Rindu lama tak menjengah blog, banyak menda yang ingin dikongsi tapi sedikit busy, penat & tak sempat nak uruskan beberapa hal disebabkan minggu exam akan tiba next week. Keja yang tertangguh plk semakin bertimbun-timbun, biasela dah nak habis sem.
2 minggu nie juga, aku rase pelik kerana dikurniakan_Nya 2 perkara iaiatu Anugerah/Nikmat yang tak terhingga yang bagi aku cukup besar serta Dugaan yang maha hebat. Bermacam-macam peristiwa yang terjadi yang ada antaranya tak sesuai untuk aku kongsikan di sini sebahagian daripadanya, belum masanya lagi.
Antara keja aku exam nie sebagai penyelaras exam elektrik mcm biase la, memilih, menyusun, compile jadikan satu fail, susun ikut format yang bagi aku paling memenatkan kepala sebab banyak sangat minor mistake, dah print baru nampak. Untuk satu paper teori paling kurang amik masa 1 jam untuk disiapkan ikut format, terasa nape la slow sangat proses edit2 nie..hahaha....
Result perpindahan wifeku pun dah keluar 15hb Nov nie, jawapan mendukacitakan ialah, permohonan wifeku gagal. Dalam sekolah wifeku, ada 20 orang apply pindah, tapi 3 orang je yang berjaya pindah (tu pun lepas guna "kabel" besar, kabel fibreoptic tak main la)...
Tak lama kemudian, sampai 3 surat saman kereta, masa kitorang balik daripda KL-KB (dalam berhati-hati pun masih lagi kena saman, adusss!!!). Nampak gayanye, kena la standby bayar saman pasnie, paling kurang dalam RM900 kot.huhuhu.
Yang isu panas kat kolej seminggu dua nie, kitorang tengah menunggu waran balik ke semenanjung (coz hari tu aku tersilap cancel, member2 yang bijak, dorang g open dulu..huhuhu). Last-last tau2 duit belum dimasukkan lagi ke kolej, so, gelap la harapan nak dapt tiket balik kg, dah la harga tiket flight bkn main melambung naik...