MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, October 29, 2010

Bertambah satu lagi pengalaman...

Hari nie, hampir-hampir nak ke bandar, simcard problem, nak call orang pun tak dapat, tetiba pkl 11.15pg satu kejadian menimpa kepada seorang student kolej. Perasaan masa tu terkejut, marah, sedih, timbul pelbagai pertanyaan, perasaan takut pun memang ade tetapi takkan nak biarkan student tu macam tu je. Beberapa orang dok jauh kat belakang, maybe risau @ tak berani. Yang lain ramai dah balik sebab nak mengejar Solat Jumaat.

Terjelir-jelir lidahnya, memang cukup agresif, nada suara pun bertukar, dengan melilau memerhatikan orang sekeliling, pastu bercakap bahasa cina sedangkan dia tak pernah belajar bahasa cina, risau juga takut dia tergigit lidahnya tue (teringat aku kepada dokumentari bomoh di tokong cina yang dimasuki oleh "datuk" sehingga bole merubat beberapa orang di TV3, dengan terjelir-jelir lidah sambil mengelar lidahnya dengan pedang)....
Beberapa orang sekeliling turut cuba membantu. .. Alhamdulillah, selepas beberapa usaha yang termampu & yakin kepada-Nya, student mulai separuh sedar tetapi masih tak dapat bercakap..... Kesian & tak sampai hati aku lihat student tersebut, kepenatan tapi belum pulih sepenuhnya.... Kaki plk luka, kesan dia meronta-ronta tadi...

Selepas dibawa ke surau, ustaz Faizal tiba dengan membawa beberapa bahan. Mangsa mulai tenang cuma kepenatan & lesu. Selepas di"scan"ustaz, puncanya dapat dijangka. Tak berapa lama kemudian, ibu & sepupunya sampai. Selepas ditanya beberapa soalan, jawapannya mengukuhkan lagi jawapan daripada hasil scan tadi.

Rase sedih, kesian, simpati, sesungguhnya pelajar tersebut menjadi mangsa yang langsung tidak bersalah... Marah & geram pun ade... Dah lama rupanya dia menderita... Pelbagai kaedah telah ibunya cuba. Yang paling aku sedih bila ibunya cakap, setiap kali dibawa ke hospital, student tersebut akan diberikan disuntik untuk menenangkannya sedangkan student tersebut langsung tak menunjukkan simptom sawan seperti yang diberitahu doktor...

InsyaAllah, malam nie student tersebut akan di bawa berubat ke peringkat seterusnya oleh Ustaz Faizal berjumpa sahabatnya...
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN PELAJAR INI & KELUARGANYA KEKUATAN & SENTIASA TABAH!!!

(Actually, bila aku tengok student nie, aku rase sebak sangat, teringat kepada penderitaan teramat sangat sahabat-sahabat terdekat aku suatu ketika dulu life depan termasuklah ex-housemate aku.....
Menurut Ustaz Majid daripada AKRINE, terdapat juga jin yang langsung tak bersalah dalam hal ini tetapi mereka merupakan golongan yang amat berpegang kepada janji/mematuhi kontrak perjanjian bersama "pemilik" mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga sanggup berkorban nyawa..).




update :
Alhamdulillah, selepas dirawat, akhirnya pelajar perempuan saya ini berjaya dirawat dan tiada lagi jin tersebut datang mendampingi/mengganggu sedangkan sebelum itu ibunya telah membawa gadis ini berubat di berpuluh-puluh tempat hingga ke Indonesia sejak daripada kecil lagi namun tidak berhasil...... 

No comments:

Post a Comment