"BIARLAH SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!!!"
VIDEO KONTROVERSI ANWAR IBRAHIM & PILIHANRAYA. Saya tidak menyokong mane-mane parti politik. Cuma, sekarang nie, rase meluat bila asyik buka televisyen, tengok je berita pastu dok siar menda yang bagi saya membosankan dan meluat, iaitu dok tengok sesama Bangsa Melayu dok kutuk sana, kutuk sini semata-mata nak menang pihanraya dengan pengaruh media yang fanatik melampau-lampau.
Aku rase BOSAN & MALU???
Kenapa? Sebab malu bila jadinya menda nie dok memburukkan sana, memburukkan sini, yang sama-sama dapat malu ialah semasa bangsa Melayu sendiri juga. Cuba kita tengok Bangsa Cina & India, aku respek dengan dorang, lebih matang berpolitik walaupun hakikatnya mereka melupakan segala hubungan politik dalam hal membangunkan bangsa mereka, mereka bersama-sama bekerjasama, tiada kompromi...
Kenapa? Sebab malu bila jadinya menda nie dok memburukkan sana, memburukkan sini, yang sama-sama dapat malu ialah semasa bangsa Melayu sendiri juga. Cuba kita tengok Bangsa Cina & India, aku respek dengan dorang, lebih matang berpolitik walaupun hakikatnya mereka melupakan segala hubungan politik dalam hal membangunkan bangsa mereka, mereka bersama-sama bekerjasama, tiada kompromi...
Kempen-kempen yang memualkan sekarang nie termasuklah berpolitik secara kotor sebenarnya hanyalah membuka PEKUNG DI DADA Bangsa Melayu sendiri. CUBA CAKAP SIAPA YANG LANGSUNG TIDAK PERNAH ADA KEBURUKAN? Kalau nak dibuka satu-satu, memang banyak. Kalau nak diselidik, saya rasa ramai yang tidak terlepas melakukan dosa... Bagi sesetengah orang melayu yang hanya bernama Islam, mungkin ARAK, PEREMPUAN dan MAKAN WANG HARAM tu merupakan perkara biasa, dah jadi darah daging, semakin bertambah golongan nie dari hari ke hari, fakta tersebut amat menggerunkan, tu belum kira sama ada sejauh mana ibadat & mahupun sembahyang (yang merupakan asas).
Sebelum kita lihat keburukan orang lain, apa kata jika kita perbetulkan diri kita sendiri dulu, betul tak? (^_^)
Saya tidak menyokong mana-mana parti politik dalam isu ini (cuma suka ambil pendirian "duduk atas pagar" walaupun bapa saya juga merupakan salah seorang ahli politik), cuma saya lebih suka mengambil pandangan tunggu & lihat. Sebelum membuat sebarang tanggapan dalam apa sahaja isu yang ditimbulkan, saya lebih suka mendengar pandangan dan hujah daripada kedua-dua belah pihak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang justifikasi/kesimpulan.
"AKU MAHU MELIHAT BANGSA MELAYU TERUS BANGUN, JANGAN TERUS LEKA DIBUAI MIMPI !!! HANYA DENGAN BERSATU-PADU SAHAJA YANG AKAN MEREALISASIKAN IMPIAN UNTUK MELIHAT BANGSA MELAYU GAH DENGAN NAMANYA..".
Alangkah INDAHnya kalaulah semua parti politik di Malaysia nie bersatu-padu dalam menaikkan martabat bangsa Melayu, Islam dan juga Malaysia. Cuba kita tengok bagaimana Parti-parti Politik MCA, GERAKAN & DAP yang hakikatnya mereka saling bersatu-padu bersama-sama memperjuangkan dalam menaikkan martabat bangsa Cina di Malaysia walaupun berbeza daripada ideologi politik....
Saya suka pandangan Tun Dr. Mahathir dalam entry beliau yang berikut.
Saya suka pandangan Tun Dr. Mahathir dalam entry beliau yang berikut.
Saya suka pandangan Tun Dr. Mahathir dalam entry beliau yang berikut. Pemimpin yang sukar dicari ganti dan berfikirian sangat futuristik. |
MELAYU OH MELAYU!!!
1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.
2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.
3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.
2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.
3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.
4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.
5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.
6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.
7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.
8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.
9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.
10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.
11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.
12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.
13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.
14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.
15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi.
No comments:
Post a Comment