MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, March 30, 2010

Benarkah Takdir Boleh Diubah?

 (update : ikuti sambungan post nie di "jangan-sombong-dengan-takdir").

............................................................................................................

Ramai di antara kita yang sering mengeluh apabila diuji dengan pelbagai dugaan dan sering menyalahkan takdir sehinggalah aku terbaca petikan di bawah suatu ketika dahulu yang menarik perhatian ku... Benarkah ada takdir yang boleh diubah?


Dipetik daripada Utusan Malaysia Online - Bicara Agama (23/12/2001)


Soal Jawab Agama oleh Bersama Dr. Amran Kasimin
SOALAN:
SAYA rasa saya adalah seorang yang kuat berusaha. Selepas pencen, saya terus bekerja di pasar malam dan membuat kerja-kerja sambilan bila berkesempatan biarpun di bulan puasa. Apa yang jelas saya tetap miskin dan susah. Adakah ini kerana nasib saya itu ada kaitan dengan qadak dan qadar Allah yang memang tidak berubah. - Misrina Mat, Selayang.

JAWAPAN:
Memang nasib seseorang itu ada kaitan dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa taala. Walaupun demikian, ia juga ada kaitan dengan sebab musabab yang dilakukan oleh manusia. Orang yang bekerja keras untuk menyara hidup diri dan keluarga, tetapi gaya hidup menghapuskan semua hasil yang diperoleh juga boleh menyebabkan seseorang itu miskin walaupun dia terus menerus bekerja termasuk di bulan puasa.

Ahli sunah wal jamaah berpendapat bahawa semua yang terjadi di dunia ini telah ditentukan oleh Allah. Dalam surah al-Hadid: 2, terdapat firman Allah: Tidak ada sesuatu bencana yang terjadi di bumi dan tidak ada pula yang terjadi pada diri kamu melainkan itu ada dalam kitab sebelum Kami laksanakan berlakunya. Bahawasanya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Yang dimaksudkan dengan kitab di sini ialah lohmahfuz.

Lebih jelas dikatakan di sini bahawa setiap sesuatu itu telah ditakdirkan oleh Allah terlebih dahulu. Suratannya telah tercatat di Lohmahfuz. Itulah yang dinamakan sebagai qadak dan qadar Tuhan.
Dalam surah an-Nahl: 61 terdapat firman Allah: Dan kalau Allah menghukum manusia kerana kezaliman mereka, nescaya tidak ditinggalkan di muka bumi makhluk yang hidup, tetapi Allah memberi mereka janji hingga waktu yang ditetapkan. Maka apabila tiba ajalnya, maka tidak ada seorang pun yang dapat mengundurkannya dan juga tidak ada yang dapat mendahulukannya.
Dalam surah Hud: 34 pula dijelaskan tentang nasihat-nasihat Nabi Nuh kepada kaumnya yang ingkar perintah Allah. Nasihatnya tidak sedikitpun memberi faedah kepada salah seorang daripada kaumnya apabila Allah telah mentakdirkan seseorang itu sesat.
Hal demikian memperlihatkan bahawa nasihat yang diberi oleh Nabi Nuh itu tidak boleh mengubah takdir apabila Allah tidak mengubahnya. Di sini jelas menunjukkan bahawa Allahlah yang menentukan jalan hidup seseorang hamba.

Dalam surah at-Taubat: 51 pula dijelaskan bahawa Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad supaya memberitahu kepada orang fakir yang tidak percayakan kepada takdir Allah bahawa sesuatu nasib yang menimpa manusia itu telah ditakdirkan oleh Allah sebelumnya, yang tidak dapat dielakkan lagi. Kerana itu, setiap orang perlu berserah kepada Allah sepenuhnya dan menerima dengan rela di atas takdir yang telah ditentukan.
Begitu juga dengan kejadian alam yang lain, yang terdiri daripada binatang-binatang dan manusia. Dalam surah Hud: 6, terdapat firman Allah: Dan tidak ada sesuatu haiwan yang melata di muka bumi, melainkan Allah yang memberi rezekinya. Dia mengetahui tempat tinggalnya (di dunia) dan tempat penyimpannya di akhirat, semuanya telah tertulis dalam kitab (lohmahfuz).
Berdasarkan keterangan ini, Allah yang memberi rezeki manusia, memberi makanannya dan menetapkan berapa lama mereka akan hidup di dunia. Manusia hanya menjalani takdir Allah juga.

Kepandaian manusia hanya menanam, memasukkan benih dalam tanah hingga tumbuhan hidup subur dan boleh dimakan. Namun yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang sebenar adalah Allah jua, manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menghidupkannya.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Masud, beliau berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Bahawasanya setiap kita dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa nutfah (air mani), kemudian bertukar menjadi segumpal darah, lalu menjadi segumpal daging. Lalu dikirimkan kepadanya malaikat dan ditiupkan padanya roh. Diperintahkan malaikat itu supaya mencatatkan empat perkara, iaitu rezekinya, ajalnya, pekerjaannya dan untung buruk atau untung baik.


Baginda ada bersabda: Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang daripada kamu boleh beramal serupa amalan penduduk syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga hanya sehasta lagi, tetapi suratan takdirnya mendahuluinya, lalu dia melakukan perbuatan penghuni neraka menyebabkan dia masuk ke sana. Dan sesungguhnya salah seorang daripada kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dan neraka hanya sehesta tetapi, suratan takdirnya mendahului dia, lalu dia beramal seperti amalan penduduk syurga dan dia akhirnya dimasukkan ke syurga - (Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Ada orang yang melakukan kebaikan ketika hidupnya, tetapi ketika dalam keadaan sakaratul- maut ia berubah menjadi kafir seperti yang telah ditetapkan oleh takdir untuknya, maka masuklah dia ke neraka. Begitulah sebaliknya, iaitu orang yang jahat ketika hidupnya tetapi pada akhir hayatnya dia menjadi manusia baik-baik, bertaubat, kembali menjalani jalan yang benar dan taubatnya diterima Allah, maka dia pun masuk syurga seperti yang telah ditetapkan oleh takdirnya.

Dalam sebuah hadis daripada Sayyidina Ali, beliau ada berkata, pada satu hari baginda duduk. Di tangannya ada satu batang kayu yang digunakan untuk menggores-gores. Baginda mengangkat kepalanya lalu berkata: Setiap daripada kamu yang bernyawa telah ditetapkan tempatnya di syurga atau neraka. Lalu bertanya para sahabat: Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah. Adakah lebih baik kita bertawakal sahaja.

Mendengarkan kata-kata sedemikian rupa baginda bersabda: Jangan! Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Percayakan takdir itu penting dalam kehidupan manusia, kerana ia membolehkan manusia menerima qadak dan qadar yang telah ditetapkan dengan rela hati. Tidak ada orang yang boleh menyanggah ketetapan Allah yang mahukan setiap hamba itu reda dengan ketentuan-Nya.
Dalam surah al-Hadid: 23 dijelaskan bahawa reda terhadap ketetapan Allah itu bertujuan supaya manusia jangan bersedih hati atas sesuatu yang hilang dan jangan pula terlalu gembira dan sombong diri berpunca daripada anugerah Allah. Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri.

Takdir terbahagi kepada beberapa bahagian, di antaranya ialah takdir yang ada dalam pengetahuan Allah, di mana Allah telah mengetahui apa akan terjadi sama ada di dunia atau akhirat tidak ada yang tersembunyi, biarpun ia belum berlaku. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu (al-Baqarah: 29). Takdir seperti ini tidak berubah yang diistilahkan sebagai qadak mubram ataupun takdir yang pasti (Qaf: 29).

Seperti yang dijelaskan bahawa takdir atau ketentuan untuk makhluk itu telah dituliskan pada lohmahfuz. Bagaimanapun, takdir ini masih menerima perubahan, kerana ada takdir yang tertulis di situ yang sudah tetap dan ada takdir yang belum putus yang diistilahkan sebagai takdir muallaq.
Sebagai contoh, seseorang itu menurut takdir akan mati ketika berumur 69 tahun, tetapi kalau ia sentiasa menjaga kesihatan dan berubat apabila sakit, umurnya ditambah menjadi 10 tahun lagi. Dalam surah ar-Ra'd 39 terdapat firman Allah: Allah menghapuskan apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan apa yang dikehendaki-Nya dan pada sisi-Nya adalah Ummul Kitab.
Menurut tafsir al-Qurtubi, semua takdir Tuhan yang telah tertulis di lohmahfuz boleh dihapus oleh Allah kalau dikehendaki oleh-Nya ataupun ditetapkan terus sesuai dengan kehendak-Nya.
Yang boleh mengubah takdir yang tertulis di Lohmahfuz itu ialah doa dan perbuatan baik. Dalam sebuah hadis Tirmizi dijelaskan: Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik.

Sayyidina Omar al-Khattab ketika tawaf di Kaabah menangis sambil berdoa: Ya Allah, andainya Engkau takdirkan daku termasuk dalam lingkungan orang yang berbahagia, maka tetapkan daku di situ, tetapi andainya Engkau telah mentakdirkan daku termasuk dalam golongan orang yang celaka juga orang yang berdosa, maka hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah daku dalam golongan orang yang berbahagia dan memperoleh keampunan. Engkau menghapus apa yang Engkau kehendaki dan menetapkan apa yang telah Engkau kehendaki dan pada sisi-Mu Ummul Kitab.

Dalam membicarakan usaha dan takdir ketentuan Allah, setiap orang mempunyai tugas masing-masing. Takdir itu adalah masalah iktikad atau kepercayaan. Allah memerintahkan kita supaya percaya kepada takdir. Manusia tidak tahu apa yang telah dan akan ditakdirkan untuk kita. Allah sendiri pun tidak pernah memberitahu apakah kita termasuk dalam golongan orang baik-baik, orang kaya atau miskin selalu, biarpun puas berusaha di sepanjang hari termasuk ketika bulan Ramadan.

Apa yang kita ketahui ialah adanya perintah daripada Allah dan rasulnya supaya kita beriman kepada Allah dan beramal saleh sambil berdoa supaya dijauhkan daripada seksa. Beramal dan berusaha bukan bererti melawan takdir, tetapi termasuk juga dalam takdir.
Manusia yang rajin bekerja senang hidupnya. Itu adalah takdir Allah. Dan apabila manusia yang banyak wang hasil daripada ketekunan bekerja itu menghabiskan semua wangnya ia menyebabkannya miskin. Itu pun tetap takdir Tuhan.
Pembaca yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin,
Lot 3673, Jalan Aman,
Kampung Sungai Merab Luar,
43000 Bangi, Selangor.



hardy boy : Terima kasih kepada para pengunjung. Saya dapati post saya mengenai tajuk ini antara paling kerap dilawati.

Kesimpulannya daripada artikel di atas, takdir boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:-
i) takdir muallaq dan
ii) takdir mubram.

Takdir muallaq ialah takdir yang boleh diubah mungkin seperti keputusan peperiksaaan dan sebagainya. Manakala takdir mubram merupakan takdir yang tidak boleh diubah(tetap) mungkin seperti rezeki, ajal, maut, jodoh, pertemuan dan sebagainya.

Contohnya, jika ditakdirkan (dengan takdir mubram) ajal kita masih lagi panjang tetapi kita mengambil tindakan membunuh diri, maka dengan izin Allah, ajal kita sampai di situ sahaja.

Contoh yang lain, jika ditakdirkan
(dengan takdir mubram) kita meninggal kerana sakit jantung, kanser dan sebagainya, kita mengambil initiatif banyakkan bersabar, berusaha berubat, berdoa dan bertawakkal, jika diizinkan Allah penyakit tersebut disembuhkan Allah dan nyawa kita dilanjutkan lagi...

Bagaimanapun, takdir tersebut insyaAllah masih boleh diubah dengan diizinkan Allah dengan memperbanyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal. Sesungguhnya doa merupakan senjata orang mukmin dan sesungguhnya Allah Maha Mengasihani...



10 comments:

  1. Replies
    1. salam..apa pandangan tuan,tentang ajal mubram..ajal yg tetap.manakala ajal muaalaq/ajal yg boleh berubah..diantaranya berubah ajal kerana doa...

      Apa yang nak keutarakan...disini..ada jiran saya disebelah rumah..dah meninggal dah hampir 10 tahun...kecoh ..ketika itu,sewAKTU..nak menyembahyangkan...jenazahnya..ada yang pakat lari,tak mahu solat jenazahnya..dan ada pula tak benarkan tanam jenazah dekat masjid(rahsia nama masjid)..seorang imam..meneruskan solat jenazah #bersama beberapa.orang dan benarkan jenazah si mati..ditanam dekat masjid..

      Delete
    2. sambung:---si mati tersebut sewaktu hidupnya..dulu..orangyang tak mudah jugalah..hero..pandai juga berubat(bomoh kampung)..orang kampung yang tak mahu solat jenazah.simati..tak nampak dia pergi kemasjid..solat jumaat..tetapi..ada yg si mati(dengar nasihat tok guru.yg ajar,jika mu nak pandai berubat.kena solat..mungkin dia bertaubat dan kerja solat.dan simati tersebut..mati kemalangan (saya berpendapat bahawa kemalangan tersebut sebagai kifarah kepada si mati).kemudian..menurut si isteri si mati tersebut/dia ada buat upah haji kepada arwah suaminya(si mati tersebut)dia beritahu sewaktu buat umrah,tok imam beritahu jika mu nak tengok wajah roh suamimu,buatlah solat hajat dan berdoa:nak tengok roh suami..alhamdulillah.dia dapat lihat wajah roh suaminya..dibumi mekah..

      Delete
    3. bagi saya,berdasarkan kitab tanbihul ghafilin yang saya baca..si mati tersebut mati.alhamdulillah diampuni Allah..kerana roh si mati dijumpai.dibumi mekah..berlainan lah..dengan telaga barhut..

      Delete
    4. kemudian apa pandangan tuan yang boleh dikatkan dengan ajal muaalaq dan ajal mubram...boleh perjelaskan..sekian..wassalam...

      Delete
  2. Terima kasih ;-) .. Cuma untuk saling mengingatkan antara kita...

    ReplyDelete
  3. Takdir memang tidak boleh diubah..muktamad.tengok ayat Surah al Hadid:Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu melainkan telah tertulis dalam Kitab(Loh Mahfuz)sebelum kami menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ( Al Hadid 57:22 )..sudah ditulis sebelum sesuatu itu diciptakan.Begitulah perjalanan takdir kita atau qada dan qadar yang mesti kita lalui.Rasullallah SAW bersabda:Hendaklah engkau beriman kepada Allah,kepada malaikat Nya,kitab-kitab Nya,para utusan Nya,hari Akhir(kiamat) serta beriman kepada takdir dan buruknya takdir (Sahih Muslim jilid 1,5)..beriman kepada takdir dan buruknya takdir ..Seandainya salah seorang di antara mereka mempunyai emas segunung Uhud yang dia nafkahkan maka Allah tidak bakal menerimanya sebelum dia beriman kepada takdir (Sahih Muslim jilid 1,5) apa-apa pun berlaku rukun iman yang ke 6 ini mesti yakini..Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna (Al Furqan 25:2)..setiap individu telah ditetapkan untuk menerima takdir yang sempurna.Setiap sesuatu baik/buruk yang berlaku pada kita mesti ada hikmah.Allah Maha Bijaksana,Maha Adil..hanya kita terlalu dhaif untuk memahami qada dan qadrNya.Apabila Rasullallah SAW ditanya:Jika demikian(sudah ditentukan)tidaklah lebih baik kami pasrah sahaja?Rasullallah menjawab:Jangan begitu,beramallah dan jangan pasrah(Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk 1,66) Beramal ikut syariat Rasullallah.Berdoalah,berbuatlah..berikhtiarlah..ikutilah kehendak qada dan qadar Allah..dalam perbuatan Rasullallah..setiap apa yang dibuat atau diucapkan oleh RasullallahSAW semuanya sudah tertulis dalam Loh Mahfuz.Dialah model yang terbaik untuk diikuti tentang bagaimana kita harus mengharungi takdir ini..Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu (At Talaq 65:3)Ar-Ra'd: 12,
    "Bahawasanya Allah SWT tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"...sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".bermakna..ubahlah keyakinan kamu tentang takdir dan baik dan beruknya takdir..yakinkan Allah sudah lakarkan takdir yang terbaik untuk kita..jangan ada syak,zhan atau waham.baru Allah akan ubah nasib kita..bacalah kisah Nabi Ibrahim,Nabi Musa..mereka ikut apa yang diilhamkan oleh Allah pada saat genting.ilham itu merupakan takdir yang hendak berlaku pada ketika itu.Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketaqwaan.(As Syam 91:8 )kalau segala ilham itu datang daripadaNya ..maka bagaimana kita boleh mengatakan idea untuk berbuat atau berubah itu kita yang punya..Allah tidak pernah alpa..ikut sahaja kehendak Allah..tanpa ragu barulah datangNya perubahan..sebabnya kita sudah menyerah diri pada ketentuan Allah.Insaya Allah.

    ReplyDelete
  4. Byk sgt pendapat pasal takdirni

    ReplyDelete