IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat, awal pagi tadi. - Foto AP
HARDY BOY: Gambar ini juga turut menimbulkan kontroversi (sila baca komen sini).
Jika benar Osama ini merupakan seorang pejuang yang sejati, semoga kematiannya adalah SYAHID di sisi-NYA.
GAMBAR OSAMA DISUNTING??? (sumber : mazidulakmal.com)
Saya menerima emel dan kenyataan berikut disertakan.
'US kena belajar editing guna Photoshop daripada otai photographer Malaysia. Gambar dikatakan Osama Bin Laden sebenarnya palsu.
Kiri gambar asal, tengah, gambar Osama manakala kanan adalah gambar diedit'
Ujian DNA sahkan Osama terbunuh
2011/05/03
Ulama sifatkan pengebumian di laut bertentangan IslamWASHINGTON: Ujian DNA mengesahkan bahawa Osama bin Laden sudah meninggal dunia, kata seorang pegawai Amerika Syarikat semalam, sehari selepas serangan tentera khas Amerika Syarikat terhadap pemimpin al-Qaeda itu di Pakistan.
Pegawai terbabit yang enggan mendedahkan nama mengesahkan satu DNA sepadan mayat Osama yang dilakukan ujian sebelum disemadikan di laut selepas serangan di Pakistan terbabit.
“DNA Osama didapati sepadan dengan beberapa ahli keluarga. Dan didapati sekurang-kurangnya 99 peratus DNA terbabit menyamai Osama bin Laden,” kata pegawai kedua kepada AFP.
Sementara itu, ulama Islam menyifatkan pengebumian jenazah Osama di laut bertentangan Islam dan boleh mencetuskan kemarahan militan untuk membalas dendam dengan mensasarkan Amerika Syarikat.
Walaupun banyak yang dipertikaikan membabitkan pengebumian terbabit termasuk dari segi ajaran Islam sendiri, sekumpulan cendikiawan Islam menyifatkan ia sebagai menghina iaitu tidak mengikut amalan Islam dengan mengebumikan mayat di dalam kubur dengan mukanya mengadap Kiblat.
Mereka menegaskan bahawa pengebumian di laut hanya dibenarkan dalam kes di mana kematian berlaku di dalam kapal.
RIBUAN warga New York membanjiri jalan di sekitar ‘Ground Zero’ awal pagi semalam meraikan kematian Osama bin Laden. - Foto AP |
Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mendapati sukar bagi sesebuah negara untuk menerima jenazah Osama. Ada juga spekulasi kebimbangan sekiranya kawasan kubur berkenaan bakal menjadi tumpuan militan.
Presiden Barack Obama berkata jenazah Obama dikendalikan mengikut ajaran Islam yang menuntut supaya disegerakan pengebumian.
Bagaimanapun Omar Bakri menyifatkan sebagai satu ‘kesilapan’ yang boleh mencetuskan kemarahan.
Sementara itu, di NEW YORK beribu-ribu orang membanjiri jalan di sekitar ‘Ground Zero’ awal pagi semalam untuk meraikan kematian Osama bin Laden yang didakwa menjadi perancang serangan pengganas 11 September yang meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk New York.
Saudara mara lebih 2,700 orang yang terbunuh dalam serangan pesawat terhadap World Trade Center di sini pada 11 September 2001 itu – termasuk anggota bomba dan polis yang terbabit dalam usaha menyelamat – membanjiri jalan sejurus selepas pengumuman dibuat mengenai kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda berkenaan di Pakistan.
“Tidak ada kegembiraan yang lebih besar daripada berita ini dalam hidup saya,” kata Harry Gomez, seorang anggota pengawal kebangsaan yang menjadi orang pertama ke Ground Zero – tapak dua menara World Trade Center yang roboh akibat dirempuh dua pesawat penumpang dirampas pengganas pada hari malang berkenaan yang mengejutkan dunia dan mencetuskan ‘perang menentang keganasan’ dilancarkan bekas Presiden George W Bush.
Ketua polis Raymond Kelly menganggap kematian Osama sebagai berita yang dinanti-nantikan keluarga mangsa.
“Penduduk New York menanti selama 10 tahun untuk mendengar berita ini,” kata Datuk Bandar, Michael Bloomberg. – AFP/AP
SUMBER - berita harian
Sumber kajian the truth movement of 9/11 melaporkan, nama Osama Laden tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. al-Qaeda juga tidak pernah wujud kerana wartawan British pernah mendedahkan bahawa rakyat Afghans sebe...lum ini tidak pernah mendengar nama Osama Laden @ al-Qaeda. Kedua-duanya adalah dongeng Amerika (Pax Americana) untuk menjayakan konspirasi 9/11 untuk menjadikan Islam sebagai sasaran. Yang wujud hanyalah Taliban sahaja! al-Jazeera-lah punca kita semua mempercayai bahawa al-Qaeda dan Osama itu benar-benar wujud. al-Jazeera telah disahkan mempunyai hubungan sulit dengan kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti-pengganas.

Berita tentang kematian kononnya mayat Osama Laden hari ini hanyalah sandiwara AS dalam menjayakan misi berangkai (Britannica-Americana-Judaica) , yang sebenarnya, kematian tersebut sebagai simbolik yang menandakan telah berakhirnya (telah berjaya) konspirasi 9/11 selepas dijayakan 10 tahun lalu dan AS sudah boleh menutup buku konspirasi tersebut kepada dunia. Apa yang berlaku hanyalah pembunuhan karektor Osama Bin Laden dan bukan jasadnya sebagai tanda tamatnya misi 'memerangi pengganas' dalam dunia Islam dan babak baru akan berlaku sedikit masa lagi. Persoalannya, tidakkah timbul perasaan ingin tahu dalam diri kita, bahawa segala berita-berita berkaitan Osama Laden hanya al-Jazeera-lah yang paling awal menyiarkan dan mendedahkan video footage atau rakaman percakapan beliau..? hairan...? kita rakyat di Malaysia kebanyakannya percaya oleh kerana kita hanya mendapat info dan berita dari satu sumber sahaja iaitu mainstream media yang menjadi pewaris kepada media propaganda Barat. Lihatlah, apabila Pejuang Islam dikatakan (RTM, TV3, Utusan) sebagai pengganas. Minda rakyat Malaysia perlu dibuka dan dibasuh kerana sekian lama terpenjara dalam penjajahan minda oleh Barat.
Di dalam kita asyik dihidangkan oleh politik lokal, adakalanya kita perlu ada inkuiri terhadap politik luar dari sumber-sumber yang sahih dari internet. Dari perspektif eschatologi Islam pula, kematian yang kononnya 'osama laden' adalah suatu indikator yang penting kepada sejarah dunia order baru, dimana ia menunjukkan bahawa misi 9/11 (kemuncak Pax Americana) atau lebih tepat misi menjadikan Islam sebagai sasaran sudah berjaya selepas 10 tahun nama Osama Laden di jadikan kambing hitam untuk menyerang dunia Islam. Indikator ini menunjukkan bahawa misi Pax Americana telah dan hampir berjaya dan kini tiba sedikit masanya lagi kita menunggu ia akan beralih pula tangan kepada Israel (Pax Judaica) untuk melengkap misi agung The Anti-Christ (al-Masih). Allahu A'lam.
Dari pandangan hadis Sahih Muslim. Justifikasi kepada kejadian inilah yang dikatakan bahawa Pax Judaica akan mengambil alih dari Pax Americana sedikit masa sahaja lagi adalah untuk menjayakan misi dalam merintis jalan kepada The Anti-Christ (al-Massih) mewujudkan politically monarchy di Israel dan seterusnya memerintah dari Jerusalem sebagai Raja Israel (Zaman kegemilangan II selepas takhta Nabi Sulaiman a.s sebagai Zaman Kgemilangan I). Sila rujuk 'a day like a month' to 'a day like a week' iaitu yaumun ka sahrun - yaumun ka jum'ah sebelum Sea of Galilee kering sepenuhnya yang dijangka saintis yahudi kurang 50 tahun lagi. sedikit masa sahaja lagi. Allahu A'lam.
Untuk lebih memahami pengajian Eschatologi Islam, sila rujuk artikel-artikel sebelum ini. Segala justifikasi kepada kaedah Hadis ini dirujuk dari Guru-ku, Sheikh Imran Nazar. Hosein. Beliau tidak memaksa umat Islam mempercayai segala kajian dan kata-katanya di dalam kaedah Eschatologi Islam, akan tetapi beliau pernah berkata "apabila kebenaran itu hadir, anda kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga", merujuk kepada kejatuhan nilai Dollar AS dan peralihan kepada Electronic Money pada hari ini telah berada dalam beberapa kajian dan buku beliau 15 tahun lepas.
Kepada yang baru mengenali Eschatologi Islam, bacaan ini agak berat untuk difahami, rujuklah artikel-artikel sebelum ini, sesungguhnya, ia akan membantu kita semua dalam pemahaman tentang plot dunia order baru di akhir zaman. Allahu A'lam. Eschatologi Islam adalah bukan satu bidang pencerapan atau penilikan dan Sheikh Imran Hosein bukanlah seorang ahli nujum. Ianya suatu kaedah yang dibongkar dan dibuat justifikasi dari al-Quran dan Hadis Sahih untuk 'membaca' proses akhir zaman yang telah, sedang dan akan berlaku. Sebagai contoh, matahari akan terbit dari Barat adalah merupakan suatu tanda besar akhir zaman. Inilah Eschatologi Islam. Allahu A'lam.- Islamic-eschatology-the-study-of-the-end-of-time
http://www.orlingrabbe.com/binladin_timosman.htm
![]() |
Tim Osama, a CIA agent in Pakistan |
Note: Jika benar Osama wujud dan ia syahid aku iringi dengan selembar Al-Fatehah semoga rohnya aman bahagia di sisi Allah.. sesungguhnya mereka-mereka yang syahid tidak pernah akan mati.
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." (Surah Ali ‘Imran:169-171)
Namun siapa dari kita yang dapat memastikan Osama itu wujud? Osama itu hidup ? Dan osama itu mati ? Satu persoalan.. jika selama ini setiap pemimpin islam yang berjaya dibunuh oleh yahudi laknatullah ini gambarnya akan terpampang disetiap ceruk media tapi kenapa tidak untuk osama?
Osama sebenarnya memang tidak wujud. Sila teruskan pembacaan di SINI.. Wallahualam..

- sumber : rubbertapperz.blogspot.com
LAGI INFO >>>
HARDY BOY : WALLAHUALAM... BERSAMA-SAMALAH KITA SELIDIK & FIKIRKAN KEBENARANNYA...
Persoalannya, adakah Osama tu benar2 wujud @ langsung tak wujud???
Smlm (5 May 2011),jurucakap White House, Jay Carney pn susah nak jawab soalan:-
i)Kenapa Osama dibunuh walaupun dia tidak bersenjata.
2)Jurucakap CIA/tentera yang bunuh tu pun xsure sama ada org yg dibunuh tu Osama or org lain
3) Logik ke kenapa "rumah" tempat tinggal Osama tu didapati berdekatan dgn Kem Tentera Pakistan
4)Kenapa video atau gambar2 lain semasa Osama dibunuh tidak disiarkan berbeza dgn gambar2 Saddam Hussein & pemimpin2 lain yang "dorang" bunuh
No comments:
Post a Comment