MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, November 29, 2021

SEJARAH PENUBUHAN ISRAEL

Hari Ini Dalam Sejarah Palestin

Bila: 29 November 1947

Apa: Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi pemecahan wilayah Palestin kepada TIGA entiti - negara Arab, negara Yahudi dan ‘corpus separatum’ (wilayah antarabangsa) iaitu Jerusalem; Resolusi 181 (II).

Mengapa: Penjajah British tidak mampu lagi menangani kekacauan dan ketidakstabilan yang berlaku di Palestin. 
Rakyat Arab Palestin membantah sekeras-kerasnya Deklarasi Balfour dan sokongan British ke atas projek Zionis untuk membina negara Yahudi di Palestin. 

Bantahan ini telah mencetuskan Kebangkitan Besar Arab dari tahun 1936-1939 yang memaksa British meluluskan Kertas Putih  1939 (MacDonald White Paper) yang menjanjikan kemerdekaan Palestin dalam tempoh 10 tahun.




Zionis menolak Kertas Putih ini menyebabkan kumpulan-kumpulan pengganas Zionis - Irgun, Lehi dan Palmach, melancarkan pemberontakan ke atas British. Kemuncak kepada pemberontakan ini ialah pengeboman pusat pemerintahan British di King David Hotel pada 22 Julai 1946 yang menyebabkan 91 orang terkorban; 28 daripadanya adalah warganegara British. 

Akibatnya, British bertindak menyerahkan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memutuskan masa depan Palestin.

Bagaimana: Atas permintaan British, PBB menubuhkan Jawatankuasa Khas Tentang Palestin (UNSCOP) untuk menyiasat situasi di Palestin dan mengesyorkan cadangan penyelesaian. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 11 negara.
UNSCOP mengesyorkan dua penyelesaian. 

Pertama, pemecahan Palestin kepada dua negara (Arab dan Yahudi) dengan Jerusalem sebagai wilayah antarabangsa (corpus separatum). 

Kedua, Palestin sebagai satu persekutuan (Arab dan Yahudi) dengan Jerusalem sebagai ibu negara. Syor pertama mendapat sokongan majoriti (8 dari 11 negara) ahli UNSCOP.

Selepas dikemaskini, syor ini telah dibawa ke Mesyuarat Agung PBB sebagai Resolusi 181 (II) untuk diputuskan. Resolusi ini menganugerahkan 55% wilayah Palestin kepada Zionis dan 43% kepada Arab Palestin. Baki 1% adalah bandar Jerusalem. Zionis sengaja diberikan wilayah yang lebih besar untuk memberi ruang kepada kemasukan lebih ramai pendatang Yahudi di masa hadapan.

Pengundian resolusi ini tertangguh selama 3 hari akibat bantahan dan lobi-melobi. Resolusi ini akhirnya diluluskan pada 29 November dengan sokongan 33 daripada 56 buah negara; 13 negara menolak sementara 10 negara lagi berkecuali. Semua negara Arab dan negara Islam menolak resolusi ini.

Resolusi ini menetapkan tentera British perlu keluar dari Palestin sepenuhnya selewat-lewatnya pada 1 Ogos 1948. Negara Arab dan Yahudi yang merdeka akan dibentuk selewat-lewatnya pada 1 Oktober 1948.

Implikasi: Majoriti Zionis menyambut baik resolusi ini sebagai langkah taktikal sebelum melancarkan operasi ketenteraan untuk merampas lebih banyak wilayah dan mengusir keluar sebahagian besar daripada populasi Arab (407,000 atau 45%) yang sepatutnya menjadi penduduk negara Yahudi.

Pengganas Yahudi memusnahkan lebih 400 kampung dan melakukan 34 pembunuhan beramai-ramai (massacres). Antara yang terbesar ialah pembunuhan di Deir Yasin yang mengorbankan 254 lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Tentera Arab Palestin dan negara-negara Arab gagal mengekang kemaraan pengganas Yahudi yang lebih besar jumlahnya dan lebih lengkap senjata mereka hasil bantuan dan latihan oleh British. Mereka juga ketandusan pemimpin yang berkaliber dan lemah dari sudut koordinasi.

Peperangan yang tercetus berakhir dengan hampir 800,000 (60%) rakyat Arab Palestin menjadi pelarian dan Zionis berjaya merampas lebih banyak wilayah (77%) daripada yang diperuntukkan dalam Resolusi 181 (55%). 

Zionis mengisytiharkan penubuhan negara Yahudi (Israel) pada 14 Mei 1948; serentak dengan pengunduran British dari Palestin.
#HariIniDalamSejarahPalestin
#Resolusi181
#29November
#SolidaritiPalestin
#BebaskanPalestin

No comments:

Post a Comment