MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, February 26, 2024

KISAH BERSAMA BAPA MERTUA



#motivasi
#KasihBapa

Kenangan 3 tahun lepas bersama bapa mertua. Orang kate, nak tackle seorang perempuan, kena kenali karakter bapanya sbb seorang perempuan akan mencari seorang suami yang mempunyai ciri-ciri hampir seperti bapa mertuanya. (Bapa mertua saya ini ketika mudanya merupakan seorang gengster terkenal di daerahnya tetapi berubah 360 darjah selepas mengahwini isterinya iaitu mak mertua saya menjadi yang lebih baik menebus kesalahan beliau terdahulu...).

(Ciri-ciri bapa mertua saya ni saya berjaya penuhi >>>
- GARANG ✅️(done) tetapi
- PANDAI MELAWAK ✅️(done),
- CARING ANAKNYA ✅️(done),
- 5 SOLAT 5 WAKTU KT MASJID (yang ni saya belum lagi, maghrib isyak insyaAllah🤣).
(Bapa mertua sekarang bed-ridden hampir 3 tahun, semoga Allah sembuhkan beliau, insyaAllah🤲).


Moral : Sebenarnya, ramai di luar sana yang mengabaikan mak dan bapa mertua sebab mereka rasakan mereka hanya nak kahwin dengan anaknya bukan nak kahwin dengan mak dan bapa mertua.
Tetapi mereka lupa yang, isteri/pasangan yang kita kahwini tu adalah "HADIAH DARIPADA ALLAH", kalau Allah tidak izin dan takdirkan, mana mungkin pasangan kita itu akan menjadi milik dan pinjaman Allah kepada kita, 
jadi hargailah isteri (serta anak-anak kita) seumpama ianya adalah hadiah daripada Allah dengan penuh amanah, dan 
ingatlah bahawa bila-bila masa sahaja Allah akan mengambil "pinjaman' berkenaan dan semoga kita dihimpunkan bersama di syurga nanti. Semoga isteri/pasangan/anak-anak menjadi asbab untuk kita kumpulkan bekalan pahala menuju ke syurga nanti.

Bapa dan mak mertua pula, kalau mereka tidak izinkan pula, mana mungkin isteri atau pasangan kita itu akan jadi milik kita. Bila kita bertemu mak dan bapa mertua kita, Allah kurniakan naluri kepada mereka untuk meraka rasakan adalah kita pasangan yang terbaik untuk anaknya yang dalam masa yang sama mereka juga tahu terdapat kekuatan dan kekurangan kepada anak perempuan mereka itu. Jadi, dapatkan keizinan dan redho bapa mertua dan mak mertua dalam kita memilih pasangan hidup kita. Bila dah kahwin, sudah tentu seluruh ahli keluarga pasangan kita itu merupakan keluarga kita juga dan wajib kita menerima kelebihan dan kekurangan mereka.

KEPADA YANG INGIN MENCARI PASANGAN HIDUP, CUBA TACKLE HATI BAKAL BAPA MERTUA DAN MAK MERTUA ANDA TERLEBIH DAHULU SEBELUM TACKLE HATI ANAKNYA🤣

No comments:

Post a Comment