(Sila rujuk post majlis-akad-nikah-susah-ke-nak-melafazkan akad nikah?!! untuk mengukuhkan pengetahuan anda).
Pada 23-24 Dec 2009 lalu, aku dah menghadiri kursus pra-perkahwinan di JHEAIS Tawau. Kursus diadakan pada hari Rabu dan Khamis 2 minggu sekali. Bayaran RM100 untuk 2 hari.
Minggu tersebut, kat tempat kerja aku ramai staf yang ambil cuti balik kg tapi cuti aku just tinggal 3 hari je, so aku terfikir camner nak isi mase terluang ni. Akhirnya, aku bercadang nak daftar kursus pra-perkahwinan sebab kat kursus ni bukan sentiasa diadakan, manela tau kalau terasa nak kawin nanti senang sikit tak payah nak kelam-kabut nak cari tempat nak buat kursus nie. Semasa kursus tu juga, 60% perempuan dan 40% lelaki, ramai yang muda-muda walaupun tersebut yang antik 2-3 orang..hahaha... Masa kursus tersebut tu,tawaran untuk menjalani Ujian HIV ditawarkan kepada peserta tetapi kena bayar RM30. Aku terasa nak ambil ujian tu tapi aku nie jenis takut ngn jarum, terfikir mesti banyak darah dorang ambil, takutnya..hahaha. Sampai hari ujian tersebut pada hari ke-2, aku cancel tak jadi nak amik test tu. Tapi yang kelakarnya, sebaik sahaja member sebelah aku (baru kenal masa kursus tu, orang Sulawesi tapi nak kawin ngn orang sini) selesai ambil test tu, aku tanye la kat mane dia cucuk amik darah, kat celah bawah lengan ke? Dia cakap, taklah, cucuk kat hujung jari je.La, kat hujung jari je, sikit je rupenya ape lagi, terus aku keluar gi kat tempat test tu yang cuma amik masa tak sampai 2 minit pun test (Dr@MA tu just amik sedikit darah, letak pada papan test sebelum letakkan cecair ujian. Alhamdulillah, aku dapat result negative HIV..hahaha.
Sedikit teguran aku semasa kursus
Kapasiti dewan semasa kursus pra-perkahwinan yang aku hadiri, kapasiti yang sepatutnya 80 orang dipadatkan menjadi 120 orang. Memang keadaan dalam tu cukup padat, kekadang rase macam sardin, kekadang rase cukup tak selesa. Walaupun aku dalam kategori eksekutif/boss, takdela aku nak demand lebih, tetapi sewajarnya biarla selesa, dengan jadual kursus yang terlalu padat then kena dok sekali dengan orang yang bermacam kategori. Alasan dorang, ramai sangat yang nak kawin, yang nak 2 hari lepas kursus pun ade, tu sebab terpakse berpadat, sampai menangis-nangis minta nak kursus (Kalau aku, kalau dorang datang lambat, biar je la dorang amik sesi lain, sape suruh dorang daftar lambat...). Walaupun aku dalam kategori eksekutif/boss, aku takdela demand lebih, cuma jgn la layan semua & anggap seolah-olah semuanya peserta daripada golongan buruh/bawahan jer, layanan kurang memuaskan. Bab makan pula, memang terpakse bersesak-sesak mcm dalam bas mini, lepas ambil makan, terpakse la pulak duduk menyelit kat tepi mane-mane, mahupun atas tangga, tapi aku bernasib baik kerana peserta bole makan di dewan cuma kena berjalan jauh la sikit untuk menghabiskan 2 kuih. Makan tengahari pun seksa, penceramah bagitau "Jangan bimbang, makanan biasenya banyak berlebih". Sekali selepas bersesak-sesak dan beratur panjang, aku tengok Alahai, makanan kurang menyenangkan, kualiti memang sedikit lauk separuh daripada kotak mancis dan ikan kering, tu la sebabnya ramai yang tak makan & tu la sebabnya makanan banyak "berlebih". Untuk mengelakkan sakit hati, hari keesokkannya, aku makan kat restoran di luar, tak perlu beratur, boleh pilih makanan dan bole la berehat lama sikit.
Memacam golongan ade, daripada golongan bawah hingga ke atas. Rimas aku dok dalam dewan, dah la yang belakang dok bercakap-cakap, kalau malas nak datang kursus, tido jer la, takdela nak mengganggu orang....Bila tanye bakal isteri aku di tempat lain di Semenanjung, keadaan dia pun same juga... Masa rehat tengahari setengah jam jer, kalau nak sembahyang memang bersesak-sesak, akhirnya aku lebih rela pergi ke Masjid yang berdekatan.
Semasa hari ke-2 kursus, turut diadakan ujian HIV kepada sesiapa yang mahu, bayaran RM30, bayaran sama seperti di hospital awam. Cuma yang tak memuaskan hati, sijil yang dikeluarkan dah la macam difotostat dan senget, tak betul, tanpa sampul, memang aku tak berpuas hati dengan bayaran RM30. Sijil diberikan diakhir kursus semasa MA semuanya dah balik, nasib la klu tak aku dah minta dorang keluarkan sijil lain, aku bukannya buruh sampai dorang nak cincai-cincai jer... Berbeza dengan bakal isteri aku yang berkursus di tempat lain, sijil ujian HIV siap dimasukkan ke dalam sampul surat, siap di"lakri" (digamkan), rahsia supaya orang lain tak boleh tengok... Just teguran jer, semoga Pihak Tertentu dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara keseluruhannya, isi kandungan kursus bagi aku mencukupi dan di sampaikan oleh orang yang berpengalaman serta berkelayakan tinggi oleh JHEAINS. Kalau semua dapat diatas, insyaAllah kursus tersebut akan lebih berkesan. Baru-baru nie ade dengar Kerajaan nak lanjutkan Kursus Pra-Perkahwinan sehingga seminggu, tapi bagi pendapat aku, tak perlulah, kalau keadaan tempat kursus macam tempat aku, sure terseksa menunggu seminggu habis..huhuhu.... Aku pun biase urus kursus, jadi ketua program/seminar, tapi aku takde la buat seperti apa yang aku hadapi. Nak kawin punye pasal, terpakse la aku bersabar (^_^). Apa pun, isi kursus dan penyampaian memang mantap walaupun aku pada masa tersebut baru nak belajar dialek Sabah.. Syabas diucapkan (^_^)....
___________________________________________________________________________
Ape yang ingin ku tulis kat sini, bukannya pasal pengalaman masa kursus tersebut, cuma nak berkongsi ilmu-ilmu yang diajar semasa kursus tersebut & cerita-cerita perangai@kerenah pelik sesetengah bakal pengantin, pengantin & pasangan suami isteri yang dikongsi oleh juru nikah, tok kadi, juru nikah, cerai & rujuk& penceramah berkepakaran dalam bidang perkahwinan (beruntung kerana banyak cerita daripada pengalaman mereka). Hopefully dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua. Aku dok baris 2 dari depan sebab aku memang suke sangat bab perkahwinan nie (makin banyak belajar, rupenya makin banyak lagi yang aku tak tahu & perlu disempurnakan sebelum berkahwin kerana tanggungjawab bagi suami cukup besar. Selepas kursus tersebut, aku decide yang aku akan cuba sempurnakan ilmu agama ku sebelum aku memutuskan untuk berkahwin.
Kursus pra-perkahwinan ni menarik juga, bukan hanya untuk bakal pengantin baru tetapi juga untuk pasangan pengantin lama refresh balik.
Antara kisah/ragam bakal pengantin semasa kursus tersebut sebagai pengajaran:
(Kisah pengantin yang kelentong juru nikah):
Menurut juru nikah tersebut, adab semasa majlis nikah hendak dijalankan mestilah dijaga kerana kerana di situlah bermulanya titik tolak kepada perkahwinan tersebut untuk mendapat keberkatan daripada Ilahi. Jika Allah tak memberkatinya, macammana rumah tangga hendak bahagia. Selain itu, para pengantin juga digalakkan memakai pakaian baru(bukan disewa atau belum pernah dipakai oleh orang lain) serta selesa kerana hendak mendapatkan keberkatan.
Kisah pertama:
Terdapat para pengantin yang menipu juru nikah semasa majlis akad nikah berlangsung yang sepatutnya bermula pada pukul 10.30pagi tetapi bakal pengantin lelaki masih tidak muncul. Jadi, juru nikah pun call tanya “Di mana kamu berada sekarang”. Pengantin menjawab “Saya sekarang berada di pusingan bulatan kat Bandar nie, dah nak sampai masjid dah”. (Sebenarnya, bakal pengantin lelaki tersebut baru bangun daripada tidur tetapi ditipunya jurunikah tersebut). Selepas lebih daripada 1 jam meninggu, bakal pengantin lelaki tersebut masih tidak sampai & juru nikah pun dah geram& marah, jadi dia nak balik kerana ramai lagi yang sedang menunggu dia nikahkan (kadang-kadang tu bermula daripada awal pagi sampai ke tengah malam. Yela, roundabout bukannya jauh daripada masjid tu pun,1 minit dah sepatutnya sampai, nampak sangat menipu). Puas jugak wakil bakal pengantin memujuk… Bakal pengantin sampai juga tapi lambat la….
Kisah kedua :
Juru nikah tersebut pernah menikahkan pasangan suami isteri yang merupakan jurutera(hebat jugalah pendapatan/gaji pasangan jurutera tersebut sehingga hampir RM15 ribu seorang. Semasa akad nikah, pasangan pengantin perlulah memberikan sampul surat yang berisi wang saguhati kerana juru nikah dan saksi tidak diberikan elaun oleh kerajaan (untuk juru nikah RM60, untuk saksi 2 orang ialah RM20 untuk setiap seorang).
Sebaik sahaja akad nikah dilangsungkan, maka jurunikah tersebut diberikan sampul surat. Sebaik sahaja (selepasa balik rumah kot) sampul surat tersebut dibuka, terkejut juru nikah tersebut kerana di dapati sampul surat tersebut langsung tidak berisi wang. Juru nikah kemudiannya bertanyakan kepada dua orang saksi & mereka mengesahkan bahawa mereka juga mendapat sampul surat yang kosong. Geram& marah jurunikah tersebut, bukan kerana wang yang menjadi persoalan tetapi pasangan pengantin tersebut seolah-olah mempermainkan institusi Agama Islam. Tidak lama kemudiannya, mereka mendengar berita yang pasangan suami isteri tersebut tidak kekal lama(maybe kerana tiada keberkatan daripada permulaan titik perkahwinan mereka).
Kisah ketiga:
1) Jurunikah tersebut pernah menjadi jurunikah di sebuah majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja tiba di rumah pengantin tersebut, tercegat ibu pengantin perempuan dengan berkipas seolah lagak seorang hooker, berkipas-kipas dihadapan pintu masuk. Bila nampak juru nikah, ibu pengantin memberikan amaran jangan sesekali mempertikaikan jumlah wang dalam sampul surat tersebut, terima je apa sahaja jumlah yang diberi (betapa kedekutnya ibu pengantin tu, sedangkan dia bercakap-cakap bermegah bercakap dengan hadirin menyatakan wang belanja untuk pelamin sahaja pada hari tersebut ialah rm3ribu).
Sebaik sahaja memasuki rumah, juru nikah dibiarkan sahaja tanpa ada seorang pun yang menjemput @ melayan beliau, dibiarkan sahaja berada di hujung rumah. Mempelawa minum air pun tidak. Beliau terasa seolah diperlekeh & dipandang hina.
p/s : Jurunikah sewajarnya diberikan layanan yang sewajarnya.
Kisah keempat:
Ada juga kisah di mana perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan/ditangguhkan pada saat-saat akhir kerana bakal pengantin lelaki tidak dapat menyediakan jumlah wang yang diminta oleh pihak bakal pengantin perempuan. Jadi, dinasihatkan supaya jumlah hantaran tersebut jangan la terlalu membebankan. Kekadang, bila bercerai pun, jumlah hutang kawin pun belum habis bayar lagi.
(Merujuk kepada juru nikah, rujuk & cerai)
1. Terdapat juga suami yang terus meminta cerai kerana kecewa tidak dapat “bersama” isteri yang “keuzuran” pada "malam pertama" mereka.
2. Elakkan amalan ilmu sihir seperti amalan memijak-mijak kaki suami ketika malam pertama di mana jika isteri berjaya memijak kaki suami, maka suami tersebut akan menjadi pak turut sepanjang hidupnya. Cara untuk menawarkan/membatalkan sihir tersebut ialah suami perlu menghela nafasnya dan nafas tersebut disedut oleh isteri, insyaAllah sihir tersebut terbatal.
3. Terdapat pasangan yang tidak mengisthiharkan penceraian mereka, masalah timbul apabila bekas isteri ingin berkahwin dengan pasangan lain tetapi tiada rekod yang menunjukkan bahawa dia telah dicerai & bekas suaminya juga tidak dapat dikesan.
4. Terdapat rumahtangga yang menghadapi masalah akibat keluarga isteri lebih kaya-raya berbanding pendapatan suami. Ada kisah di mana bapa isteri meminta suami menceraikan isterinya kerana suaminya yang miskin sehingga anaknya terpaksa hidup dalam kesusahan. Bapa isteri juga sering mengungkit-ngungkit kemewahan hartanya.
Sifat perangai kaum adam adakalanya berbeza daripada kaum hawa. Antara punca masalah rumahtangga ialah kurangnya komunikasi yang berkesan antara suami isteri. Adakalanya, krisis rumahtangga berpunca daripada masalah komunikasi kerana suami tidak mahu berkomunikasi membincangkan apa sahaja masalah rumahtangga & tidak mahu bertolak ansur dalam perkahwinan serta mempunyai ego yang tinggi.
Antara ilmu yang ingin dikongsi semasa kursus pra-perkahwinan tersebut:
1) HUBUNGAN DALAM PERKAHWINAN
a. Suami isteri perlulah menjaga hubungan dengan
i. Ibu bapa
ii. Mentua
iii. Jiran-tetangga
2) HUBUNGAN DALAM PERKAHWINAN
i. Perlu mengenal kelemahan & kekuatan diri
ii. Mewujudkan kecemerlangan diri
iii. Mengenal pasangan dan keluarga
iv. Penyesuaian diri di tahap awal perkahwinan
v. Batas pergaulan dalam keluarga
a) Mengenal kelemahan diri – emosional, menuduh, cepat marah, cemburu buta, enggan mengalah, cerca, degil, ego, lalai/alpa/cuai, malas, suka menyakiti, menghina, boros, tamak.
b) Mengenal kekuatan diri – fikiran positif, beribadah, berpendidikan, memberi & menerima, penyayang, rajin, lembut tetapi tegas, jati diri, personality baik, pemurah.
c) Isteri untuk keselesaan & tanggungjawab bersama.
3) CARA MEWUJUDKAN KECEMERLANGAN DIRI
a. Kenali diri
b. Bekerjasama mengatasi cabaran/ujian Allah.
c. Berkeyakinan & toleransi.
d. Bersikap positif terhadap peranan dan tanggungjawab.
e. Berdoa & mengharapkan pertolongan daripada Allah S.W.T.
f. Membaca Al-Quran, hadis, berzikir & solat berjemaah.
g. SUAMI- MESTI MENOLONG ISTERI.
4) MENGENALI PASANGAN DAN KELUARGA
a. Memahami & menerima pasangan serta keluarganya seadanya.
b. Menerima perbezaan budaya & adat resam pasangan.
c. Menziarahi keluarga pasangan.
5) PENYESUAIAN SUAMI ISTERI DI AWAL PERKAHWINAN
- Menghormati pasangan.
- Mengenalpasti persamaan dan perbezaan pada diri & pasangan.
- Mengutamakan perbincangan.
- PENGURUSAN RUMAHTANGGA DIURUSKAN BERSAMA.
- Memberikan perhatian & kerjasama pada keluarga pasangan.
6) BATAS PERGAULAN DALAM KELUARGA
- Mewujudkan pergaulan yang baik.
- Menjaga batas aurat dalam keluarga.
- Elakkan perbuatan sumbang mahram.
- Menyediakan bilik-bilik untuk ahli keluarga.
- Minta izin memasuki bilik ahli keluarga & sebaliknya.
- Menjaga imej keluarga & agama.
7) ADAB
- Makan sebelum malam untuk mengelakkan tua.
- Pakaian semasa akad nikah disunatkan baru.
- Isteri kena pandai tackle hati suami apabila melihat suami tiada mood/bermasalah.
- Pertuturan semasa suami isteri bersemuka
- nada suara mesti bersesuaian.
o Bahasa badan
Air-muka/mimik muka
Gerakan anggota badan
Penampilan diri
- Penggunaan perantaraan- pemberian hadiah/SMS/memo
- Suami perlu memahami isteri
- contoh jika isteri merajuk, suami perlu memujuk isteri, jangan dibiarkan sahaja.
- jika isteri marah suami, suami perlu bertahan sekejap kerana marah isteri tidak lama.
- Suami jangan terlalu ego.
8) KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI
- Menyatakan perasaan & mesej.
- mengenali pasangan.
- Bergurau & berhibur.
- mendidik & menasihati.
- berkasih-sayang & mendapat ketenangan.
9) MATLAMAT YANG BAIK
- Nasihat – untuk peringatan, kegembiraan, pendidikan & dorongan.
10) MESEJ YANG JELAS
- Nada suara yang jelas
- bahasa yang difahami.
- perkataan yang sesuai.
-suami perlu ucap terima kasih termasuklah memuji masakan isteri.
- panggilan mesra perlu bermula daripada awal perkahwinan lagi.
11) FAKTOR YANG MEROSAKKAN KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
- prasangka yang buruk terhadap pasangan.
- ingin pasangan yang serupa dengan diri kita.
- mengungkit, menyakiti @ bangga diri.
- mencari kesalahan pasangan.
- terlalu cemburu.
- terlalu ingin berkuasa.
- Menggunakan bahasa yang boleh memutuskan hubungan suami isteri.
- Meremehkan pasangan.
- Ego & sensitive.
12) MENGAWAL KEMARAHAN
- istighfar
- berwuduk
-elak berdiri semasa marah
- sabar
13)PENGURUSAN KEWANGAN & MASA.
A) Kawal perbelanjaan keluarga.
-tahu sumber pendapatan
-tahu aliran kewangan
-elakkan pembaziran
-menjadi pengguna yang bijak
B) MENYIMPAN UNTUK MASA DEPAN
-Mengagihkan pendapatan-keperluan asas (70%), kehendak kemewahan (20%), simpanan (10%)
C) JIKA MAHUKAN ANAK YANG GENIUS
-masyarakat dunia mengkaji mengapa rakyat Israel ramai yang genius. Melalui kajian mereka, antara faktor mengapa mereka genius ialah mereka dididik sejak daripada dalam kandungan lagi (setiap hari ibu dikehendaki menyelesaikan min 2 soalan matematik yang sukar sehinggalah mereka bersalin.
- menurut Islam, pada usia kandungan 4 minggu, ibu disarankan memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran. Ibu juga perlu banyak memakan badam.
14) KEPERLUAN ISTERI
-PENGHARGAAN-Isteri mahukan penghargaan daripada suami
-PUJIAN- Isteri suka jika suami memuji mereka.
-DILINDUNGI-isteri mahu suami mereka sentiasa melindungi mereka.
15) PETUA KEBAHAGIAN
-Jika dalam tempoh 5 tahun pasangan suami isteri dapat kekal bahagia walaupun dikurniakan 3 orang anak, maka rumahtangga mereka akan kekal bahagia lagi sehingga 10 tahun akan datang.
- Selepas 10 tahun, jika rumahtangga mereka masih kekal bahagia, maka rumahtangga tersebut akan kekal bahagia sehingga akhir hayat.
- Jika suami cium dahi 7 peluk usteri selama 7 saat ketika hendak keluar bekerja, maka segala dosa isteri akan digugurkan.
16) MASALAH PASANGAN BARU BERKAHWIN
-Ekonomi belum stabil
-wujud konflik & tekanan
-mementingkan keluarga sendiri
-tidak mengenali keluarga pasangan.
-perbezaan kesanggupan & keinginan.
- berpoligami & bermadu.
- Indah khabar daripada rupa.
- Gagal menyesuaikan diri
- Cepat berputus asa.
17) JIKA SUAMI BERPOLIGAMI
-Jika suami berkahwin 2, dia sebenarnya akan teringatkan kenangan silam bersusah payah bersama isteri pertama. Adakalanya, hubungan bersama isteri ke-2 tidak kekal lama kerana isteri ke-2 mula berkenalan dengan suami ketika saat suami senang, akibatnya isteri ke-2 sukar bersama suami ketika suami kesusahan.
- Berbeza dengan isteri pertama, isteri mungkin akan lebih setia bersama suaminya kerana mereka bersama-sama hidup bermula ketika saat susah sehinggalah senang seperti sekarang.
p/s : Apabila bila aku lihat check list di atas, baru aku sedar ada beberapa list yang aku tak complete lagi. InsyaAllah nanti aku akan cuba completekan. Dalam list di atas, lebih banyak list yang ditujukan kepada suami. Maka, maybe betul kata pensyarah aku dulu, Tuan Haji Ali yang tanggungjawab suami adalah lebih berat berbanding isteri kerana suami memainkan peranan penting dalam keluarga serta perlu tahu memimpin, membimbing & menjalankan segala tanggungjawab yang lain.
: kepada tuan-tuan punye gambar-gambar yang aku attach di atas, minta izin ye.... (gambar-gambar tersebut hanya sebagai sebagai hiasan semata-mata, tiada kena mengena dgn mana-mana article-article dalam blog nie ;-). Semoga anda kekal bahagia hingga ke akhir hayat, dunia & juga akhirat... amiiinnn..
panjangnya entry ni..hihi..nyway, bbnyk input diperolehi..tq en.hadi..=)
ReplyDeleteso..blenye ko nk nikah ni
ReplyDeleteCik Rama-Rama Beku : Welcome Cik Rama2 Beku. Actually blog nie utk remind myself yang tanggungjawab sbgai suami nie berat, seperti kata2 Tuan Haji Ali (lecturer dulu)..hahaha... Banyak lagi rupenye yang xlengkap, ingatkan dah byk lengkap (syok sndiri rupenye aku nie..hehehe).
ReplyDeleteJajaharissa : Aku akan kawin bila aku ilmu asas agama aku cukup/hampir sempurna, kalau tak camner nak bimbing famly....huhuhu...
Assalamialaikum en. Hadi sy nak tanya klu nak ambil kursus kahwin dlm masa terdekat nie tp xtau caranya/nak daftar kat mna d tawau nie,sbb sy bkn org sni...sy mnt bantuan sngt2 terima kasih
ReplyDeletesaudari juga boleh ke Majlis Ugama Islam Tawau (MUIS), kedudukannya di tingkat 2 di bangunan sebelah kiri bersebelahan CELCOM CENTER. Bersebelahan PUBLIC Bank Tawau.
DeleteKursus pra-perkahwinan di MUIS TAWAU ini diadakan 2 hari setiap minggu, kalau tak silap saya SAMA ADA HARI SELASA-RABU atau rabu-khamis. Boleh daftar tempah tarikh kursus terlebih dahulu yuran kalau tak silap dalam rm100...
assalamualaikum. saya nak tanya. kursus kahwin ni still ada sampai sekarang ke? macam mana nak daftar untuk join kursus ni?
DeleteAssalammualaikum..sya lizA nak tnya minggu niey 18hb & 19hb ogos niey ada x kursus kahwin dekat perpustakaan tawau...tlng info dulu...urgent
ReplyDeleteMohon bg info tarikh kursus d tawau nie
ReplyDelete