MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, June 03, 2014

Fenomena Rama - Rama Kuantan




Fenomena luar biasa - Ribuan Rama - Rama Mengerumuni Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang..

Ketika saya singgah untuk Solat Maghrib di Masjid Sultan Ahmad Shah, Masjid Negeri Pahang semalam (2 Jun 2014), saya terkedu apabila melihat begitu banyak rama-rama berjumlah ribuan ekor mengerumuni ruang dalam dan ruang solat Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak di bandar Kuantan. Yang anehnya, sekumpulan rama-rama ini hanya mengerumuni ruang dalam Masjid, tetapi tidak di bahagian luar Masjid.... Kebiasaan saya singgah sebelum ini, kejadian seperti ini belum pernah terjadi... Ada juga rama-rama hinggap sebentar di bahu jemaah-jemaah, seolah-olah kita berada di taman rama-rama. Rupa rama-rama tersebut amat cantik dengan pelbagai warna dan sebesar telapak tangan...

Bagi jemaah-jemaah masjid tersebut, seolah tiada apa yang luar biasa & tiada yang mengganggu rama-rama yang memenuhi hampir diseluruh ruang dalam masjid daripada kaki lima, ruang legar masjid hingga ke bahagian dinding menghampiri siling-siling serta ruang mimbar masjid.

Kemudian saya terdiam seketika, terasa sebak, terasa kerdil, terasa bersalah, melihat sekumpulan rama-rama pun sudi untuk SUJUD serta "mengimarah" ruang masjid tersebut, mungkin juga "mereka" "dihantar" untuk menyampaikan "mesej" dan "peringatan" kepada manusia, jika sang rama-rama ini sudi mengimarahkan masjid, RUMAH ALLAH ini, inikan kita Hamba-Nya yang sering LALAI....

Fenomena rama-rama/kupu-kupu di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 ini turut menarik kerana tidak semua tempat di Bandar Kuantan mengalami fenomena ini walaupun terletak berdekatan dengan masjid ini.

Lagi Info di harian metro:

Bagi yang berada di sekitar Kuantan, boleh ke masjid berkenaan melihat fenomena ini sebagai tanda KEKUASAAN ALLAH S.W.T. INI, semoga ada hikmah disebaliknya untuk kita sentiasa berusaha mengimarah Rumah Allah (sebagai menghormati Rumah Allah ini, hanya beberapa gambar sahaja yang sempat saya rakam)....


  







JIKA RAMA-RAMA YANG BEGITU KERDIL PUN SUDI SUJUD SERTA "MENGIMARAHKAN" MASJID, KITA BILA LAGI??? (^_^)





No comments:

Post a Comment