hardy boy : Pejam celik, dah pun menjelang 2011, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 2020 & aku tertanya-tanya, semoga impian WAWASAN 2020 menjadi kenyataan.
Y.A.B. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.
Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Terdapat 9 cabaran sebagai garis panduan umum untuk membentuk pembangunan Nasional iaitu yang perlu dihadapi oleh pegawai awam untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 ini iaitu :-
i. Cabaran 1: Bangsa Malaysia
ii. Cabaran 2: Jati Diri
iii. Cabaran 3: Demokratik
iv. Cabaran 4: Moral dan Etika
v. Cabaran 5: Liberalisme
vi. Cabaran 6: Saintifik
vii. Cabaran 7: Penyayang
viii. Cabaran 8: Keadilan Ekonomi
ix. Cabaran 9: Kemakmuran
Cabaran 1: Bangsa Malaysia
Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu-padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan.
Cabaran 2: Jati Diri
Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, berkeyakinan terhadap diri sendiri, berbangga dengan apa yang dicapai, serta cekap menghadapi rintangan, sentiasa mengejar kecemerlangan dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Cabaran 3: Demokratik
Membentuk dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman dan demokrasi yang unggul berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara membangun.
Cabaran 4: Moral dan Etika
Membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika, dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh.
Cabaran 5: Liberalisme
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada negara.
Cabaran 6: Saintifik
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progressive, mempunyai daya cipta tinggi, dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, tetapi juga menyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
Cabaran 7: Penyayang
Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu.
Cabaran 8: Keadilan Ekonomi
Menjamin pembentukan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi, yang mampu mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama tanpa mengira kaum.
Cabaran 9: Kemakmuran
Mewujudkan masyarakat makmur dan tinggi daya saing dan ketahanan dinamik, serta tangkas menghadapi perubahan.
Wawasan 2020 juga terbahagi kepada 2 fasa iaitu:-
i) Fasa Pertama 1990-2005:
Ø Tumpuan kepada pembangunan fizikal dari segi prasarana yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial.
ii) Fasa Kedua 2006-2020:
Ø Penekanan kepada pembangunan insaniah yang dapat menggunakan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan.
Assalamualaikum abg hadi. merojok pandangan abg hadi, apakah cabaran-cabaran dari segi ekonomi dalam pembentukan negara bangsa?
ReplyDelete