Jalan-Jalan Cari Makan Di Pahang
Bandaraya Kuantan.
Apa yang menarik?
Takde apa yang menarik, cuma sebuah bandar yang pantai ada banyak bersepah, nak food hunting pun dekat dekat je, kalau kebulur takde lah sampai stuck kat jammed berjam-jam sampai gastrik.
Buka je google map tu cari lah tempat makan yang rating terbaik.
InshAllah semuanya halal dan sedap. Kita ada banyak tempat percutian yang menarik. Dari pantai sampailah ke hutan sana
Untuk tempat makan sedap ni senarai yang boleh korang pergi, boleh tanya penduduk lokal ye, kami ramah lagi 🤣
Senarai2 Tempat makan di Kuantan
1. Kari Kepala Tenggiri – Restoran Saji Rahmat, Indera Mahkota 8 (IM8)
2. Mee calong Kampong Alor, Beserah
3. Mee Calong area pantai pelindung – Tempat nelayan parking boat
4. Mee Celup Patani, Nasi goreng udang banjir sedap yaamat- Waze Food Court Cenderawasih
5. Mee Celup Restauran berdekatan Mobil Beserah.
6. Celup Tepung Warong PakSu & MakSu Peramu – pgi lambat ketam sokmo habis
7. Mee kari - Planet Curry Kubang Buaya
8. Mee kari – Restauran Nasi Ayam Kampung Hainan, Jalan Lim Hoe Lek, Belakang petronas, Tunas Manja Transit, Bukit Sekilau,
9. Mee kari special & mee hoon sup tulang, Serambi terumtum
10. Mee kari – Besi Kulture Food court, dekat stesen teksi lama, depan Balai Polis Bandar
11. Mee kari, di Mahkota Golf and County Club – Jalan Sungai Lembing, Bandar IM, Bukan member tak thu boleh masuk atau tak.
12. Mee kari hoyin (saya tak pasti status halalnya) kat Teluk Cempedak
13. Mee Kari claypot – belakang Caltex simpang empat Gambang
14. Mee racun & Mee Bandung Restaurant Sri Ketapang Seberang Balok (DAH TAK BEROPERASI)
15. Mee bandung – Warung dapur KeKanda Beserah
16. Mee Jawa Pok Yeh, Sungai Lembing- buka dari pagi sampai petang
17. Nasi Padang – (harga pricey sikit) Nasi padang tanamo, gulai urat keting no.1 di Kuantan, sebelh nasi kukus my mama gambang
18. Nasi Kerabu Kemira – Petronas Tanjung Lumpur, RNR ByPass D’ Aisyah Kitchen (pelbagai menu)
19. Nasi kerabu mek la – Sungai Isap, ada pelbagai menu lain lagi. ramai orang datang, beratur panjang. Dari McD jalan terus ada signbord belah kanan, ada laksam, lempeng nyor, soto.
20. Nasi kukus mama or Juna, dua2 sedap
21. Nasi Kukus Warung Mazenah – ada 2 branch, Jln Beserah & Jalan Teluk Sisek
22. Nasi Minyak Eda Yasin – Tanjung api, dulu2 pernah makan sedap, sekarang tak thu apa ke rasa
23. Nasi Lemak, Gerai Warisan TokYah – Nasi lemak kerang sedap, depan Tunas Manja Sungai Isap, buka 6.15pg – 10.3o pg.
24. Nasi Lemak Place, Air Putih
25. Nasi lemak simple – nasi lemak lagend in Kuantan
26. Nasi lemak Meletop Mak Ngah – Planet Curry Kubang Buaya
27. Nasi Ayam Hainan – Restauran Nasi Ayam Kampung Hainan, Jalan Lim Hoe Lek, Belakang petronas, Tunas Manja Transit, Bukit Sekilau, Mee kari pun sedap sini
28. Nasi Ayam Nor, Balok, sebelah KFC
29. Nasi Ayam kantin HTAA - sedap
30. Nasi Ayam Pak Hassan - Jalan Gebeng Sungai Ular, belah kiri dari Kuantan ke Kemaman, 11pg-5ptg
31. Nasi Ayam Madu, Sungai Isap
32. Nasi Ayam Kak Chik – Medan Warisan Cenderawasih
33. Nasi Dagang Kak Yah, Beserah- Berhampiran astaka bawah kanopi warna putih
34. Nasi Dagang – Warung Pak Ali, Tanjung Lumpur, nasi lemak pun katanya sedap
35. Kedai Kopi Baging, sarapan nasi lemak, nsi dagang sedap
36. Restauran Cucu Tok Merah – N.kerabu, n.dagang, sedap katanya – IM 14 dekat dgn Klinik Syed badaruddin
37. Dallah Restaurant nasi Arab – terletak diantara Berjaya Megamall dan East Coast Mall
38. Abe Char Kuey Tiaw Taman Impian, dekat tenten Jalan Besar –5ptg – 12.30 malam.. ada kuey tiow udang, ketam
39. Char kuey teow berapi, Balok – katanya best
40. Mail Ikan Bakar Tanjung Lumpur – ramai reviewer dari kuantan dan luar cakap sedap.
41. Nik Tom Yam Kelapa, Tanjung Lumpur – Tomyam kelapa, dan pelbagai seafood lain, ramai orang kedai ni
42. Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur.
43. Sara Thai Kitchen, Dalam Bandar, seafood. Best makan kat sini
44. Warung Aja selera Kampung – Bukit Setongkol- pencuci mulut free setiap Rabu & Jumaat
45. Tempat makan kat beserah, kedai bawah pokok besar, belah kiri dari Bandar, makanan kt sini sedap2 semuanya.
46. Restaurent Sedap Weh, Jalan Kuantan Bypass – Lunch kat sini menu banyak, katanya patin kat sini agak murah.
47. Warung Simple Buluh – Medan Warisan, nasi goreng petai sedap, ada shallout jg.
48. Kimstone Food Court & hall di Beserah – cantik tempatnya ada lampu2 kalu datg malam2 syok. Ade roti titab kat sini.
49. Akob Patin house – sedap
50. Azmi Steam Tempoyak tanjung lumpur
51. Mabiq – Tanjung Lumpur, makanan kampong dan patin tempoyak.
52. Jaman Tory IM/Semambu - Patin tempoyak dan daging salai.
53. Selera Magkuk Tokwan IM5 – patin tempoyak claypot, char kuew tiow special, lempeng kelapa
54. Satay Zul, Jln teluk sisek – selain satay ada masakan panas lain
55. Satay Uncle Bard (formerly known as satay wak radol) Laman Teruntum – berdekatan Bengkel Motor Lanchang Kuning
56. Wan Satay House, Jalan Seri Kuantan 2, dekat hotel Seri Malaysia, ada pelbagai masakan lain selain satay.
57. Satay Pak Cik Ros – Astaka Beserah
58. Kuantan Pickers, No32, Jalan Besar Kuantan – Kedai untuk mengopi, ada kek sedap2. Kedai berkonsepkan kedai cina 80-an. Bumiputra owner. Amik gambor dalm ni pun okay sebb hiasan dalaman klasik.
59. Sup Gear Box – Key Original Sup Gearbox, Serambi Teruntum
60. Lempeng Nyor – Restoran Selera Padang, Jalan Besar Kuantan
61. Lan Burger since 1975 – burger tepi jalan berdekatan courts. Burger dia bukan la sedap ya amat. Tapi cara pembungkusan, bahan2 yang digunakan sama macam zaman kau kecik2. Bila kau gigit je akan buat kau teringat2 zaman kau kecik2, untuk orang Kuantan je kot. Rasanya sama macam zaman dulu2 punya burger tak berubah. Bagi sya sedap dan sy suka.
62. Pizza Seni Bidara, Cenderawasih – (pizza hutan)- datang Kuantan kena try, masak pizza dapur kayu. (DAH TAK BEROPERASI)
63. Pelak Café – Western, A 2078,Lorong Sri Kuantan,Jalan Teluk Sisek
64. Rimba by Loft- Western , A928, Lorong Seri Kuantan 4, Taman Teluk Sisik,,
65. Brotherhood di IM atau Cafe Ali di Bandar Putra (western)
66. Ghalit Bistro- Western- A2348 Jalan Kubang Buaya
67. Lila Wadi – kat sini semua kek kula cakes ade
68. Kula Cakes – tempat makan cakes – signature mango chesses
69. Kotak Kalam – Tina Café (nama baru) – western- 87, Jalan Teluk Sisek, Padang Lalang Industrial Area
70. Karratz Indera Mahkota 14- Western. Restaurant bertemakan Automobile
71. Tangkak Station, Kat benteng Gerai No.5 – Western, Kambing grill & buttermilk chicken terbaikk
72. Karipap panas Warung Ida, kempadang perdana Sg. Soi
73. Pak Lah Rojak Ayam, Taman Gelora
74. Rojak Mee or Ayam, Warung Aduka Sirat – Jalan masuk ke Panching, kedai mengadap kem batu 10, Mee kari kat sini pun katanya sedap.
75. Cendol air putih, cendol alor akar, cendol Jabur, - ni adik beradik yang buat, tapi rase dia berbeza. Paling sy suka dan terbest kat Kampung Alur Batu Jabur, pulut panggang dia pun best, buat sy teringat2. Tertakluk pada selera masing2 naa..
76. Mustapaha Cendol – Jalan teluk sisek
77. Cendol Durian, Jalan Kuantan Bypass, murah ja, sedap
78. Cendol Kuali Papa Sweet, Cenderawasih – cendol kuali & laksa
79. Al Mira Steamboat Grill Cheese – Jalan Makbar Kg. Tengah, buka 6.30 ptg
80. East Coast Buffet Steamboat Grill Restaurant (Lot B-1913, Jalan Beserah, 25300, Kuantan)
81. Aniq Steamboat (Jln Seri Teruntum 1, Kampung Damak, 25100 Kuantan)
82. Sup cicah roti – kita panggil sup pokok ceri dekat dengan courts, legend tempat ni, sedap.
83. Roti tempayan kari kambing, Di Pondok Annur berdekatan Masjid Peramu – Pukul 7 pagi dah buka
84. Roti Bakar Beserah, 4/1407 Tapak Gerai, Jln Kg Baru, Beserah.
85. Roti titab – Restauran Nasi ayam cincang goring berempah IM14, ada nasi kerabu dan mee kuah ketagih jugak.
86. Roti Canai Mat Hasib – depan airport, sedap, nasi berlauk die pun sedap gulai ayam tu kena selera sy. Roti canai macam zaman dulu2 punya, roti berlayer2, tapi lembut dan garing. Kedai tak buka lagi orang dah menunggu.
87. Roti Canai terbaik katanya di Restaurent Elyssa bertentangan dengan Hotel Arena Batik Jalan Wang Ah Jang – Pukul 10 pagi dah habis, boleh bawa kerusi sendri sebb penuh orang. Ada kuah kari, kari kambing pun ada.
88. Roti Canai Planta – Jalan Haji Junid, betul2 dekat simpang jalan bukit ubi,. Buka pukul 8, tapi 7.45 dah penuh orang duduk. Lambat datang kempunan.
89. Roti Canai kari kicap kambing, kat Kampung Padang, kedai berdekatan masjid
90. Fandy Satar – Restauran Fandy Satar kat Perkampungan Peramu, ada satar, temosa, popia, otak, mee kari ketam, air shake2 macam coconut, mango, green tea sedap.
91. Kedai Mokna – Tanjung Lumpur minum petang, kuih muih tradisional dan celup tepung.
92. Kedai goreng pisang mek, Kampung tengah – kuih cek mek molek kat sini laku keras
93. Sup Meletop Kak Long- lokasi depan sekolah rendah Balok, Sebelah kubur Balok.. Menu aneka sup (gear box, keting, lidah, ekor, tulang, kambing, perut, perut bulat, daging, ayam)dging/ayam grg kicap n grg kunyit, pulut ayam thailand, kerabu maggie, pulut mangga/nangka, abc, laicikang.. Harga murah dan sedapp
94. AKI Food Court blkg toyota sg.isap berbagai makanan sedap dan menarik.
95. Koffeebilly. Lokasi di UTC Pahang, Kompleks Makmur, Lrg Pasar 3. Kedai yang menjual pelbagai hidangan coffee seperti Vietnam Coffee, Solo Espresso, Americano.
Kalau dah datang Kuantan antara barang yang boleh dibawak balik
1. Keropok CCM115 – Lot 1100 Kg. Anak Air, Kuantan. Juga Boleh didapati di Serambi Terumtum, Tanjung Lumpur, ada banyak lagi ole2 lain yang boleh dibeli kat sini. Sambal itam pun ade weii..
2. Keropok Ghani Black, Kampung Peramu Hulu – tersohor ni, beratur orang kat sini, berdekatan tu ada macam pasar jual ikan segar, boleh beli ikan segar bawak balik.
3. Keropok Kak Yah - dekat dengan jambatan kecik. berdekatan Ghani Black, boleh jalan kaki je dri Ghani Black, ramai jugak orang. Ada jual sata jugak.Kedai baju reject ori di India Town Kuantan, belakang ECM – katanya ramai pengungjung luar ke sini untuk shoping moping.
4. Bauhulu panas, Kg. Ah Tong, Jalan Sungai Lembing
5. Lemang Periuk Kera Dimas Taman Sri Mahkota Jaya
(Sumber oleh Amien Azman-24March)
Kalau list kan lagi mau pecah usus korang so enjoy lah mana korang jumpa kedai and tolong jangan nak ‘KAREN’ sangat. Support local be wise 🙏🏼🎊
Kredit Ron HelloRon
kredit to - Jalan-Jalan Cari Makan Di Pahang >>> https://www.facebook.com/JJCMDPHG/posts/438718637961441
kredit to - Jalan-Jalan Cari Makan Di Pahang >>> https://www.facebook.com/JJCMDPHG/posts/438718637961441
No comments:
Post a Comment