MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, May 05, 2011

GAMBAR SEMASA BERKURSUS DI TERENGGANU

18 APRIL hingga 28 April baru nie dikehendaki berkursus di SUTRA BEACH RESORT & SPA, SETIU, TERENGGANU. Seronok juga, berkursus 2 minggu sambil bercuti. Tempat kursus pun cantik, jatuh cinta buat kali pertama.
Para peserta terdiri daripada kalangan pensyarah-pensyarah muda di seluruh Malaysia, ada 38 orang semuanya, lelaki 9 orang termasuk saya..hehehe.. Majoritinya ramai dah kahwin tetapi masih ada yang bujang cuma menanti hari je untuk diijab kabulkan....
Dalam kursus nie saya dikenali apabila saya dikehendaki menyampaikan sebuah ucapan ringkas dihadapan para peserta yang lain. Selepas memerah otak di suatu petang di tepi pantai, saya dapat idea untuk menyampaikan ucapan bertajuk kontroversi iaitu  
"SAYA TAK MAHU JADI SEORANG PENSYARAH???".hehehe...
Sebelum berucap, saya bertanyakan audien (yang semuanya hebat-hebat) 2 soalan panas iaitu:-
1) Mengapa Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua memilih untuk menjadi seorang pensyarah?
2) Berapakah peratus minat Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua untuk menjadi seorang pendidik?
(Masa tu ade yang cakap 50%, 100% & ada juga yang suaranya tertelan dalam kerongkong sbb xpasti betul xjawapan mereka tu.hehehe).
(Saya bertanyakan soalan tersebut kerana kadang-kadang ada juga kakitangan kerajaan yang kelibatnya tenggelam timbul di dalam pejabat, kekadang ada kekadang hilang, ada juga yang sanggup datang punch seawal 7.00 pagi sebelum hilang menunggu untuk punch out seawal 5.30ptg supaya orang lain ingatkan dia bercuti
Agak-agaknya, Apakah hukumnya gaji yang dia perolehi (yang mungkin akan menjadi darah daging keluarganya)? Saya pernah bertanyakan soalan tersebut kepada seorang penceramah dalam kursus tersebut dan jawapan ustaz tersebut ialah "Hukumnya DUIT YANG DIPEROLEHINYA ADALAH HARAM". Nauzubillah. Sekadar utk peringatan diri saya sahaja....).


GAMBAR-GAMBAR BERIKUT MERUPAKAN SEBAHAGIAN GAMBAR SEMASA KURSUS TERSEBUT, SELEBIHNYA AKAN SAYA UPLOAD PADA MASA AKAN DATANG.HEHEHE (^_^)




















Telur penyu RM3-4 sebiji (^_^)


2 comments:

  1. saya memang ingin menjadi pensyarah

    ReplyDelete
  2. lan xpe, memang berciri-cirikan seorang pendidik.hehehe..
    same2la kita berbakti kepada anak bangsa & menambah saham akhirat melalui setiap ilmu yang kita sebarkan (^_^)

    ReplyDelete