hardy boy : Baru balik drp cuti panjang, dapat beberapa khabar menggembirakan lagi, alhamdulillah. Traffic blog pun makin naik mendadak, terasa seronok utk share ape-ape artikel menarik dalam dunia maya (Maybe 1 post utk satu minggu cukup la..hehehe). Bermula cuti sekolah bermaksud bermula la Musim Kahwin... So, baru nie berkesempatan untuk menghadiri beberapa majlis perkawinan & tak kurang juga kenduri tahlil saudara yang meninggal kemalangan dlm sebulan lebih yang lalu (perempuan & masih muda lagi, anak baru seorang).
"DAH BERTUNANG TAPI MENGAKU BELUM BERTUNANG" ?!!.. (^_^)
(walaupun bertunang nie hukumnya "tidak wajib dihebohkan" tapi takkanlah sampai kenalan terdekat pun nak disorokkan/taknak maklumkan peristiwa bersejarah tu).
[Tujuan saya menulis entry ini ialah menegur sikap segelintir orang kita yang suka merahsiakan status "SUDAH BERTUNANG" walaupun sudah menjadi tunangan orang (maybe kerana dorang tidak yakin akan terus setia untuk menjadi suami/isteri pasangan tunangan dorang. Akibatnya, mereka yang merahsiakan status "BERTUNANG" ini lebih cenderung untuk memutuskan pertunangan apabila ada orang lain yang ingin melamar mereka) & kebaikan mengistiharkan status "SUDAH BERTUNANG" tapi janganlah terlalu melampau-lampau sampai 1 Dunia tahu (^_^). ].
Hadis Rasulullah saw yang mafhumnya:
"Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".
Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita/lelaki apabila wanita/lelaki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'jelas'/tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / lelaki di atas pinangan orang lain.
Hadith Rasulullah SAW:
” Tidak boleh bagi seorang lelaki melamar tunangan orang lain sehingga ia menikahinya atau meninggalkannya “. (HR Bukhari dan An-Nasai).
---------------------------------------------------------
Cuti sekolah nie pun ramai juga member yang bertunang tapi diam-diam je, bila ditanya tak mengaku, lepas puas dikorek-korek baru la mengaku sudah pun bertunang (^_^).hehehe.. Pelik juga ye kenapa hendak dirahsiakan PERISTIWA GEMBIRA INI? Alasannya
"Bertunang Je, Belum Tentu Confirm Jadi Isteri/Husband Lagi"
(Kalau dia tak cakap mcm tu pun, memang semua orang sedia maklum..hehehe.
Bagi aku, bertunang perlu("perlu" disini aku tak maksudkan "wajib") dihebohkan terutamanya kepada kenalan terdekat (tapi kalau nak hebohkan kepada satu dunia nie, yang tu terpulang kepada diri sendiri la, tak salah & tak wajib), manala tau tetiba ade orang nak datang meminang/merisik/menyimpan perasaan cinta, tau-tau bila dah sampai rumah perempuan, tau-tau perempuan idamannya dah jadi tunangan orang, kesian pula nanti). Kalau sebelum tu, habis semua perkara remeh-temeh hatta bersin pun nak dihebohkan dalam facebook...
Bila bertunang, merupakan peringatan kepada orang lain iaitu HARAM jika BERTUNANG DENGAN TUNANGAN ORANG LAIN, tapi tak bermaksud perempuan tersebut sah milik lelaki tersebut melainkan selepas diijab-kabulkan. Maksudnya juga, orang lain akan berhati-hati supaya tidak menjadi perampas tunang orang lain, walaupun ada juga kes, saat-saat akhir nak berkahwin pasangan tersebut putus tunang kerana ikut kekasih lain. Kalau setakat declare dah ade special boyfren/girlfren, kkdang orang kita ni hak milik orang lain tu la yang hendak dirampas, saje nak "test power/market diri" mampu tak menjadi perampas, banyak kes mcm tu yang berlaku setiap hari tapi susah kita nak dengar golongan perampas ni merampas tunang orang lain bila memang dorang dah sedia maklum perempuan/lelaki tersebut dah jadi tunang orang lain...
Ada juga sesetengah perempuan yang suka sorokkan statusnya dah jadi tunangan orang takut saham jatuh. Hasilnya ramai juga golongan ini yang akhirnya terpikat dengan lelaki lain sebab lebih hebat daripada tunangnya sekarang, asalnya cuma nak berkawan sahaja tetapi tersangkut disebabkan lelaki tu dalam diam cuba pihat hati perempuan nie. Salah perempuan tu juga kerana jika lelaki tahu perempuan ni telah jadi tunang orang, dia pun akan lebih menjaga batas pergaulannya & memang ramai daripada kaum adam ini ditakdirkan pandai memikat hati perempuan dgn pelbagai stategi. Jadi, perempuan perlu la mencegah sebelum parah. Berbeza dgn kaum lelaki, mereka takkan segan silu mengatakan mereka telah jadi tunangan orang.
Bila disorok tak mahu mengaku dah bertunang, bermacam-mcam cerita/fitnah yang keluar, orang kita nie biasela, kekadang ade juga mulut jahat, mcm artis juga,
spt tunangnya tu tak cantik/hensem la berbanding diri dia yang hensem/cun melecun, tunangan dia tak setaraf dengan dia la sebab drp golongan miskin sedangkan dia daripada kerabat diraja la kaya raya, dia bercadang nak cari orang lain la, kalau si perempuan kerja doktor atau peguam bakal pasangan dia tak setaraf (mcm cuma kerja tukang kebun sekolah je & cuma ade PMR je tak mcam dia), dia jadi bakal jadi isteri kedua la & bermcam-macam lagi...Kekadang ada juga yang malu nak mengaku tunang disebabkan hal-hal di atas...Jahatnya mulut manusia nie ye....
"Bertunang Je, Belum Tentu Confirm Jadi Isteri/Husband Lagi"
(Kalau dia tak cakap mcm tu pun, memang semua orang sedia maklum..hehehe.
Bagi aku, bertunang perlu("perlu" disini aku tak maksudkan "wajib") dihebohkan terutamanya kepada kenalan terdekat (tapi kalau nak hebohkan kepada satu dunia nie, yang tu terpulang kepada diri sendiri la, tak salah & tak wajib), manala tau tetiba ade orang nak datang meminang/merisik/menyimpan perasaan cinta, tau-tau bila dah sampai rumah perempuan, tau-tau perempuan idamannya dah jadi tunangan orang, kesian pula nanti). Kalau sebelum tu, habis semua perkara remeh-temeh hatta bersin pun nak dihebohkan dalam facebook...
Bila bertunang, merupakan peringatan kepada orang lain iaitu HARAM jika BERTUNANG DENGAN TUNANGAN ORANG LAIN, tapi tak bermaksud perempuan tersebut sah milik lelaki tersebut melainkan selepas diijab-kabulkan. Maksudnya juga, orang lain akan berhati-hati supaya tidak menjadi perampas tunang orang lain, walaupun ada juga kes, saat-saat akhir nak berkahwin pasangan tersebut putus tunang kerana ikut kekasih lain. Kalau setakat declare dah ade special boyfren/girlfren, kkdang orang kita ni hak milik orang lain tu la yang hendak dirampas, saje nak "test power/market diri" mampu tak menjadi perampas, banyak kes mcm tu yang berlaku setiap hari tapi susah kita nak dengar golongan perampas ni merampas tunang orang lain bila memang dorang dah sedia maklum perempuan/lelaki tersebut dah jadi tunang orang lain...
Ada juga sesetengah perempuan yang suka sorokkan statusnya dah jadi tunangan orang takut saham jatuh. Hasilnya ramai juga golongan ini yang akhirnya terpikat dengan lelaki lain sebab lebih hebat daripada tunangnya sekarang, asalnya cuma nak berkawan sahaja tetapi tersangkut disebabkan lelaki tu dalam diam cuba pihat hati perempuan nie. Salah perempuan tu juga kerana jika lelaki tahu perempuan ni telah jadi tunang orang, dia pun akan lebih menjaga batas pergaulannya & memang ramai daripada kaum adam ini ditakdirkan pandai memikat hati perempuan dgn pelbagai stategi. Jadi, perempuan perlu la mencegah sebelum parah. Berbeza dgn kaum lelaki, mereka takkan segan silu mengatakan mereka telah jadi tunangan orang.
Bila disorok tak mahu mengaku dah bertunang, bermacam-mcam cerita/fitnah yang keluar, orang kita nie biasela, kekadang ade juga mulut jahat, mcm artis juga,
spt tunangnya tu tak cantik/hensem la berbanding diri dia yang hensem/cun melecun, tunangan dia tak setaraf dengan dia la sebab drp golongan miskin sedangkan dia daripada kerabat diraja la kaya raya, dia bercadang nak cari orang lain la, kalau si perempuan kerja doktor atau peguam bakal pasangan dia tak setaraf (mcm cuma kerja tukang kebun sekolah je & cuma ade PMR je tak mcam dia), dia jadi bakal jadi isteri kedua la & bermcam-macam lagi...Kekadang ada juga yang malu nak mengaku tunang disebabkan hal-hal di atas...Jahatnya mulut manusia nie ye....
Dalam bertunang, biasela kekadang ada dugaannya, kekadang tetiba pula datang girlfren/boyfren lama yang dah lama kita tinggalkan merayu-rayu nak sambung hubungan dgn kita, dalam masa yang sama kita pula ade pula krisis dgn tunang dlm urusan nak menguruskan majlis perkahwinan nie, waktu tu la si Syaitan nie sibuk dok cucuk-cucuk biar panas & tambah minyak petrol lagi biar marak...
Maybe disebabkan hal tersebut la orang kita nie gunakan istilah "Darah Manis" untuk menerangkan tempoh dugaan tersebut. Tepuk dada tanya la iman, semakin lama tempoh bertunang, semakin kuat dugaannya, maka kita perlu perkuatkan lagi iman kita. Dugaan yang datang kekadang tidak kita duga (tengok orang juga la), kalau yang nipis imannya & kalau kita tak jaga adab dalam bertunang, dah dekat hari-hari terakhir hari perkahwinan pun bole terputus. Pernah yang terjadi kepada bapa saudara saya (sekarang dah kawin dah tapi ngn orang lain), lepas bertunang datang lelaki mana ntah datang merayu-rayu kepada tunangnya (perempuan), mahu sambung perhubungan mereka kembali, masa nie bermacam-macam janji manis lelaki nie tabur sedangkan perempuan nie dah jadi tunangan orang, akhirnya hati perempuan nie cair & sanggup putuskan pertunangan tersebut.
Bila bertunang, biasela kekadang akan wujud sedikit perselisihan faham terutamanya kerana masing-masing tak mahu bertolak-ansur & mahu pasangan mereka mengikut pilihan/citarasa mereka je, walaupun menda tersebut perkara yang kecil je mcam pemilihan warna...
KELEBIHAN BILA SESEORANG DECLARE(MEWAR-WARKAN) BILA DIA DAH JADI TUNANGAN ORANG NIE IALAH:-
i) Mereka akan jadi lebih setia kerana orang lain tahu status mereka (dah jadi tunang orang.hehehe)... Kalau yang suke sorok status tu biasenye mereka nie takut "saham" mereka jatuh, peminat semua lari & mereka tak dapat nak cari yang lain..(^_^). Bila mereka declare, orang lain InsyaAllah takkan mengganggu pasangan tersebut sebab orang lain dah sedia maklum yang dorang dah jadi tunangan orang (kena terima hakikat), ex-girlfren/boyfren lama juga perlu la mencampakkan jauh-jauh sisa-sisa perasaan cinta & belajarlah menerima hakikat bekas buah hati bakal menjadi hak milik kekal orang lain (^_^)... Pasangan mereka (yang tak mengaku dah bertunang nie juga), mungkin terasa seolah-olah pasangan mereka nie tidak yakin yang mereka akan diijab kabulkan. Jika mengikut kajian psikologi, mereka yang berterus-terang mengenai status sebenar hubungan mereka ini sebenarnya, adalah golongan yang jauh lebih setia!!!{cuba la uji diri anda(^_^)}
ii) Pasangan tersebut akan lebih menjaga pergaulan mereka dengan orang lain(tak mcam sebelum bertunang, dorang asyik bergaul bebas je lelaki perempuan. Bila dah bertunang, belajar-belajar la slow down & jangan la asyik balik pergi minum sampai lewat malam.hehehe..)
iii) Chance untuk ex-girlfren/boyfren mengganggu mereka jadi lebih nipis sebab dorang dah jadi tunang orang. Kalau ade juga yang gatal-gatal tak reti bahasa mengganggu juga, bagi je pelempang free, insyaAllah dorang faham..hahahaha...
iv) Pasangan bertunang perlu sedar bahawa "Pertunangan" tidak bermaksud apa-apa di dalam Islam, tempoh tersebut merupakan tempoh ikatan untuk masing-masing mengenali pasangan mereka dengan lebih mendalam (jangan pula layan tunang confident mcam 100% comfirm akan jadi laki/bini). Semua batas pergaulan perlu dijaga, senaraikan semua perkara yang dilarang Islam semasa bercinta/ber"couple" dulu, pastu kena ingat peraturan tersebut masih lagi diguna pakai sehinggalah suami sah "berjabat tangan" dengan tok kadi.
INGAT, PERTUNANGAN TU BUKAN LESEN, jangan suka-suka je layan macam bini/laki pulak..hahahaha... TEMPOH MASA BERTUNANG JANGANLAH SAMPAI 2-3 TAHUN, CUKUP LA SELEWAT-LEWATNYA 1 TAHUN(yang tu menurut kursus perkahwinan saya yang lalu).
10 SOALAN SEBELUM/SEMASA BERTUNANG
Sumber Artikel : www.iluvislam.com
Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah.
Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.
1. Diantara hikmah bertunang adalah :-
a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,
b. ia merupakan cari untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing
c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan
ADAB BERTUNANG
Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara’ yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah :-
a) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
b) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.
c) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain. b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah. c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger ) d. Awas fitnah masyarakat sekeliling. e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan. f. Haram melihat kepada aurat masing-masing. g. Awas daripada bertukar gambar. 2. Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ
“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830]. Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :-
إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud ]. Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi |
update :
Aku rase aku kena tukar lain la tajuk entry nie, "DAH BERTUNANG TAPI MENGAKU BELUM BERTUNANG" la..hehehehe
DALAM ISLAM, KITA PERLU JUGA BERHATI-HATI DALAM MENGHEBOHKAN BERITA PERTUNANGAN KITA TAPI HUKUMNYA JUGA TIDAK BERDOSA & TAK SALAH WALAUPUN DIHEBOHKAN, YANG PENTING ANDA NILAILAH DIRI ANDA SENDIRI KERANA ANDA LEBIH MENGENALI DIRI ANDA BERBANDING ORANG LAIN.
...(^_^)...
SAYA SETUJU DGN CIK WAHIDAH, JIKA MENYEMBUNYIKAN BERITA GEMBIRA TERSEBUT AKAN MENIMBULKAN PELBAGAI FITNAH MENGATASI KEBAIKAN, MAKA MENGHEBOHKANNYA BERITA PERTUNANGAN TERSEBUT MUNGKIN ADALAH LEBIH BAIK...
WALLAHUALAM
--------------------------------------------------------------------------
Akan tetapi terdapat hadis lain dengan lafaz:
Bermaksud: “Iklankanlah (war-warkanlah) perkahwinan.” (HR Ahmad, demikian juga al-Hakim dan beliau menilai hadis ini sebagai Sahih, nilaian beliau ini dipersetujui oleh al-Zahabi)
JIKA BERITA BAIK TENTANG PERTUNANGAN ANDA INI MERUPAKAN PERISTIWA GEMBIRA, APA SALAHNYA ANDA BERKONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN & KAWAN-KAWAN YANG LAIN AKAN BERSAMA-SAMA BERDOA SEMOGA PERKAHWINAN ANDA NANTI BAHAGIA, BETUL TAK?!! (^_^)
(Ini tidak, kalau boleh dalam facebook tu, habis semua menda nak diceritakan termasuk menda yang dalam baju & menda remeh-temeh tapi peristiwa besar macam nie pun nak berahsia, apa daa..).
JIKA ANDA TELAH BANYAK BERUSAHA DI SEPANJANG TEMPOH PERTUNANGAN, BERDOA DAN SETERUSNYA BERTAWAKKAL TETAPI, AKHIR ANDA DAN PASANGAN ANDA BERCADANG MEMUTUSKAN PERTUNANGAN (BIASANYA PASANGAN INI AKAN MEMBERIKAN ALASAN "SAYA TIDAK SESUAI DAN TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI PASANGAN ANDA..:, LAKUKANNYA DENGAN ADAB YANG TERBAIK SEPERTI MEMOHON IBU BAPA BERTEMU TUNANG ANDA UNTUK MEMULANGKAN CINCIN SEBAGAIMANA KETIKA SEMASA MAJLIS BERTUNANG DAHULU.
JIKA DITAKDIRKAN ANDA TIADA JODOH DENGAN SI DIA, INGATLAH BAHAWA INSYAALLAH ALLAH AKAN TAKDIRKAN ANDA DENGAN BAKAL PASANGAN YANG LEBIH BAIK (TAPI DENGAN SYARAT ANDA HENDAKLAH SAMA-SAMA BERFIKIRAN TERBUKA, BUKA HATI ANDA DAN TIDAK TERLALU MEMILIH SEPERTI TERLALU MAHUKAN PASANGAN YANG HENSEM DAN KAYA SAHAJA UNTUK MENJADI PASANGAN ANDA...).
WALLAHUALAM
--------------------------------------------------------------------------
update : 26 Februari 2013
Betulkah Ada Hadis “Rahsiakan pertunangan, war-warkan perkahwinan”?
Soalan ini ditanya oleh Abu Zasts kepada Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Soalan 1 :
Assalamualaikum. Banyak disebarkan di internet sepotong hadis yang bermaksud:“Rahsiakan pertunangan,war-warkan perkahwinan”
Soalan saya apakah benar ia sebuah hadis Nabi Muhammad SAW?
Terima kasih.
Jawapan:
Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus dengan lafaz:
Mafhumnya: “Zahirkanlah (war-warkan)
perkahwinan dan sembunyikan (rahsiakan) pertunangan.” Akan tetapi hadis
ini Dhoief (Lemah) seperti yang dinilai oleh al-Albani di dalam
al-Silsilah al-Dhoiefah bilangan: 2494, dan di dalam Dhoief al-Jami’
al-Soghir 922.
Akan tetapi terdapat hadis lain dengan lafaz:
Bermaksud: “Iklankanlah (war-warkanlah) perkahwinan.” (HR Ahmad, demikian juga al-Hakim dan beliau menilai hadis ini sebagai Sahih, nilaian beliau ini dipersetujui oleh al-Zahabi)
Di dalam riwayat al-Tirmizi pula hadis dari ‘Aisyah RA dengan lafaz:
Mafhumnya: “Iklankanlah
(war-warkanlah) perkahwinan ini, dan jadikannya di masjjid-masjid, dan
pukulkanlah gendang-gendang.” (kata al-Imam al-Tirmizi: “Hadis ini Gharib Hasan di dalam babnya”)
Ini bermakna ungkapan hadis yang
bermaksud: “War-warkan perkahwinan” adalah ungkapan dari Nabi SAW.
Manakala ungkapan: “Rahsiakan pertunangan” adalah satu ungkapan yang
Dhoief atau lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi SAW.
Cumanya, sebahagian ulama ada yang beranggapan sunat menyembunyikan pertunangan jika bimbangkan kejahatan
hasad orang lain yang sudah tentu akan berusaha untuk menggagalkan
pertunangan tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan di dalam Hasyiah
al-‘Adawiy ‘Ala Syarh Mukhtasar Khalil 3/167 dari Mazhab Maliki.
Mereka menguatkan pendapat ini dengan hadis:
Mafhumnya: “Bantu-membantulah untuk
menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikannya, kerana sesungguhnya
setiap yang ada kemanfaatan itu didengki.” (HR al-Tabarani. Dinilai
Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bilangan: 943.)
Namun hadis ini tidak khusus kepada
pertunangan sahaja. Sebaliknya anjuran supaya menyembunyikan setiap
perkara dari pengetahuan orang-orang yang dengki.
Wallahu a’lam.
Artikel saya berkenaan tajuk "CINTA & PERKAHWINAN INI"-
hehehe..rase x sabar2 lak nk bertunang, insyaALLAH, kalau xde ape2 msalah tahun ni, hope semue bjalan lancar..
ReplyDeletehehehe.. tahniah Niesz, semoga semuanya berjalan lancar, sebab bertunang ni pengalaman yang cukup seronok sebab kita dapat kenal pasangan kita dgn lebih dkt termasuk keluarganya sekali..(^_^)
ReplyDeletedulu aku belajar, kalau tunang tu xpayah war-warkan. kawen je yg wajib diwar-warkan.
ReplyDeletejd kalo tak sibuk2 bgtau dh tunang pn xpe kot. cuma kalo dh tunang tp mengaku lom tunang, melampau pulak namanya. hihihi...
mamat : Betul tu ckp ko tu, kalau dah tunang tp ngaku belum tunang tu melampau namanya..hahahahaha
ReplyDeletetak silap saya, kalau tunang, tak perlu kita heboh2 kan. lagi pun bukan sunnah kita. dah kawin, barulah kita perlu hebah2kan..
ReplyDeleterabia : memang tak wajib dihebohkn, tapi agak-agakla kalau member2 rapat sndiri pn nak sorok xnak bgitau, bila ditanya xnak mengaku dh btunang..hehehe(kawan rapat saya nie lelaki sbnrnya)(^_^)... bila dh nak kawin nanti mula la, mula la beria-ria suruh member2 rapat nie dtg ke majlis dia.hehehe..last-last member dia yang lain pula terbagitau, cmner member2 yg lain nie xhangin...
ReplyDeletetp kalo benda baik nape tk nak bgtahu..n if tk bgtahu timbulakn fitnah why not bgtahu je kan
ReplyDeleteTunang ? Hehe ..
ReplyDeletesabar Nelly . . lama lagi ..=p
wahidah : saya setuju tue. mcm juga isu pelamin semasa majlis perkahwinan, ade orang kata pelamin tu membazir, tapi saya ade tanye seorang ustaz, dia cakap disebabkan budaya kita nie terlampau banyak sangat adat, tak salah jika kita adekan pelamin supaya tidak menimbulkan fitnah(orang dok cakap buruk belakang kita masa majlis kawin), maka diharuskan diadakan pelamin tetapi mungkin kita letakkan untuk tatapan keluarga terdekat sahaja...
ReplyDeleteMacam juga pertunangan, jika lebih banyak timbul fitnah(orang dok cakap buruk belakang kita) lebih banyak daripada kebaikan lebih baik diisthiharkan. yang manisnya, kawan-kawan lebih ramai yang akan bersama-sama mendoakan kita bermula ketika kita bertunang sehinggalah kita berkahwin nanti, tak ke indahnya masa tu.hehehehe (^_^)
Nelly : sabar ye..hehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam, sekadar berkongsi pndpt dengan tuan blog dan readers. Benar hadis "Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan."(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)adalah dhaif tapi saya suka utk b'kongsi kata2 Ustaz Hasrizal:
ReplyDelete"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."
Maka saya rasa janganlah dipersoalkan dgt kenapa org merahsiakan pertunangan, yg penting bila walimahnya tiba, kita tahu. Soal nak elak berkahwin dgn tunangan org, kita kan ada adat merisik.. ttg kekecewaan atau seumpamanya, inshaAllah Allah s.w.t ada perancangan yg lbh baik. dan ttg statement kelebihan org declare pertunangan maka mereka lebih menjaga pergaulan, sy mcm kurg setuju sikit. pd saya spatutnya dr awal kenal lagi patut menjaga pergaulan, dan ketika bertunang harus jika pergaulan smakin rapat sgn batas2 tertentu atas sebab kedua keluarga saling bertemu. Setiap org ada sbb trsendiri merahsiakan pertunangan, dan x elok utk kita korek2 rahsia org.. salam. maaf andai tersilap bicara..
terima kasih kepada saudari di atas pandangan saudari.
Deletebetul tu, terpulang kepada setiap individu untuk membuat apa sahaja keputusan yang dirasakan sesuai,entry ini sebagai panduan untuk membantu saudara/saudari di luar sana untuk memilih keputusan yang terbaik untuk dipertimbangkan.
Bagi pendapat saya, tak kisah la jika ingin dirahsiakan pertunangan tersebut tetapi jangan la sampai seperti yang pernah terjadi kepada rakan saya, bila sahabat-sahabat terdekat tanya, LANGSUNG TAK MENGAKU DAH bertunang (berbohong, walaupun hakikat dah bertunang, apa salahnya jika hal bahagia tersebut dikongsikan dengan rakan terdekat). Lambat-laun hakikat bahawa dia dah bertunang akhirnya diketahui juga umum melalui kenalan lain yang lebih jauh, kecik hati sahabat-sahabat terdekat bila mengetahui perkara tersebut (walaupun dalam masa yang sama dah diketahui sahabat-sahabatnya, dia masih lagi menafikannya...)...
Tidak dihebahkan takpe, tapi jangan la sampai berbohong(dosa pun dapat). Sekurang-kurangnya sahabat-sahabat handai yg lain boleh sama2 doakan dan bantu hingga pelamin perkahwinan...
apa pun, keputusan ditanya individu masing2 mengikut keadaan dan situasi semasa.hehehe.. wallahualam...
assalam hardy boy. saya nak mintak pandangan cikit. haruskah saya meneruskan perkahwinan saya kalau tunang saya dah janji nak kahwin dengan perempuan lain selepas kami berkahwin nanti? lg 1 wajib ke dia bertanggungjawab keatas seorang wanita mualaf yang memeluk agama islam atas dorongannya sedangkan wanita itu tidak melakukan sebarang kemudaratan atau tidak berniat keluar dari islam.
ReplyDeletewaalaikumussalam...
Deletebagi pendapat saya, bukanlah perkara yg wajib hingga jatuh hukum berdosa jika dia tidak memgahwini wanita tersebut...
kemudian, atas alasan apakah dia ingin mngahwini wanita tersebut? jika sekadar utk membimbing, dia masih lg bole membimbing wanita tersebut walaupun dia tidak mengahwininya...
hukumnya tidak wajib utk saudari mngahwininya kerana saudari hanya bertunang & tidak berdosa utk memutuskan pertunangan tersebut.. jika tunang saudari masih bernekad utk mengahwini wanita tersebut selepas berkahwin nanti, jika saudari bersetuju dgn kputusannya itu, saudari bole memutuskan utk mngahwininya... jika tidak bersetuju, berbincanglah secara elok kerana masih tidak jatuh hukum berdosa jika saudari tidak mngahwininya..
saudari juga boleh mendapatkan nasihat ahli-ahli keluarga terdekat & mohon pendapat mereka...
waalaikumussalam...
Deletebagi pendapat saya, bukanlah perkara yg wajib hingga jatuh hukum berdosa jika dia tidak memgahwini wanita tersebut...
kemudian, atas alasan apakah dia ingin mngahwini wanita tersebut? jika sekadar utk membimbing, dia masih lg bole membimbing wanita tersebut walaupun dia tidak mengahwininya...
hukumnya tidak wajib utk saudari mngahwininya kerana saudari hanya bertunang & tidak berdosa utk memutuskan pertunangan tersebut.. jika tunang saudari masih bernekad utk mengahwini wanita tersebut selepas berkahwin nanti, jika saudari bersetuju dgn kputusannya itu, saudari bole memutuskan utk mngahwininya... jika tidak bersetuju, berbincanglah secara elok kerana masih tidak jatuh hukum berdosa jika saudari tidak mngahwininya..
saudari juga boleh mendapatkan nasihat ahli-ahli keluarga terdekat & mohon pendapat mereka...
terima kasih diatas pendapat saudara hardy boy. saya akan cuba berbincang dengan dia dan keluarga.
Delete