HARDY BOY : Aku tak faham la knape la ada sesetengah pengikut ajaran-ajaran sesat nie walaupun dah terang-terang mereka dah jauh terpesong macam Al-Arqam, Ayah Pin, Rasul Melayu & sebagainya, tapi hati mereka nie buta masing menganggap ajaran dorang tu betul dan konon-kononnya dorang tu golongan terpilih. Bila Asaari Al-Arqam buat road show membuat pengakuan tentang bahawa ajaran yang dibawanya tu sesat dan dia telah bertaubat, masih ade segelintir pengikutnya menganggap pengakuan Ashari tersebut ada mesej tersirat yang dapat dibaca oleh pengikutnya konon-kononnya (dengan menggunakan isyarat secara tersirat) dia menafikan pengakuan lafaznya tu.
Dah la diri sendiri dah sesat, lepas tu dengan taksub & fanatik terus cuba menyebarkan ajarannya kepada sesiapa sahaja kononnya ber"dakwah".
AL-ARQAM BUAT HAL LAGI
بسم الله الرحمن الرحيمDakwa mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW
KOTA BHARU: Pemimpin dan pertubuhan agama menganggap dakwaan isteri kedua bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam, mengaku mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW sehingga terhasilnya satu surat ditujukan kepada pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI sebagai satu pembohongan besar dan menyesatkan.Mereka beranggapan perbuatan Hatijah itu adalah untuk mengaburi pengikut yang begitu taksub dengan ajaran Al-Arqam serta bekas pemimpin mereka, Asaari Muhammad.









