MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, January 31, 2012

Pemeriksaan Mata Untuk Pakai Cermin Mata

  
Dah berminggu blog ni terabai, follower pn bertambah tapi sayang ada yang tak letak address URL dorang, so tak dapat la nak follow dorang balik (Hopefully dorang akan inform URL dorang kpd saya lepas nie).
http://www.f-buzz.com/wp-content/uploads/2008/07/eye_iris.jpg
Biasala, lepas balik bercuti selama seminggu lebih ni, terasa lebih bersemangat, terasa diri lebih kuat untuk mengatasi segala dugaan/rintangan kemudian terasa dikala kita berseorang melawan segala badai, teringat bahawa Allah sentiasa bersama kita tak kira semasa kita susah atau senang cuma kadangkala kita sering alpa melupakan-Nya ketika senang. 

Selepas mendapat suntikan semangat, terasa diri lebih kuat, 
Biar Patah Sayap Bertongkat Dagu, 
Mengalah Tak Bererti Kalah, 
Biarlah Kita Jatuh Tertiarap Berulang-Ulang Kali 
Asalkan Kita Tidak Terus Berhenti Bangkit 
kerana kita perlu sedar bahawa Allah sentiasa bersama kita. Makin banyak ujian & rintangan yang kita rempuh, makin kuat diri kita.semoga segala dugaan atau ujian lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya dan ditambah keimanan. (Sama prinsipnya juga semasa bertempur semasa dalam Seni Martial Art suatu ketika dulu, banyak mengajar erti kehidupan, biarlah kita sering jatuh tersembab teruk dibelasah asalkan kita terus bangkit berkali-kali hingga loceng kemenangan dibunyikan).
http://utusan.com.my/pix/2011/1120/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_01.1.jpg
Balik je kampung, bonda dah tanya "Bila nak sambung PhD? Masa muda-muda nie la masa yang paling sesuai...". Aku cakap la insyaAllah jika dapat tukar ke tempat kerja yang lebih dekat dengan universiti, nanti takde la terlalu penat sangat nak ulang-alik naik bas/flight.hahaha. Klu setakat ulang-alik 3 jam naik keta tu mampu la lagi...

Entry kali ni aku cuma nak share semasa aku lakukan pemeriksaan mata di sebuah kedai cermin mata di Machang minggu lepas. Saja try sambil tunggu cermin mata adik ipar siap. Aku nie memang tak pernah pakai cermin mata. Sedikit terkejut bila pemeriksaan mendapati aku berkemungkinan rabun dekat pada usia 40-an nanti. Terkejut bukan apa, aku ingin kalau la aku kena pakai cermin mata pun maybe disebabkan rabun jauh shj, al maklumlah dalam keluarga aku belum pernah lagi ada yang kena pakai cermin mata (then aku assume la hasil pemerhatian aku, jika ibu bapa pakai cermin mata, ada kebarangkalian besar minimum salah seorang anak mereka kena pakai cermin mata, Bagaimanapun, tu cuma andaian aku je, belum pernah lagi kot orang buat kajian tentang isu nie).
Hasil ujian mata yang telah dilakukan kepada aku. Kalau result negatif maksudnya mata ok & sebaliknya klu positif. Dalam result tu, mata aku ade sedikit silau. Mata adik ipar aku pula klu tak silap +100 lebih, memang kena pakai cermin mata...
Doktor yang periksa siap cakap, jika dah sampai tahap kena pakai cermin mata tetapi kita tak pakai, lambat laun tahap rabun dekat@jauh tu akan meningkat.


Dulu aku ada juga senaman mata, tapi biasenya aku buat senaman mata untuk jarak jauh, untuk jarak dekat aku tak buat plk. Nampak gayanya lepas nie kena perbanyakkan senaman mata & jaga pemakanan serta penglihatan.

So, ape lagi, rajin-rajin la check mata korang ye...


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWjb21vlb0oi_A-h2QFiWEAJ7LRwzwENRmo2xe8AfLz_T9fiOyADSMRhrPodi7yobcsmkz27auZP4NwjjS3NAGik6r9y1Y5JxLFjtF_ljxCF-kJdXeJyYCxxph7f1j1p6x7TJLBA/s1600/eye-anatomy.jpg
anatomy mata

2 comments:

  1. yup betoi tu..prevention is better than cure..penah ambil cermin mata untuk komputer sebab asyik pedih je mata ni...tapi bila dah lama pakai..satu hari xnak pakai...wah ajaib..mata dah x pedih pedih dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, tahniah ilovekampungku, perkongsian yg menarik.he3x

      Delete