MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, April 23, 2026

#KisahInspirasi PESANAN BEKAS PELUMBA JALANAN: "TINGGALKAN LUMBA HARAM".

PESANAN BEKAS PELUMBA JALANAN: "TINGGALKAN LUMBA HARAM". KETAHUI BAGAIMANA IHTISYAMUDDIN MENEMUI SYURGA JDM DI KELANTAN. 

​Siapa sangka, sebaik sahaja penulis melangkah masuk, di sebalik pintu sebuah bengkel yang tersorok di ceruk negeri Kelantan (yang terkenal dengan ramai "pomen" hebat-hebat), tersimpan sebuah "Hidden Gem" yang persis suasana bengkel Tokyo Drift. Bau minyak enjin, deruman enjin JDM, dan aura kelajuan di sini memang cukup luar biasa! 







Melangkah masuk ke sini ibarat menjejakkan kaki ke syurga permotoran. 


Walaupun lokasinya rahsia dan identiti pemiliknya dirahsiakan atas faktor privasi, namun tempias teknologi tinggi dari sempadan Thailand jelas terasa pada setiap jentera lumba yang dibina di sini.

​NASIHAT DARI SEORANG 'SIFU' 
Pemilik bengkel ini bukan calang-calang orang. Beliau merupakan seorang bekas juara pelumba haram jalanan misteri yang menjadi buah mulut kerana sering menjuarai banyak perlumbaan. Namun kini, beliau memilih untuk menyumbang semula kepada industri secara profesional. Turut memiliki belasan jentera perlumbaan.

​Beliau menitipkan satu pesanan yang cukup mendalam untuk semua anak muda:
​"Tinggalkan lumba haram. Salurkan minat dan kepakaran anda ke platform yang betul. Jadikan kemahiran itu sebagai kerjaya, bukan membinasakan"

​DARI PELATIH KEPADA ORANG KEPERCAYAAN 
Kerana disiplin dan bakat besar yang ditunjukkan sepanjang tempoh latihan, Ihtisyamuddin telah dipilih menjadi anak murid kesayangan beliau. Lebih membanggakan, Ihtisyamuddin terus diserap bekerja dan kini menjadi individu kepercayaan untuk menguruskan bengkel "hidden gem" ini!
​Terima kasih buat 'Sifu' kerana sudi mendidik dan memberi peluang kepada anak muda ini.

​TERUS TERBANG TINGGI, IHTISYAMUDDIN! 
Buktikan bakat anda di pentas yang lebih besar! 

​#KisahInspirasi #JDMKelantan #MotorsportMalaysia #LegasiJuara 

No comments:

Post a Comment