MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, March 23, 2021

Resepi Roti Hemlet


Alhamdulillah, hari ni berkesempatan siapkan juadah Potluck untuk jamuan kakitangan tempat kerja.
(Keja kat manae? Biarlah misteri, nnti LHDN senang nk cari. hahaha)

Maafkan saya klu saya masak tak sedap. Haha 😆

Rahsia masakan yang sempurna di hotel mewah, WAJIB MELIBATKAN 6 DERIA RASA iaitu 
- MATA (deria penglihatan - presentation masakan yang sempurna dan nampak menarik), 
- HIDUNG (mempunyai bau-bauan yang wangi dan menyelerakan termasuklah bau di dalam bilik santapan berkenaan), 
- TELINGA (deria pendengaran - bunyi masakan yang kita masak, contohnya bila kita makan kerepek kentang, kedengaran kerangupan kerepek yang kita kunyah tu, aspek tu pn syarikat makanan siap buat kajian lagi memastikan bunyi yg sesuai & ber"bunyi" sedap, 
- SENTUHAN (KULIT - bila kita pegang makanan tu, terasa terkstur yang berbeza, panas, sejuk, kasar @ lembut), 
- RASA (LIDAH -  bila kita makan terasa perlbagai rasa dlm masakan kita tu) serta 
- PERASAAN (NALURI - bila kita makan terasa betapa penuh kasih sayang chef menyediakan makanan berkenaa, che waaahh 😆, 
MASAK DENGAN PENUH KASIH SAYANG, MASAK DARI HATI ). 

Time kitorang jual masa ekspo masa belajar kt UTHM Johor dulu, mmg sold out sampai xcukup barang, selera org korang xtau la kena @ x 🤣🤣. Kesilapan terbesarnya, kami jual terlampau murah, RM1.50 JE SATU, untung berapa sen je. hahaha
UTK ZAMAN SEKARANG KENA LETAK RM3 ATAU RM5 KOT, ikut portion makanan berkenaan.

HARI NI, PROSES UNTUK SAYA SIAP MASAK SEMUA 20 BIJIK ROTI HAMLET NI MAKAN MASA HAMPIR 2 JAM JUGAK, RENYAH JUGA SEBAB KENA MASAK DENGAN PENUH KASIH SAYANG, LEMAH-LEMBUT TAKLEH KASAR-KASAR.
(Aku ni jenis kalau masak memang suka guna api besar, masak cepat-cepat taknak lambat-lambat tapi utk masak roti hamlet ni memang AKU terpaksa mengalah masak perlahan-lahan kalau tak memang tak menjadi sebab dia punya tekstur wajib seimbangkan lembut & keras, ada rasa ter'bakar' sikit sbb kita bakar roti tu, kena 70% lembab, 30 % kering, tidak terlalu manis, tawar @ berminyak) tapi kalau makan sebijik tu dah cukup dah kenyang xnak makan dah yang lain. hahaha).

 

20 bijik roti hamlet yang saya masak, 1 bijik telur untuk sebijik roti , habis jugak 1 tin kaya besar, 1 tin majerin besar & 1 tin jagung (cream style). Harap semua kawan-kawan aku makin gemok tapi x salahkan aku lepas makan roti hamlet aku ni. hahaha 😆😆😆.
Kos semua untuk 20 biji roti hamlet hampir RM 36.00. Kalau berminat nak jual, kos sebijik dalam RM 1.80.


Roti hamlet ni memang legend, sebab sekarang dah takde orang jual dah, susah nak jumpa walaupun sedap (mungkin sebab proses dia leceh tp harga jual tak tinggi kot).

Kalau kat KELANTAN, kena masak guna margerin (bukan butter, jangan masak guna minyak masak), sebijik telur untuk sebijik roti, kaya (kaya dan marjerin disapu dalam roti supaya ade pelbagai tekstur, creamy serta juicy). 

Kalau kat TERENGGANU, resepi roti hamlet sama macam Kelantan tetapi kena tambah jagung (cream-style) di dalam inti roti ni. Roti yang dah dimasak diatas telur, disapu dengan margerin, kaya kemudian baru jagung. Margerin jangan terlalu banyak, kalau tak  memang rasa dia tak berasa sedap.

Kanak-kanak memang suka roti hamlet ni sebab lembut je tapi padat & mengenyangkan.

1) Roti sosej dibelah 2 tapi jangan terputus di hujung. 
2) Margerin
3) 1 bilik telur untuk 1 bijik roti
4)  Kaya (aku guna kaya yeos sbb taknak terlalu manis sangat), kadar secukup rasa ikut selera masing-masing. Bagi aku, lagi banyak letak kaya, lagi sedap campur bila margerin yg cair atas roti tu bercampur sekali dengan kaya, memang berjus, menitik-nitik sampai boleh cicah lagi roti atas inti yang menitik tu. hahaha..
(Comfirm, menitik air liur beb 😊).
5) Kalau suka jagung, boleh campur jagung (creamy style) yang mcm orang letak masak apam balik tu. Bagi  aku, letak makin banyak jagung makin sedap beb, makan sebijik pn dah kenyang .

Kaedah memasak
1 - Panaskan kuali leper dgn marjerin, api sederhana. 
2 - Pecahkn telur & kacau dalam mangkuk. Jangan kacau macam buat telur dadar nanti warna dah 1 kaler je kuning, takde tone warna.
3 - Tuangkan telur keatas kuali. Masa telur tengah cair tu, letak cepat-cepat roti yang kita dah bakar sikit atas kuali sebelum tu (setelah sapu marjerin luar & dalam roti berkenaan). Kuali mesti kuali leper. Aku guna pan yang bulat tu je. 
4. 1 biji telur utk 1 Roti Sosej.
5. Jangan biarkan telur tadi mengeras sampai garing, agak-agak lembut dan sedap makan.
Angkat dan sapu dengan majerin ketika roti tapi masih panas supaya inti (yang akan disapu nanti mencair). Kemudian sapu kaya. Jumlah ikut tahap "keminyakkan" dan "kekayaan" yang disukai. Bagi aku, lebihkan kaya 70%, marjerin 30% baru juicy kemudian letak jagung cream kalau suka.

Dah, angkat hidang atas pinggan, siap 😊.


Selamat mencuba  & masak dengan penuh kasih sayang ye !!!





Goreng guna pan je 

'








No comments:

Post a Comment