Minggu nie betul-betul kepenatan (mental & fizikal), terasa hendak rest puas-puas. Terasa sedikit nikmat ditarik oleh-Nya. Dah berapa minggu dah tak sempat sembahyang sunat dhuha (pesan ummi supaya hari kita dimulakan dengan sesuatu yang baik & semoga apa sahaja yang dilakukan pada hari tersebut diberkati). Berat jugak 2 modul yang nak kena disiapkan paper final exam nie, mmg susah nak cari material. Minggu nie pn dah 2 ujian aku bagi student-student utk kedua-dua subjek, sebab penat tak larat nak mengajar...
Dah tak tahan dah, penat sangat tapi bila teringatkan balik kg (seminggu je), aku cuma perlu gagahkan beberapa jam je lagi untuk siapkan soalan-soalan tu semua. Tiket flight 12hb March nie pkl 9 mlm dah tersedia, menunggu mase je untuk aku balik.... Alhamdulillah hampir tiba masanya blk ke kg sambil bertanyakan khabar famly aku termasuk adik aku, Murni yang bakal menerima result SPM beberapa ketika je lagi masa aku karang blog nie. Post blog aku sebelum nie,
A Great News From My Hometown... menyebabkan aku terasa tak sabar-sabar hendak mengetahui perkembangan terbaru ayah ku...
Ada beberapa urusan jual beli tanah perlu diselesaikan ku sebab Ummi kate nnti senang nak jadikan alasan untuk apply kalau terasa nak mohon balik ke kampung. Last, aku decide beli tanah kat UiTM Machang, sebagai investment masa hadapan, Ummi plak pilih tanah dekat dgn kawasan rumah aku walaupun ummi ngn abah akan stay kat rumah sekrang nie, pelaburan untuk anak-cucu kot.... Impian aku drpd dulu lagi untuk ada rumah sendri pun tak tau la bila nak jadi realiti....
Berapa jam je lagi nak balik, cume aku perlu bertahan untuk beberapa ketika je lagi, berhempas pulas menyiapkan soalan..adusss...
Tazkirah untuk hari ini:
"Maksud firman Allah: Apakah kamu mengira bahwa kamu kan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al Baqarah:214)"
No comments:
Post a Comment