Sekarang nie pelik, buka je TV3, dah kurang dah cerita/berita pasal politik (berbanding dulu, entah ape-ape entah dorang nie dok kutuk pembangkang dengan entah ape-ape citer). Memang hebat percaturan politik media, dengan citer entah ape-ape yang kekadang nampak sangat menipunya, seolah-olah penonton nie terlalu jahil nak telan bulat-bulat.Kekadang kalah TV1 & TV2 yang terang-terangan merupakan stesen TV kerajaan Malaysia berbanding TV3 yang merupakan stesen TV swasta.
Terdapat sesetengah media ni Malaysia nie, mula-mula dok ampu pemimpin-pemimpin politik, then api-apikan para pembangkang dengan kerajaan pelbagai isu dengan ditambah pula ulasan-ulasan daripada ahli-ahli politik tertentu.
Then, lepas puas guna taktik tu, meraka guna pula taktik dok laga-lagakan antara parti-parti pembangkang (yang kesiannya, Nik Aziz yang dah uzur pun dilaga-lagakan bersama Karpal Sigh yang masih berkerusi roda). Kalau nak lagakan pun, pilihla lawan yang masih gagah & kuat kudratnya.
Aku bukan ape, sebenarnya apabila rakyat dah muak tengok berita politik yang entah ape-ape tu yang disiarkan TV3, bertambah ramai yang menukar siaran ke channel lain takpun lebih baik tengok brita Tamil. Cubalah buat kajian meninjau pendapat masyarakat setempat tentang pandangan mereka tentang berita politik yang disiarkan TV3. Ini secara tidak langsung juga menaikkan populariti pihak pembangkang dan ramai juga yang bersimpati serta berpaling kepada pembangkang akibat tidakkan percaturan politik yang kurang bijak. Akhirnya, pihak pembangkang menjadi semakin kuat akibat tindakan pihak media ini. Jangan sampai disebabkan percaturan politik oleh pihak media, habis masyarakat abaikan jasa-jasa yang ditabur oleh pihak kerajaan. JANGAN SAMPAI KERANA MARAHKAN NYAMUK, KESIAN HABIS KELAMBU KENA BAKAR....
Yang non-malay pulak segelintir dok ketawa terbahak-bahak tengok orang melayu dok bertekak-tekak, sedangkan tempat mereka dalam kuasa ekonomi Malaysia ini makin bertambah-tambah. Cuba tengok, mereka terutamanya ahli-ahli korporat mereka bersatu-padu membina banyak sekolah-sekolah swasta di Negara ini dengan kemudahan yang canggih. Kalau nak harapkan orang kita buat menda yang sama, banyak yang mengharapkan kepada bantuan kerajaan sedangkan mereka dilatih tidak mengharapkan bantuan tetapi lebih banyak kepada saling bersatu membantu memperjuangkan menaiktarafkan kehidupan mereka... SUSAH SANGAT KE ORANG KITA NAK BERSATU-PADU???
Diharap TV3 terus menyiarkan berita yang lebih telus dan adil (cuba Buletin Utama siarkan hujah yang adil antara kedua-dua pihak antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang, tengok sapa yang berikan hujah yang PALING bernas, parti politik tersebut la yang berada di pihak betul. MESTI SERONOK BETUL TAK???...).
---------------------------------------
Stop cerita pasal politik, pada 18 APRIL hingga 28 April baru nie dikehendaki berkursus di SUTRA BEACH RESORT & SPA, SETIU, TERENGGANU. Seronok juga, berkursus 2 minggu sambil bercuti. Tempat kursus pun cantik, jatuh cinta buat kali pertama.
GAMBAR-GAMBAR BERIKUT MERUPAKAN SEBAHAGIAN GAMBAR SEMASA KURSUS TERSEBUT. HEHEHE (^_^)
|
Di Masjid Kristal, Kuala Terangganu |
|
Pasar Payang, Kuala Terengganu |
|
Pasar Payang, Kuala Terengganu |
|
Telur Penyu, Pasar Payang, Kuala Terengganu |
|
Pasar Payang, Kuala Terengganu |
|
Pasar Payang, Kuala Terengganu |
|
Model Pasar Payang, Kuala Terengganu.hehehe.. Teman sekursus |
|
Lapangan Terbang, Kuala Terengganu |
|
Lapangan Terbang, Kuala Terengganu |
|
Lapangan Terbang, Kuala Terengganu |
|
At Lapangan Terbang, Kuala Terengganu |
|
At Lapangan Terbang, Kuala Terengganu |
|
Meriam?!! Lapangan Terbang, Kuala Terengganu |
|
Meriam?!! Lapangan Terbang, Kuala Terengganu |
|
Lapangan Terbang, Kuala Terengganu |
|
Lapangan Terbang, Kuala Terengganu |
HARDY BOY - SERONOK MELANCONG KERANA SETIAP NEGERI MEMPUNYAI KEUNIKAN YANG TERSENDIRI, BETULLAH KATA ORANG "JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN". Makin jauh kita bermusafir, makin banyak ilmu kita dapat...
No comments:
Post a Comment