MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Saturday, April 17, 2010

...RASA BERSALAH....


2 Minggu lepas tak berapa nak sihat, terasa nak apply cuti je. Hari tu aku masuk kelas cm biase,
tapi a little bit late, mesin fotostat problem, nak bagi kuiz & assignment. Sebelum tu aku terdetik nak tanye seorang student aku, slps aku tgk dia bawa keta mewah, anak orang berada rupenye tapi memang cukup low-profile... (Aku memang suke mengkaji tentang manusia tmasuklah student, dulu niat nak jadi kaunselor tapi tak menjadi..hahaha).


Bila dah tahu latar belakang student,baru la kita bole fikirkan pendekatan psikologi yang sesuai). Dulu masa minggu pertama masuk kelas, aku bagitau yang aku bole baca tandatangan orang, so aku suruh mana-mana student yang mahu aku tafsir tandatangan dorang tunjuk sign kat aku. So bila aku berjaya translate dengan betul terkejut dorang..hahaha. Aku pun bagitau la ilmu translate tandatangan tu ada dalam internet. Pastu, masuk je dalam kelas dorang minggu yang lain, sibuk je dorang nak aku bace tandatangan dorang sampai kepala aku dah pening-pening... Ada satu kisah, ade sorang student tunjukkan aku tandatangan dia & girl friend dia & minta translate.

Aku : "So daripada tandatangan nie, girlfriend awak nie jenis yang cerewet, suka berahsia, complicated, berpendirian tegas sehingga sukar untuk merubah keputusannya, & mcm2 lagi (aku pun dah lupe), tapi dia seorang yang berseni". Aku menambah lagi (macam guru cinta pulak...)



Aku : "tapi tandatangan awak nie, awak ni jenis yang simple, berseni, maybe penyabar, suke berterus-terang, pendirian tidak tegas, tidak suka berahsia, suka tonjolkan diri, yakin dengan diri sendiri, suke jika orang mengenali diri awak, _ _ _ (dan macam-macam lagi yang tersirat daripada tandatangannya). Memang ade perbezaan yang ketara antara awak & girl friend awak nie".

Dia pun terkejut (betul la tu kot ape yang aku bace diri dia...)

Student : "BETUL LA ENCIK TEKA, TERIMA KASIH ENCIK"...


Aku : "TERIMA KASIH JE?!! BAYAR LA. SEMUA SEKALI KOSNYA RM150 SAHAJA termasuk untuk khidmat kauseling & motivasi..HAHAHA".


(Kekadang bagi aku, untuk menjadi seorang pendidik ni bukan sahaja mengajar student tentang pelajaran akademik semata-mata tetapi bagaimana kita ingin membentuk diri mereka untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidup mereka. Mereka masih muda lagi & perlukan panduan daripada seorang pendidik sama ada mereka menganggap kita hanya seorang guru, abang, kakak, bapa ataupun ibu mereka(selagi tidak melampaui batas). Pendekatan psikologi juga perlu diterapkan. Kekadang aku terpakse gunakan pendekatan yang digunakan dalam GREAT TEACHER ONIZUKA untuk mengajar beberapa student yang nakal, alhamdulillah menjadi... Cume kadang-kadang ade beberapa kali ade student perempuan yang minat ngn aku (termasuk semasa 2 kali praktikal mengajar di Politeknik Kota Bharu) sehingga sampai meluahkan kepada aku, adussss.. pening kepala aku nak memberikan alasan...)
..

Berbeza semasa aku kerja di Contruction site dulu, kebanyakan pekerja bawahan jenis gangster-gangster, keras kepala, panas baran, kaki pukul & ade mcm2 jenayah, bermcam ragam, lagi berbeza pendekatan yang aku perlu gunakan termasuklah sehingga Kak Lina (HR Officer) aku dulu siap bagi trainning camner nak marah orang. Kes nak bertumbuk dengan pekerja jangan cerita la, geram punya pasal degil nak melawan (kalau dah melampaui batas, peduli ape walaupun dorang samseng, lagi pun aku yang bagi arahan kat dorang, yang penting aku nak keja siap on time...).


Aku pun bagi advice
Aku : "Jadi, kalau awak terasa masih ingin bersama dengan girl friend awak tu, awak mestilah banyak bersabar tapi bagus la sebab awak nie simple tetapi girl friend awak tu cerewet, baru la balance, kalau kedua-duanya cerewet, susah awak berdua"...

Petikan daripadaa artikel yang aku ade bace baru-baru nie....
"Handwriting analyzing can tell a lot about personality
Handwriting gives us access to inside secrets about the hidden meaning of handwriting If you received a note like the one below What would you be able to tell about the writer? The words are friendly enough! If you look a little closer you will see that there are a number of conflicting signs. An understanding of handwriting analysis will quickly show you that this writer is dogmatic and dictatorial, emotionally unstable, bad tempered and possibly even violent! It's even possible to find the underlying reasons for the danger signals and to understand why the writer has so much personal conflict in his life. You'll be surprised to discover how much detail can be extracted from just a single page of handwriting. Of course, to be able to read these signs yourself, you will need to have some understanding of handwriting analysis first. "

Sebahagian daripada kaedah membaca ciri-ciri individu daripada tanda tangan.
Get a sheet of paper, sign your name, and start to analyze with these guidelines:
  1. Writing that leans to the right shows good communication skills.
  2. Straight, vertical writing shows independence and stability.
  3. Writing that leans to the left may mean you find it difficult to communicate.
  4. Small writing can be a sign of modesty.
  5. Large writing indicates enthusiasm and generosity.
Yang lain nnti lain kali aku sambung lagi, malas lagi nak mengarang pasal tajuk nie... InsyaAllah lain kali nnti aku akan karang post "How to predict human characteristic from their signature"... Daripada pelajaran yang aku pernah belajar tu dulu, alhamdulillah kebanyakannya ramalan aku tu betul (setelah diuji kepada beberapa orang student & beberapa orang pensyarah..hahaha)... Kepada sesiapa yang berminat, bole tunjukkan tandatangan masing-masing & nilailah diri anda sendiri sama ada betul atau salah ramalan aku tu..hehehe.. (biasenya aku selit pelajaran ini semasa take a break semasa mengajar... Cume kalau ciri-ciri negatif seperti menipu, kedekut, suka mengumpat & sebagainya, yang tu memang aku tak dapat baca....

Cume bila habis kelas aku terasa bersalah, aku tersilap tanya soalan kepada student yang aku terasa nak jupe. Hopefully dia tak terasa.
Semasa berbual dengannya aku tanye la

Aku : "BAPA AWAK KEJA APE?"
Student :"BAPA SAYA DAH MENINGGAL ENCIK. DULU ARWAH KEJA
SEBAGAI _ _ _ ". (Boleh tahan juga pekerjaan bapanya...)

Aku : "KERETA YANG KAMU BAWA MINGGU LEPAS TU KERETA SIAPA?"

Student : "KERETA ARWAH".

Aku (tergamam)...
Aku : "BILA ARWAH MENINGGAL?"
Student :"DALAM JANUARI 2010".

Aku :"OOO... "
(kenapa aku tak tahu sedangkan aku dah start mengajar kelas nie bulan JANUARI...) erm ;-( ...
Aku : "MACAMMANA ARWAH MENINGGAL?".
Student : "ARWAH MENINGGAL SEMASA SEDANG TIDUR...".
Aku : "Erm... (tak terkata apa + terkejut).

Terasa sedikit bersalah kerana dalam kelas beberapa minggu sebelum tu aku pernah bagi sedikit tazkirah tentang kematian & menunjukkan beberapa video tentang kematian & video ketika manusia sedang menghembuskan nafas terakhir. Aku selalu mengingatkan student-student ku supaya sentiasa membuat persediaan menghadapi maut kerana kita tidak tahu bilakah nyawa kita akan diambil. Aku pernah memberitahu petanda-petanda pada manusia bermula 40 hari sebelum manusia diambil nyawa sehinggalah nyawa diambil malaikatul maut...

Aku selalu ingatkan bahawa "
ADAKAH KAMU YAKIN BAHAWA APABILA KITA TIDUR, KITA AKAN BANGKIT LAGI PADA ESOK HARI?" "NYAWA KITA BOLEH DIAMBIL DENGAN MUDAH DENGAN SEBAB-MUSABAB YANG KECIL" (Aku terasa bersalah dengan ayat tersebut sbb aku sering ingatkan kepada student-student ku bahawa kita mungkin akan dijemput untuk mengadap Ilahi bila-bila masa sahaja & adakah kita telah bersedia dengan segala keperluan?!!!.

"ADAKAH KITA YAKIN APABILA KITA BERADA DIATAS JALANRAYA KITA TIDAK AKAN DITIMPA KEMALANGAN & SEBAGAINYA". "SIAPA DI SINI YANG YAKIN DIA AKAN MENINGGAL HANYA APABILA DIA TUA? ADAKAH KITA YAKIN BAHAWA UMUR KITA AKAN PANJANG SEHINGGALAH KITA TUA?"
Student (semua diam)...




hardy boy : Actually, student tu merupakan antara student kesayangan aku. Memang nampak dia sentiasa Happy Go Lucky, rupa-rupanya ade sesuatu yang disembunyikan...
: Teringat 15-Nov-2006 (selepas aku solat Jumaat, dalam pukul 3 ptg) di Cameron Highlands, aku terlibat dengan kemalangan jalanraya hampir-hampir memasuki gaung yang cukup curam, selama 45 minit aku bertarung dengan maut (aku nyaris-nyaris
50%-50% menjadi mangsa kemalangan maut yang ke-7 di selekoh tajam Batu 22, Cameron Highlands), terperangkap dalam kenderaan 4x4, ( henset tiada line, ramai yang berhenti cuba membantu tetapi tidak berupaya), terasa seolah sedikit masa kecederaan diberikan Allah untuk membuat persediaan sebelum nyawa ku diambil kembali bila-bila masa daripada sekrang. Sehingga sekarang, masih tidak percaya aku masih diizinkan Allah untuk bernafas kembali...
Thanks to all persons(mostly chineese and Indian women & men) that trying to give me a hands, may GOD bless you all on that time and I really hope that I have a contact no. of MR. "Jeep" (Chinness man & his dearest son) & two of Indian men(that drive a big lorries) for towing my vehicle & helping me. Untill now, I still feel dissappoint that I cannot get your contact no on that rush time... ;-( Without your help, maybe I shouldn't be alive...


4 comments:

  1. hadi, nk video tu juga bole? sapa student yg ko maksudkan? yg sama nama ngn ko ka? juz asking~~

    ReplyDelete
  2. Betul la tu, yang same name ngn saya, memang saya langsung tak tau, terkilan jugak, nmpak sangat saya nie tak ambil berat sebab dah start mengajar dorang masa tu... Lagipun, masa discuss tentang tajuk "kematian" tu, rasanya dalam bln 2...

    Bole, nanti saya copy klip2 video tu... ;-)

    ReplyDelete
  3. hihi. tp budak tu mmg sangat tabah kan.. ak tau sebab masa kelas pertama dia nda dtg. tp ak pn tak wish apa.sebab ak tgk dia terlalu rilex. cm tiada apa2 yg jadi. alhamdulillah dia kuat kan.

    ReplyDelete
  4. ooo.. betul tu, aku baru perasan.. ada satu kelas dia tak masuk bulan tu.. Lepas dia masuk je minggu lps tu, mcm-macam aku soal/usik sebab name dia same ngn aku, tapi dia tak bagitau ape-ape pun psl hal tu, adddussss....

    Memang dia cukup tabah. Masa dia masuk kelas lps tu pn dia mmg tenang jer...

    ReplyDelete