MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, August 03, 2021

Kisah Hantar Baiki TV LED Plasma Rosak

Saje nak share pengalaman gi hantar je pun TV LED Plasma rosak. Sebelum tu puas cari link-link kedai-kedai yang bole repair tv kat Kuantan, tak banyak pilihan & mungkin tutup sebab PKP ni.

Hasil Gambar Gugel
Hasil Gambar Gugel model seperti TV saya,
Sharp Aquos 35" inch LED Digital TV

Patern macam TV saya tapi TV saya bukan smart TV, xde button banyak-banyak macam ni.


Simptoms TV saya pagi tu, tetiba TV gelap je masa nak ON, suara je ada. Lepas ON OFF banyak kali, saya pun cabut la letak plug top kt soket lain, nyala la TV tu kejap. LEGA !!!!

Nak jadi citer, sy tinggalkan tv biar je anak-anak tengok sementara saya gi keja. Tau-tau tengahari lepas anak-anak OFF TV tu, terus takleh buka. Hasil gugel, kalau rosak Screen LED TV tu, memang tak berbaloi nak repair sbb harga mahal sangat.

Untuk simptoms macam TV saya ni, lepas OFF seharian, TV masih lagi tak boleh buka, gelap je screen, bunyi pun takde, lampu power yang warna merah (yang sepatutnya bertukar berwarna kuning) masih lagi berkelip-kelip berwarna merah.

Hasil gugel memaklumkan (hahaha), ni kes kena tukar litar elektronik (electronic board, tak silap ade 4 papan litar dalam TV LED plasma ni.

Alhamdulillah, petang lepas dah contact daripada member, saya g la rumah sorang pomen TV dok setaman je (rumah pun dah jadi workshop repair TV, mesin basuh & barang-barang elektronik lain).
Lepas check, dia maklum mungkin disebabkan "backlight".
Harga pun takde la mahal, dalam RM130-180 gitu, upah mungkin RM80 sebab proses untuk bongkar TV tu pun bole tahan rumit juga sbb dok di bahagian paling dalam, anggaran 3 hari baru siap :-) )


___________________________________________________________________________

*UPDATE LEPAS 4 HARI HANTAR REPAIR :
POMEN TV CALL SAYA TV DAH SIAP, TV PN DAH SIAP SAYA PASANG KAT RUMAH, SEMUA OK.
betullah seperti kata pomen tv tu, backlight je rosak (bukan circuit board, klu pomen yg tak jujur ditukar sekali circuit board & cas harga yang lebih tinggi).
Harga yang pomen ni yang saya kena bayar ialah
Lampu (Backlight) - RM 130 jer 1 set (klu tukar lampu je sebijik risau lain kali panas-panas, karang rosak lagi, nak buka tv tu repair nk berpeluh jugak sbb susah)
Upah - Pomen ni ambil RM80 je
(bengkel pn kat rumah je, katenya dia belajar daripada kecil lagi dengan kawan-kawan).
Total saya kena bayar RM230 tapi sebab pakcik ni ikhlas, servic bagus & cepat saya bayar RM250 😄😄😄
 
Begini bentuk Sharp TV LED Strip yang rosak (gambar sumber MR Gugel)
.
Contoh Backlight TV LED Strip yang ditukar.


7 comments:

  1. Boleh bagi alamat tempat repair tu

    ReplyDelete
  2. mahal la ni rm180 jer..tv led.ini bukan plasma.led rm80.upah rm100..ini tv 32 inci.bukan 35...

    ReplyDelete
  3. Bang nak tanya tv screen rosak ...suara ada on hidup gambar tk ada...boleh dapat no whataap tak

    ReplyDelete
  4. I really appreciate reading such kinds of blogs. Thanks for your post.
    kepalabergetar

    ReplyDelete