Baru-baru ni masa isteri order Shoppe, cek tracking number, pending kat salah satu office JNT dekat rumah.
Lepas tunggu lama, tak sampai-sampai jugak ke rumah, jadi saya decide g sendiri pejabat JNT tu, xde pun dapat call.
Lepas tunggu lama, tak sampai-sampai jugak ke rumah, jadi saya decide g sendiri pejabat JNT tu, xde pun dapat call.
Bila gi sane, staf JNT maklum yang barang tu rosak (lepas cek dlm sistem, status "Dalam Siasatan"). Salah satu botol sabun basuh tu ade bocor, melimpah sampai kotak packaging pun dah rosak.
Jadi saya tanye ape proses berikutnya nk claim?
Staf bagitau bole ambil dulu lepas tu hantar gambar kpd seller maklum ade leakage pada botol. Biasenye seller akan siasat & respond ape tindakan berikutnya (return back kepada seller melalui hantar ke courier yang terdekat).
Lepas tu saya tanye, "Boleh ke JNT terus hantar ke seller?".
Staf maklum "Bole, nanti kami hantar".
Beberapa hari lepas tu, bila check kat sistem tracking, macam takde perubahan lokasi parcel tu.
Saya pun ke JNT berkenaan. Lepas check, staf maklum yg parcel tu dah siap dihantar ke shoppe (sebab JNT hanya berurusan dengan shoopee je, shoppee akan deal dengan seller).
Bila balik, saya click "return" pada app shoppe, letak description & attach gambar parcel berkenaan.
Dalam tempoh tak sampai 24 jam seller respond, duit pun shoppe dah return, alhamdulillah..
______________________________________________
Ini cara-cara untuk korang buat tuntutan:
- Jika didapati barang korang rosak atau hilang, buat aduan dalam masa 48 jam
- Bagi barang yang rosak atau hilang juga, hanya PENGHANTAR sahaja yang dibenarkan untuk buat tuntutan. Kalau nak hantar wakil, perlulah sediakan kebenaran secara bertulis
- Jika penerima yang mahu membuat aduan, perlu dapatkan pengesahan bertulis daripada penghantar untuk memulakan tuntutan daripada pihak penghantar
- Korang juga perlu isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM dan lain-lain. Korang perlu semak semula dengan J&T dokumen apa lagi yang diperlukan
- Gambar-gambar kerosakan juga perlu disediakan. J&T akan nilai berdasarkan terma
- Gambar membuktikan bahawa barang dibungkus dengan elok
- Tangkap gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak dan atas sebab kecuaian
- Bila semua bukti sudah mencukupi, baru boleh buat aduan dan tuntutan pada saluran di bawah:
- Talian hotline 24 jam: 1300-80-9000
- Email: support@jtexpress.my
Jumlah yang boleh dituntut adalah terhad. Korang tak boleh tuntut sesuka hati! Jumlah tuntutan adalah berdasarkan berat barangan.
- Berat kurang dari 2kg: Tuntutan maksimum RM100 atau mana yang lebih rendah
- Berat melebihi 2.01kg: Tuntutan maksimum RM300 atau mana yang lebih rendah
- Barangan dari luar negara: Maksimum RM400
No comments:
Post a Comment