MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, June 05, 2014

Dilema PembantuRumah


Komen yang saya terima baru-baru ini yang meminta pandangan saya:-

Komen yang saya terima.
Assalamualaimualaikum. 

Sy nk minta pendapat ncik. sy seorang pembantu rumah. ke 2 majikan sy seorang yg kuat agama. berbudi bahasa. n bijaksana. kerna layanan majikan baik sy pun berusaha kj dgn sebaik n semampu sy. tp disebabkan kesalahan org gaji sblm sy menjadikan bos merasa xcaye dgn sy. sy xkesah sbb kami pun baru kenal. masalahnye bila sy wat kesilapan bos slalu ckp "xpe umi n abh xkesah" tp kkadang sy dgr dia org cm perli sy. sy dah minta dia org agar tunjuk ajar sy bila sy wat silap dlm sgala hal. tambah lg ada  mak saudara umi yg bmulut lazer. sy syg anak2 bos cm ank sy sndiri. tp dia kte sy pilih kasih. memang lah yg kecik sy beri perhatian lebih sbb yg besar tu dah leh mandiri. lg kalo sy cite ke abah n umi tntg ank mreka dia igt sy xska ank2. tp niat sy cuma nk bg tau apa yg ank2 wat. ank2 dia beragam perangai tp smua pun sensitif. tambah lg yg bongsu umur 4thn. dia slalu pukul sy. klo kta ckp xleh dia trus mengamuk. sy xtau cm mne agar sy dpt trus bersabar dgn dugaan ni. klo nk kte kan org yg berpendidikan tinggi seharusnya berterus terang dan berhemah bukan memperli. sekian terima kasih.


___________________________________________________________




Saya membalas.... Waalaimussalam... Terima kasih kerana sudi berkongsi.... Bagi pendapat saya, anggaplah ianya sebagai asam garam saudari bekerja, banyakkan berdoa dan semoga Allah mempermudahkan segalanya... Niatkan bekerja kerana Allah... Saya setuju, mungkin juga disebabkan trauma dengan pembantu rumah yang terdahulu, majikan saudari lebih mengambil langkah berhati-hati serta beringat-ingat bimbang kejadian lama berulang kembali, bimbang Pisang berbuah dua kali... Apa yang penting ialah, saudari cuba untuk memikat hati mereka kembali dan menyakinkan mereka kembali bahawa mereka beruntung mempunyai pembantu rumah seperti saudari. Berikan mereka sedikit masa, untuk mereka menyedarinya. Disebabkan saudari masih baru bekerja, ini merupakan tempoh percubaan untuk mereka menilai saudari dan saudari perlu cuba yang terbaik. Saya yakin, mereka juga sedar bahawa untuk mendapat pembantu rumah rakyat tempatan pada masa kini adalah amat sukar, kadangkala selepas asyik bersilih ganti mendapat pembantu rumah, barulah mereka mendapat pembantu rumah yang terbaik... Saudari juga perlu melihat, adakah mereka melayan saudari sebagai pekerja atau sebagai adik atau keluarga mereka sendiri??? Jika mereka melayan saudari sebagai adik/keluarga, maka mungkin cara teguran mereka mungkin sedikit keras umpama adik mereka sendiri dan mungkin mereka berpendapat dengan teguran sedikit tegas/keras maka saudari akan lebih peka dengan teguran tersebut serta berusaha untuk tidak mengulanginya kembali. Jika teguran mereka adalah hanya sekadar melalui percakapan semata-mata, tanpa sentuhan fizikal atau penderaan,saudari anggaplah ianya sebagai lumrah jika berkerja dengan mana-mana majikan sekalipun, anggap sahajalah teguran mereka secara sindiran itu masuk telinga kiri keluar telinga kanan tetapi saudari tidak menyimpannya di dalam hati. Anggaplah teguran mereka itu untuk kebaikan saudari juga... (Melainkan jika majikan saudari memaki hamun saudari, memaki hamun seolah tak ingat dunia seolah saudari tiada perasaan, bolehlah difikirkan tindakan seterusnya..).. Banyakkan berkomunikasi dengan mereka umpama kepada isteri majikan saudari, cuba pikat hati beliau dan hormat sebagai majikan. Jika sesuai, cuba cari masa yang sesuai untuk cuba berbincang masalah saudari dengan isteri majikan saudari dengan meluahkan perasaan saudari tentang tindakan anak-anak mereka memukul saudari. Tentang tindakan anak-anak majikan saudari memukul saudari, jika pukulan anak-anak majikan saudari tidak memudaratkan, anggaplah ianya hanya "gurauan" daripada mereka. Anggaplah tindakan anak-anak majikan memukul saudari adalah tindakan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa, mungkin mereka bertindak sedemikian kerana mereka cemburu atau terasa "terancam" apabila saudari menjadi sebahagian daripada keluarga mereka, maka anggaplah mereka masih mentah, mungkin sengaja anak-anak mereka bertindak sedemikian sebagai melepaskan geram/sifat memberontak mereka.. Apa yang boleh dilakukan saudari ialah, saudari perlu sentiasa peka untuk tidak berada di dalam keadaan yang membolehkan mereka memukul saudari seperti duduk lebih tinggi daripada mereka, duduk bertentangan dengan dinding dan sebagainya, pura-pura menangis dan sebagainya untuk melihat reaksi mereka, tetapi jangan sesekali memarahi mereka. Cuba juga untuk memikat hati anak-anak ini supaya mereka menganggap saudari adalah kakak mereka bukannya pekerja mereka. Selepas puas mereka menjadikan saudari objek "kemarahan" mereka, percayalah akhirnya perasaan mereka tersebut akan hilang kerana mereka tidak mampu untuk menyimpan dendam. Semoga apabila saudari pulang ke kampung nanti, mereka juga turut merasai rindu kepada saudari... Pilihan yang lain, saudari boleh meminta pendapat orang-orang yang lebih berpengalaman bagaimana cara untuk mengendali serta mengawal kanak-kanak melalui psikologi seperti meminta pandangan ahli keluarga. Memang terdapat kanak-kanak yang hiperaktif dan sukar dikawal oleh ibu bapanya sekalipun... Untuk mengurangkan tekanan saudari, saudari juga boleh mohon pandangan dan pendapat ahli keluarga saudari yang terdekat, semoga mereka juga dapat memberikan semangat dan nasihat kepada saudari... All the best, semoga tabah menghadapi cabaran kerja (^_^)

No comments:

Post a Comment