun termasuk UMAT ISLAM 
hanya akan memusuhi MUSUH AGAMA ISLAM sahaja termasuklah yang beragama Islam (jika yang Islam pun memusuhi Islam) bukannya Non-MUSLIM...

Mengenai filem ini yang mendapat bantahan daripada pelbagai golongan MASYARAKAT ISLAM DI DUNIA
(tak sempat saya nak huraikan sepenuhnya artikel ini tetapi Umat Islam perlu bersatu hati membantah filem ini daripada membiarkan Islam terus diinjak-injak oleh Musuh Islam)..


    


Innocence of Muslims, previously called Desert Warriors and Innocence of Bin Laden, is a 2012 anti-Muslim film about Muhammad. The trailers for the film, after they were dubbed into Arabic, were cited during the attacks on U.S. diplomatic missions on September 11, 2012. 


Directed by Allegedly "Sam Bacile" or "Alan Roberts"







 



Sam Bacile, Pengarah Filem Innocence of Muslims 



Filem amatur yang berjudul Innocence of Muslims ini menimbulkan kemarahan umat Islam. Filem ini mendorong massa di Libya dan Mesir menyerbu gedung-gedung Amerika.  Yang paling parah, konsulat AS di Benghazi diserang hingga menewaskan Duta Besar AS untuk Libya bernama J. Christopher  Stevens AS. Hal itu membuat Amerika mengarahkan kapal perang berangkat ke perairan Libya. Keadilan harus ditegakkan, demikian ungkapan Obama selaku presiden AS.





Filem yang diarahkan oleh Sam Bacile, seorang warga California AS yang juga mengaku keturunan Israel. Beberapa media di AS menyatakankan bahwa Sam Bacile bukanlah nama sebenar dan bukan seorang yang keturunan Israel. Tidak diketahui siapa nama sebenarya. Namun, menurut inilah.com, dia diketahui sebagai seorang keturunan Arab penganut Kristian.




Merujuk kepada AP Bacile  mengaku berusia 56 tahun. Kepada Wall Street Journal pula dia mengaku berusia  52 tahun. Namun, di akaun YouTube, dia mengaku berusia 75 tahun.




Sam Bacile juga pernah berjanji akan membuat filem kerohanian lain. Bacile sebenarnya bukanlah seorang pembuat filem,  tapi dia dilaporkan bekerja di bidang jual beli rumah. Meskipun mengaku  tinggal di California, tidak ada catatan mengenai alamat tempat  tinggalnya sama sekali.


Steve Klein memaklumkan Majalah Atlantic bahawa Bacile bukanlah orang Israel ataupun YahudiFilem tersebut menurut Bacile, mendapat dana daripada 100 orang Yahudi. "Filem ini merupakan filem politik, bukan filem agama," katanya. 






Hardy Boy - Semua individu yang bertanggungjawab dengan Filem tersebut perlu dikenakan tindakan berat..

Link >>>Google enggan padam video hina Rasulullah di youtube


AMARAN - Video-video klip di bawah dikategorikan terlampau keterlaluan dan hanya individu 18thn ke atas sahaja sewajarnya dibenarkan menontonnya...




kerana menghina Nabi Muhammad dan menghina AGAMA ISLAM:-


i) memaparkan adengan hubungan di ranjang (berunsur 18 SX ke atas) dan mempermainkan Islam serta Rasullullah...


ii) menghina berbagai perkara tentang Islam yang tak sanggup aku nak komen di sini.... 






Innocence Of Muslims Movie Trailer (HD) 







  


Innocence of Muslims movie trailer 






Innocence of Muslims - Complete Movie 




  


Innocence of Muslims Trailer 2 "Egypt Protest Movie"






 Muhammad Movie - Innocence of Muslim Movie 3gp  




  
Innocence of Muslims movie trailer PART 6 HD


Misteri pengarah filem hina nabi

LOS ANGELES - Seorang lelaki dari negeri California mengaku dia memainkan peranan di sebalik pembikinan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sekali gus mencetuskan bantahan hebat umat Islam terutamanya di Mesir dan Libya kelmarin.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula yang mengamalkan ajaran Kristian Koptik dan pernah didapati bersalah kerana melakukan jenayah kewangan memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa dia memainkan peranan mengurus dan membekalkan logistik untuk produksi tersebut.


Lelaki berusia 55 tahun itu turut mengaku dia adalah pengurus syarikat yang menerbitkan filem berjudul Innocence of Muslims itu.


Namun, dalam satu temu bual dekat sini kelmarin, Nakoula menafikan dia mengarahkan filem biadap itu.


Sebaliknya, dia menyatakan mengenali penulis dan pengarah Innocence of Muslims, Sam Bacile.


Bagaimanapun, nombor telefon yang dihubungi AP pada Selasa lalu untuk menelefon Bacile didapati menggunakan alamat sama dengan lokasi di mana Nakoula ditemui.


Rekod mahkamah persekutuan AS menunjukkan Nakoula mempunyai beberapa nama lain termasuk Nicola Bacily dan Erwin Salameh.


Lelaki itu menyatakan bahawa Bacile menyokong kebimbangan berhubung layanan buruk umat Islam terhadap penganut Kristian Koptik.


Namun, Nakoula menafikan dia menyamar diri sebagai Bacile.


Semasa temu bual tersebut di luar rumahnya, lelaki itu menunjukkan lesen memandunya untuk mengesahkan identitinya tetapi dia menggunakan ibu jari untuk menutup nama tengahnya, Basseley.


Dalam perkembangan berkaitan, seorang paderi yang mencetuskan kemarahan umat Islam dengan membakar beberapa naskhah al-Quran, Terry Jones menyatakan, dia sempat berbual dengan Bacile melalui telefon kelmarin.


Jones berkata, lelaki berkenaan menghubunginya beberapa minggu lalu untuk mempromosikan filem tersebut.


"Saya tidak menemui dia. Sam Bacile bukan nama sebenarnya.


"Saya cuma bercakap dengannya melalui telefon. Dia tentu bersembunyi dan tidak mendedahkan identitinya," kata Jones.


Bacile sebelum ini menyatakan dia dilahirkan di Israel, berusia 56 tahun dan berketurunan Yahudi.


Seorang aktivis Kristian yang turut terlibat dalam projek filem berkenaan, Steve Klein memberitahu kelmarin bahawa Bacile merupakan nama samaran pengarah filem tersebut dengan dia seorang penganut Kristian.


Terdahulu, beberapa pegawai di Israel berkata, tiada rekod ditemui menyatakan Bacile seorang rakyatnya.


Menurut Klein, sekitar 15 pelakon dari Syria, Iraq, Turki, Pakistan, Iran dan beberapa penganut Kristian Qibti Mesir terlibat dalam filem Innocence of Muslims.


"Kebanyakan mereka enggan memberitahu nama sebenar kerana mereka takut," kata Klein.


Sementara itu, YouTube telah menarik balik klip video filem itu di Mesir dan Libya kelmarin. Namun, video berkenaan masih boleh diakses di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.


Dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa Libya membuat beberapa tangkapan berhubung serangan ke atas Kedutaan AS di Benghazi


"Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kehakiman telah memulakan siasatan dan mengumpulkan bukti dengan beberapa orang telah ditangkap," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wanis Al-Sharif.


Namun, beliau enggan memberikan butiran terperinci berhubung bilangan orang yang ditangkap atau latar belakang mereka kerana tidak mahu menjejaskan siasatan.

- Agensi

kredit to - myadha



PENERBIT FILEM HINA NABI DITAHAN PIHAK BERKUASA AS


Lelaki yang menutup muka itu dikatakan Nakoula Basseley Nakoula


LOS ANGELES - Seorang lelaki yang difahamkan telah menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan serta protes umat Islam seluruh dunia hingga mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, 55, pernah disabitkan atas kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak dibenarkan mengakses0 Internet.

Namun demikian, Nakoula dilaporkan telah menafikan dakwaan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi di kediamannya. Sebelum penahanan itu, kelihatan kumpulan wakil media lain juga menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.

Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata, kononnya bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media.

Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.

Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya. Oleh yang demikian, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela, katanya.

Sebelumnya, Nakoula pernah memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik.

Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel. Namun merujuk kepada rekod terdahulu, Nakoula pernah menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain selain nama sekarang.

Dalam pekembangan lain, protes umat Islam seluruh dunia ekoran tayangan filem itu telah merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Manakala hari ini, protes merebak ke Australia.


ORANG ramai melarikan diri apabila polis melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan protes terhadap filem anti-Islam di luar Kedutaan AS di Sanaa, Yemen.

Nama Pengarah Filem Yang Hina Nabi Terbongkar

Teka-teki mengenai nama pengarah filem yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam kini telah pun terjawab. Pengarah berusia 65 tahun itu merupakan individu yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) bagi kerja-kerja menghasilkan filem kos rendah dan filem-filem lucah ‘ringan’ pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Laporan New York Daily News, memetik portal gawker.com menyebut bahawa filem Innocence of Muslims, yang awalnya menggunakan nama Desert Warrior, menyenaraikan Alan Roberts sebagai pengarahnya.

Menurut IMDB, Roberts, yang tinggal di Santa Monica, California, pernah mengarahkan filem-filem berjudul The Happy Hooker Goes to Hollywood dan The Sexpert.

Laporan itu juga menyebut bahawa Roberts dibawa oleh seorang penerbit bernama Sam Bacile, yang turut dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakuola.

Nakoula kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan. Nakoula, yang menggunakan sekurang-kurangnya 10 nama, kini menjalani hukuman pemantauan selama lima atas kesalahan menipu bank pada 2009.

Gawker melaporkan pihaknya ada bercakap dengan barisan pelakon dan anggota krew serta kawan-kawannya yang mengesahkan Roberts, yang pernah mengarahkan Young Lady Chatterley, sebenarnya bertindak sebagai pengarah filem yang dinamakan semula sebagai Innocence of Muslims.

“Saya pasti dia Alan Roberts yang sama, saya masih ingat dia ada bercakap mengenai projek ini,” kata penerbit filem, David A Prior kepada Gawker.

Menurut laporan itu, Nakoula dipercayai individu utama menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad. Filem itu ditayangkan di beberapa pawagam kecil di AS sejak tiga bulan lalu.

Treler 13 minit dimuat naik menerusi YouTube. Semalam, Malaysia mengumumkan bahawa akan meminta YouTube mengeluarkan treler filem itu dari pangkalan datanya.

Pelakon-pelakon filem mendakwa jalan cerita telah diubah selepas filem itu dihasilkan.

Bagaimanapun laporan Gawker tidak pasti bagaimana Roberts menyertai pasukan yang menghasilkan filem ini atau sama ada dia kenal “Bacile” sebelum penggambaran dijalankan di luar Los Angeles pada tahun lalu.

Laporan Gawker berkata, Roberts telah mematikan telefon sebaik sahaja protes tercetus sejak awal minggu lalu.

Los Angeles Times juga melaporkan bahawa Roberts kemungkinan menggunakan nama Robert Alan Brownell, lelaki berusia 65 tahun, dari Canyon Lake, Riverside County.”. Sumber
Nakoula Basseley Nakoula
Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam.

Aktres Innocence of Muslims telan pil tidur

AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan tidak selamat selepas protes dan pembunuhan berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu. Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad. "Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu. 
"Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online. Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior atau Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan. "Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya. 
 "Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari. "Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar. Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California. Bahana Innocence of Muslims Rusuhan dan protes yang tercetus sejak 11 September lalu dilihat sebagai pengulangan memori insiden serangan di Menara Berkembar di New York, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengilhamkan pengikut anti-Islam dengan menuduh Islam adalah ganas dan jahat. Jika filem Innocence of Muslims tidak disiarkan, pastinya bangunan Kedutaan AS di Libya tidak dibakar sehingga meragut empat nyawa. 
Rentetan itu, pastinya lebih 20 Kedutaan AS di seluruh dunia tidak diserang masyarakat Islam yang berang dengan tindakan Bacile. Seterusnya, Presiden AS, Barack Obama tentu tidak akan menghantar tenteranya ke Libya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam ke atas kematian rakyatnya. Namun, Obama menggunakan alasan mahu bekerjasama bagi menangkap pembunuh dutanya, Christopher Stevens. Jelas sekali, filem berkenaan telah mencetuskan protes secara besar-besaran dari Maghribi sehingga ke Malaysia. Setakat ini, tujuh terbunuh, ribuan cedera dan rusuhan menular ke Sydney, Australia, semalam. 
Semalam, AS terpaksa memanggil balik dutanya di Sudan dan Tunisia selepas mendapat amaran, Al-Qaeda bakal menyerang kerajaan Obama di Arab dan Barat. Si penghina Nabi disiasat Masuk hari kelima, protes filem pendek Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin. Bagaimanapun, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010. Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara.  
kredit to- manzaidiamn


http://www.thejakartaglobe.com/media/images/modified/20120915161033572.jpghttp://www.trbimg.com/img-50524fa5/turbine/lat-white-house-asked-youtube-to-remove-innoce-001/600http://www.trbimg.com/img-5053ce61/turbine/la-et-low-budget-movies-20120915-001/600 
http://www.reporterindia.com/wp-content/uploads/2012/09/2629.jpghttp://ciricara.com/wp-content/uploads/2012/09/Demo-FPI-Soal-Innocence-of-Muslims.jpghttp://media.npr.org/assets/img/2012/09/12/muhammed_custom-94526b94afb748f1fc0dd84b83082d00d36b0eed.pnghttp://s1.jrnl.ie/media/2012/09/pakistan-protests-innocence-of-muslims-390x285.jpghttp://ironicsurrealism.com/files/2012/09/innocence-of-muslims-bloody-mo.jpghttp://cdn.thedailybeast.com/content/dailybeast/articles/2012/09/13/misplaced-muslim-rage/_jcr_content/body/inlineimage.img.503.png/1347548206708.cached.pnghttp://timemilitary.files.wordpress.com/2012/09/timdax.jpg?w=360&h=240&crop=1http://www.lensaindonesia.com/uploads/1/2012/09/inno-3.jpg



--------------------------------------------------------------



DALAM FACEBOOK PUN SEKARANG NI ADA SEGELINTIR NON-MUSLIM YANG LANGSUNG TIDAK MENGHORMATI SENSITIVITI UMAT ISLAM DAN SECARA TERANG-TERANGAN MENGHINA ISLAM.. DALAM MASYARAKAT DAN NEGARA HARMONI NI, TOLONGLAH HORMATI AGAMA SENDIRI & AGAMA ORANG LAIN!!!..





2 comments:

  1. ya ALLAH , tak sanggup nak tengok ,
    memang syaiton lah sapa yang wat cite ni,
    bantah sekeras-kerasnya , mintak sgt supaya ALLAH membalas perbuatan terkutuk ni ,
    WAHAI UMAT ISLAM , BERSATULAH KITA SEMUA , KEHADAPANLAH KITA , JGN BIARKAN MEREKA MENINDAS AGAMA KITA !!!

    ReplyDelete
  2. TUNGGU JEW LAH KEMUNCULAN IMAM MAHDI NANTI..SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA AKAN BERSATU MEMERANGI HABIS-HABISAN ORG2 KAFIR LAKNAT..

    ReplyDelete