Masa yang diberikan cukup singkat iaitu hanya 2 minggu sebelum saya dikehendaki melaporkan diri tempat baru (boleh kalau mahu buat penangguhan selama 2 minggu lagi, tetapi selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuklah mencari rumah sewa baru akhirnya saya memutuskan utk tidak memohon penangguhan)....
Dugaan memang ada yang perlu saya hadapi (sebagai harga yang perlu dibayar supaya kita lebih menghargai apa yang telah dikurniakan, ada "HARGA" yang perlu dibayar)... Segala-galanya seakan di"reset" kembali menjadi "kosong", bermula daripada bawah kembali dalam membina kembali kejayaan dalam kerjaya yang pernah dibina sebelum ini... Masuk ke tempat baru, memang cukup besar, 3 blok bangunan memanjang, staf yang lebih ramai (ramai yang lebih senior), teletak di bandar, pelajar yang lebih ramai, suasana yang jauh berbeza dan ada cabaran-cabaran baru yang yakin telah sedia menanti...
terkejut, ramai juga yang "like" & ""comment" wish tahniah kpd saya (^_^) |
Terima kasih kdp yang "like" & ""comment" wish tahniah kpd saya (^_^) ~ Lokasi Kerja Terbaru ~ |
Disebabkan
banyak entry yang "panas" & kontroversi dalam blog saya ini, eloklah rasanya jika saya
sembunyikan identiti dan lokasi tempat kerja saya yang terbaru.. (^_^)
~ Lokasi Kerja Terbaru ~ 1 daripada 3 blok bangunan Akademik...
~ Lokasi Kerja Terbaru ~
Ada beberapa impian yang ingin saya tunaikan daripada dahulu lagi, disebabkan berada nun di Negeri Di Bawah Bayu, diatas faktor kejauhan, impian tersebut terpaksa saya tangguhkan.
ANTARA IMPIAN SAYA YANG DIPENDAMKAN:-
i) saya ingin menyambung pengajian keperingkat PhD dalam bidang kejuruteraan, manakala isteri saya dalam BIDANG MASTER PERAKAUANAN..Dengan dikelilingi beberapa IPT yang berhampiran dengan tempat kerja dan tempat tinggal, alhamdulillah impian tersebut saya yakin tercapai. Kalau mahu dalam bidang agama sekalipun,UIA berada berdekatan dengan lokasi saya bekerja sekarang. (Peluang-peluang terbentang luas di depan mata saya kini, alhamdulillah doa saya dimakbulkan-Nya...)..
Kata-kata salah seorang sahabat saya agar meneruskan usaha Dakwah di tempat baru (dalam proses utk saya mempersiapkan diri, bermula dgn yang saudara yang paling terdekat dgn kita..).. |
ii) Saya ingin meneruskan pengajian dalam bidang Agama Islam (tetapi secara part-time) (Azam saya jika doa saya dimakbulkan selepas 3 tahun), dan insyaAllah selepas ini saya akan cuba intai peluang-peluang yang wujud disetiap IPT, Institut Pengajian Islam tempatan, mahupun kembali aktif menghadiri Majlis-Majlis Ilmu (Agama Islam), cuba memeriahkan Masjid Negeri di Kuantan, Masjid-Masjid serta surau yang berdekatan. Entahla, bila balik ke semenanjung, saya terasa begitu sangat dahaga ILMU Agama Islam (sebagai tanda syukur yang tidak terkira kepada Allah kerana memakbulkan DOA saya yang tidak putus-putus saya berdoa hampir 4 tahun. Bila doa tersebut dimakbulkan, tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga saya kepada Allah,terlintas bagaimana untuk saya zahirkan tanda bersyukur tersebut kepada-Nya selain lebih menghambakan diri lebih lagi kepada-Nya. Azam saya lagi, saat detik saya menjejakkan kaki ke tempat baru, saya BERAZAM untuk mengabdikan diri sepenuh-Nya kepada Allah dan dalam masa yang sama saya memasang IMPIAN untuk menjadi seorang PENDAKWAH ISLAM/DAI'E suatu hari nanti (bukan untuk mencari publisiti/glamer, tetapi bagi saya ia merupakan fardhu kifayah dan perlu untuk kita menyebarkan dakwah dalam masyarakat apa yang termampu walaupun mungkin kita cetek Agama tetapi masih ingin terus belajar).
Sebenarnya, saya belajar-belajar berusaha untuk menjadi seorang penceramah Motivasi sebagai latihan untuk saya ke arah proses tersebut, alhamdulillah saya cuba belajar secara perlahan-lahan bermula dengan kelompok yang terdekat dengan pendekatan yang sesuai. Dalam ceramah MOTIVASI sebelum ini (biasanya peserta yang menghadiri ceramah saya tidak saya kenali, maka pendekatannya lebih senang mengelakkan saya berasa riak atau takbur bila hasilnya adalanya Allah menunjukkan beberapa keajaiban serta kekuasaan-Nya kepada saya jauh diluarkan kemampuan saya termasuklah memakbulkan doa saya, sedikit sebanyak ianya menambah keimanan dan kepercayaan serta kecintaan saya kepada-Nya), saya akan cuba selitkan dengan sedikit DAKWAH)... Teringat kepada sahabat saya Hanafi, ahli sufi akan berasa risau jika doa mereka tidak dimakbulkan (kerana kebanyakan doa mereka dimakbulkan Allah) sebagai penilaian melihat kepada tahap keimanan dan pengabdian mereka kepada Ilahi serta sebagai tanda ibadat mereka diterima Allah. Berbeza dengan hamba-Nya "yang biasa", kita berasa "pelik" jika doa kita dimakbulkan-Nya...
Sebenarnya, saya belajar-belajar berusaha untuk menjadi seorang penceramah Motivasi sebagai latihan untuk saya ke arah proses tersebut, alhamdulillah saya cuba belajar secara perlahan-lahan bermula dengan kelompok yang terdekat dengan pendekatan yang sesuai. Dalam ceramah MOTIVASI sebelum ini (biasanya peserta yang menghadiri ceramah saya tidak saya kenali, maka pendekatannya lebih senang mengelakkan saya berasa riak atau takbur bila hasilnya adalanya Allah menunjukkan beberapa keajaiban serta kekuasaan-Nya kepada saya jauh diluarkan kemampuan saya termasuklah memakbulkan doa saya, sedikit sebanyak ianya menambah keimanan dan kepercayaan serta kecintaan saya kepada-Nya), saya akan cuba selitkan dengan sedikit DAKWAH)... Teringat kepada sahabat saya Hanafi, ahli sufi akan berasa risau jika doa mereka tidak dimakbulkan (kerana kebanyakan doa mereka dimakbulkan Allah) sebagai penilaian melihat kepada tahap keimanan dan pengabdian mereka kepada Ilahi serta sebagai tanda ibadat mereka diterima Allah. Berbeza dengan hamba-Nya "yang biasa", kita berasa "pelik" jika doa kita dimakbulkan-Nya...
iii) Sebab yang paling UTAMA sebenarnya saya ingin berBAKTI SEPENUHNYA kedua ibu bapa saya membalas segala pengorbanan mereka kepada saya bermula daripada kecil hingga dewasa, tibalah masanya kini untuk saya membalas segala pengorbanan mereka sebelum peluang tersebut ditarik oleh-Nya sementara mereka masih lagi bernafas, tiada sesiapa yang dapat menjamin esok mereka masih lagi akan bernafas... Sebelum ini, setiap sebelum saya terbang ke negeri di Bawah Bayu, akan saya mohon maaf kepada hampir semua keluarga terdekat saya andai itu merupakan kali terakhir saya bersalaman dengan mereka...
Akhirnya, selepas penantian beberapa tahun, (permohonan sepanjang 4 tahun tersebut, diluluskan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, tetapi ALHAMDULILLAH Allah dikurniakan saya dikelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa bersediakan membantu dan menyokong saya ketika susah, SAHABAT-SAHABAT SEJATI (lelaki dan wanita yang umpama keluarga kandung saya) yang sanggup berkorban apa sahaja yang termampu walaupun tenaga, wang ringgit, harta benda atau apa sahaja yang mampu mereka laksanakan lebih-lebih ketika kita susah... Selama hampir 4 tahun ikatan persaudaraan yang terbina sebelum ini, tidak putus-putus mereka memberikan saya semangat kepada saya, malah sanggup berkongsi suka duka bersama saya, saat saya menghadapi kemurungan, mereka terus mendampingi saya ketika susah semasa ada individu-individu tertentu yang meminggirkan diri saya ketika saya jatuh tersungkur. Saudara-saudara saya inilah yang terus menghulurkan tangan memapah saya ketika saya tersungkur... SAAT-SAAT akhirnya saya meninggalkan sahabat-sahabat saya, saya menitiskan air mata (kerana saya tidak mampu membalas budi dan jasa-jasa mereka yang tidak terkira sebelum ini, saya hanya mampu menDOAkan selepas ini semoga Allah membalas budi mereka. Sedih + Rindu kerana entah bila peluang tersebut akan kembali lagi)..
(pengalaman hari pertama di tempat baru..)..
Bila dihantar bertukar ke tempat kerja baru, ketika perasaan saya ketika itu sebak, saya teringat kepada kata-kata SAHABAT BAIK saya, Hanafi "mungkin ada hikmah mengapa Hadi dihantar ke tempat yang baru sekarang ni dan teruskan usaha dakwah di sana, cari kelompok pendakwah di sana...".. Akhirnya, bila sampai di tempat kerja baru (dalam bandar Kuantan), saya jadi "jakun" dan rambang sekejap melihatkan betapa banyaknya peluang yang saya impikan selama ini, tersergam di mata saya... Doa dan impian saya Allah tunaikan, (mungkin hikmah penantian 4 tahun keputusan "penghijrahan" yang tidak berjaya dan selama 3 tahun saya meninggalkan isteri berjauahan walaupun dalam masa yang sama kami diuji dengan beberapa dugaan-dugaan yang datang menimpa-nimpa, walaupun kebahagiaan antara kami berdua sentiasa utuh bak pengantin baru. Isteri saya juga pernah mengalami kemalangan kereta selama 2 kali dan disahkan doktor pakar mengalami ketumbuhan dalam rahim, akhirnya Allah datangkan pertolongan menyembuhkan "ujian-ujian" tersebut. )....
MASJID NEGERI SULTAN AHMAD SHAH..
(Alhamdulillah lokasi tempat kerja dengan Masjid Negeri tidak jauh, insyaAllah azam lepas ni nak selalu mengikuti Kulaih Agama kat sana.... ;-) )
|
MASJID NEGERI SULTAN AHMAD SHAH, KUANTAN. PAHANG
MASJID NEGERI SULTAN AHMAD SHAH, KUANTAN. PAHANG
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA) KUANTAN (dalam 5 km daripada lokasi kerja saya ;-) - Sumber :
plan saya, lepas ni boleh la jenguk-jenguk ke sana lihat kelas-kelas pengajian Agama Islam yang boleh saya ikuti secara part-time....
MASJID UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA) KUANTAN
MASJID UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA) KUANTAN
MASJID UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA) KUANTAN
SUMBER : IIUM
"negeri serambi mekah"
Teringat kampung saya di Kelantan, disebabkan jarak yang semakin dekat berbanding dahulu jadi boleh la saya balik seketika sambung Pengajian Agama secara sambilan di Nilam Puri (gambar- Masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri, Kelantan dan bersebelahan Kampus Universiti Malaysia. Kedua tempat pengajian ini terletak 5km daripada kampung datuk saya di Kampung Kor. Lepas ni boleh la saya rancang & ajak ibu serta isteri belajar Agama di sana, Nilam Puri...)..
~ Universiti Malaysia Pahang ~
Perancangan seterusnya nak sambung PhD di IPT terdekat.. (setakat ni perancangan sama ada di Universiti Malaysia Pahang atau Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM, tempat 1st & 2nd degree saya dahulu.hehehe... )..
~ Universiti Malaysia Pahang ~
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (tempat jatuh lagi dikenang saya suatu ketika dahulu..)..
PhD di UTHM???
Kambing Panggang, melayan kehendak selera sahabat-sahabat sebelum bertukar ;-)
Kambing Panggang, melayan kehendak selera sahabat-sahabat sebelum bertukar ;-)
---------------------------------------------------------------------
MENIKMATI BETAPA AGUNG & HEBATNYA KEINDAHAN ALAM DI ATAS AWAN CIPTAAN ALLAH DI HARI TERAKHIR BERTUGAS DI BUMI DI BAWAH BAYU (MOOD di atas flight masa tu - melayan perasaan yang masih terawang-awangan ...)...
UPDATE :
ALHAMDULILLAH, TENGAHARI INI DAPAT BERITA GEMBIRA APABILA SAYA DITERIMA MENYERTAI JAWATANKUASA
UNIT PSIKOLOGI TEMPAT KERJA TERBARU INI, PEGAWAI PSIKOLOGI PUN BERMINAT UNTUK SAYA MENJADI SALAH SEORANG
PENCERAMAH MOTIVASI MEREKA & BERKONGSI PENGALAMAN 4 TAHUN SAYA (semoga impian saya semakin hampir)...
(berita gembira selepas awal-awal pagi lagi terkejut tayar kereta saya kempis sebab bocor, semalam dapat berita lagi kontena yang
bawa barang kitorang delay lagi, nampak gayanya 3 minggu juga la baru kontena kitorang sampai, sehari sebelum
tu bertimpa-timpa dugaan/problem yang datang, sabor je la ada "harga" yang perlu dibayar untuk setiap nikmat-Nya.supaya kita menghargai nikmat yang dikurniakan tersebut.. 2 minggu sebelum lapor diri, memang sedikit kepenatan untuk menyiapakan kerja yang tertangguh bertimbun-timbun hingga terpaksa stay di pejabat sampai malam termasuk sabtu ahad, sebelum sambung packing-barang sambil mengejar urusan kontena serta kelulusan bank untuk pengangkutan kenderaan tak termasuk urusan mencari rumah sewa baru yang berminggu mencari sebelum menemui yang sesuai).Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sanggup membantu... (^_^)
~ Terasa betapa kerdilnya diri ini dihadapan-Nya~ (ENTRY INI JUGA KHAS UNTUK SAUDARA-SAUDARA SAYA, SEMOGA UKHWAH DAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG DIBINA DIKEKALKAN ALLAH DALAM MENCARI REDHA ILAHI} |
Salam. Saya tertarik membaca post ini. Kerana saya juga merancang untuk berhijrah diats sebab2 tertentu. Bagaimana dgn pengajian phd tuan, sudah bermula semestinya. Jika tuan boleh share emel saya ingin tanya beberapa perkara berkenaan berhijrah ke tempat baru. Teeima kasih&wassalam.
ReplyDelete