MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Sunday, February 25, 2024

Sebab Saya Bantu JOB Seeker Melalui VTT

Saya ni buat vtt (video tiktok) tips kerjaya seminggu sekali je 1-5 minit, tapi org tak sedar hari2 saya terima bermacam2 soalan drp netizen😅. 
(blog ni pun walaupun dah cecah jutaan lebih view (1,389,130 view), dah lame terbiar, saya tak sempat nak mengarang macam dulu, sebab banyak tugas yang tak pernah putus).
Kita bimbing dorang yg mana termampu sbb saya ni dulu pernah rasa susahnya nak cari keja, pernah hampir2 jadi gelandangan kt KL sebab member scam(tipu) ade keja kosong termasuk penginapan (tapi bila dah sampai depan rumah daripada kampung, telefon pun dia tak angkat sedangkan dia ada je dalam rumah😡), moto pernah kena tahan polis traffik sbb lesen mati, bulan puasa pulak dgn duit dlm poket RM300 je utk sebulan tunggu gaji, kemudian sesat bawa motor sejam tak jumpa2 petaling jaya nasib ade sorang akak kat stesen minyak suruh ikut keta dia sampai la ke rumah member kat SS2 & mcm2 lagi. 

Tapi bila dah dapat kerja ni, tak putus2 pulak syarikat-syarikat lain call tawarkan kerja (hasi temuduga terdahulu), cuma saya terkilan terpaksa tolak tawaran keja bekerja kat pelantar minyak di indonesia (bila saya tolak, panel temuduga tu macam kecewa + sedih sebab dia memang excited nak saya keja dengan team dia. Masa interview pun memang dia cakap dia dah berminat cuma tarikh keputusan temuduga tu ambil masa lama sikit kerana approval banyak pihak, syarikat pula memang international company) sbb baru je lapor diri masuk keja sebagai Project Engineer (jawatan yang hanya utk mereka ada 3 tahun pengalaman, tapi saya ni fresh mentah2 lagi baru keluar universiti😅). Pegawai HR yang ambik saya keja tu tengok saya macam warak kot sebab dorang tahu life keja site ni memang sangat mencabar, kalau lemah iman memang jauh hanyut. Bila dah masuk life berkenaan, rupanya memang life style maha dahsyat turut menguji keimanan kita, tapi sebab aku ni degil semangat inkuiri yang tinggi, makin aku tolajk makin tinggi pulak level ujian yang "dorang" sogok sampai last sekali nasib nyawa tak hilang je sebab dorang dah giveup tapi dorang lupa bahawa Allah lebih berkuasa daripada makhluknya.

Masa tu Allah berikan macam-macam nikmat kekayaan tapi Allah uji dengan tarik nikmat masa sampai ko sendiri tak ada masa nak guna duit tu untuk diri ko sendiri, duit puluh-puluh ribu RM ko habiskan untuk entertain klient je, bole guna sepuas-puasnya sebab nanti bos akan bayar balik duit yang ko guna tu janji keja siap on time (satu hari penalti kalau projek lewat lebih schedule, bos kena bayar kat klient RM25 RIBU.

(Dalam citer ni saya bahasakan diri saya "pakcik" ye sebab saya pun sekarang dah tua 🤣).
Masa tu BOS pakcik cakap, orang yang berada kat site lebih faham ape keperluan berbanding diri yang kat pejabat. (Awal-awal kerja pakcik pernah rugikan bos pakcik RM60 ribu sebab pakcik terlupe nak order bertan-tan kabel gergasi dan bila ko order last minute minta kilang siapkan adhoc, of course la berpuluh-puluh kali ganda ko kena bayar).

Pakcik pernah buat keja "giler" bila keadaan terlalu mendesak, (Salah satu PROJEK construction A
terbesar masa tu, client PAKCIK DAH DELAYKAN sampai sebulan sebab masalah teknikal), dan pakcik pernah buat keja giler kerah 2 team keja siang malam 24 jam sebanyak mana orang yang ko nak pakai tapi bos tak pernah pertikaian keputusan yang ko buat.

HIKMAH KEJA GILER pakcik berkenaan, bos kepada engineer-engineer mat salleh sendiri (Mr Paul Jackson & Mr Marc) tabik spring dengan keja giler sampai engineer-engineer mat salleh di bawah dorang yang poyo-poyo pandang lekeh kat engineer melayu ni tetiba tabik spring hormat kat pakcik ni & terima pakcik macam team dorang sendiri (sebenarnya dorang pelik kenapa bos besar hormat aku, bila bos besar dorang dah hormat aku, automatik la dorang kena hormat aku walaupun dotang sendiri tak tahu asal usul kenapa dorang tetiba dorang hormat pakcik ni😅).

Antara kenapa bos-bos mat salleh ni tabik spring kat pakcik ialah, bila project tu pakcik berjaya kejar balik siap kembali on track atas schedule, dorang dah boleh balik negara dorang beraya sambut KRISMAS dan dorang akan sambung bercuti dengan gaji selama sebulan. (Sebenarnya bos2 mat salleh ni tak jangka projek tu boleh siap on time & siap2 nak pasang lagu raya "P RAMLEE - SALAM DI PERANTAUAN) tunggu nak nangis je sebab tak leh balik raya 🤣).

Apa yang best masa pakcik keja construction ni, ko boleh keja sebebas-bebasnya tanpa perlu punch card, tak orang nak bagi arahan tapi janji siap on time (yang pada pakcik tak best juga sebab keja terlampau banyak nak kena ko plan, arah, pantau, kejar sampai siap yang menyebabkan ko tak ada banyak masa nak berehat pun sebenarnya😅). Balik pkl 3 pagi sebab malam tu ko kena entertain klient2 yang berlist panjang sbb banyak sangat projek-projek mega yang kena handle dan hanya masa tu je keadaan tenang tak macam siang harinya & masa tu je masa untuk ko bincang, berunding mahupun pujuk klient (menda yang sama syarikat-syarikat kontraktor bawah pakcik ni akan lakukan kepada pakcik pula sebagai klient dorang). 

MASA TU, BARU KITA TAHU DUIT BUKAN UKURAN,
KERANA DUIT TAK DAPAT BELI MASA YANG KITA DAH TERLEPAS...

Conclusionnya - Pakcik sebenarnya tak sanggup nak tengok orang lain rasa betapa susah nak dapatkan kerja macam ape yang pakcik rasa dulu-dlu dan alhamdulillah lebih beratus atau dah beribu dah orang pakcik dah bantu + pakcik tak join MLM ye 🤣

No comments:

Post a Comment