MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, January 10, 2013

Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO & Teman Pengganti - Black ft Malique


LAGU AJL LAGU ORANG MATI ???

Semenjak habis Anugerah Juara Lagu ke-27 baru-baru ni, entah macam mana boleh terlayan dua buah lagu ni, lagu yang diilhamkan oleh 2 situasi kematian suami isteri (walaupun aku lebih suka layan lagu nasyid). 2 buah lagu ini dihasilkan sebagai menunjukkan BETAPA TINGGINYA CINTA suami kepada isterinya walaupun isterinya atau dia sendiri (si suami) telah meninggal dunia...

i) Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO - diilhamkan oleh kisah benar rakan kepada Edry KRU yang telah kehilangan isteri akibat kanser. Maksud tersirat daripada lagu ini, Andai Ku Bercinta Lagi (berkahwin dengan isteri yang baru) dia masih tidak akan dapat menghilangkan betapa kasih sayang dia kepada isterinya...
 
ii) Teman Pengganti : Black ft Malique
 - Lagu ini mengisahkan tentang seorang suami yang mengetahui bahawa hayatnya sudah tidak lama, maka dia menyanyikan lagu ini atau menyediakan sebuah sajak/amanat terakhirnya kepada isterinya agar isteri mencarikan Teman Penggantinya (agar berkahwin dengan suami yang baru)...
>>> Teman Pengganti - Black & Malique 

(Saya sendiri pernah berceritakan tentang lagu ini kepada isteri saya & meminta dia mencari pengganti saya jika ditakdirkan saya tiada nanti...)

 
Klip Video Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO


Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asa aku mati







Klip Video Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique




Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi Dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti.....




VIDEO KLIP ASAL LAGU-LAGU INI....
Klip Video Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO (Official)


Klip Video Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique (Official)

No comments:

Post a Comment