MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, February 21, 2012

Kelantan Negeri Paling Miskin ??? Penyataan Dato Seri Najib Mengguris Hati Rakyat Kelantan

Penyataan Dato Seri Najib Yang Mengguris Hati dan Membangkitkan Kemarahan Rakyat Kelantan


Dato' Haji Nik Abdul Aziz terkilan dengan pernyataan yang dilontarkan mengenai kemunduran Kelantan. 


Kelantan Miskin??? : Ku Li bidas Najib




Aku tidak fanatik terhadap mana-mana parti politik walaupun bapa aku salah seorang parti politik UMNO (untuk membangunkan bangsa Melayu di Kelantan) tetapi penyataan Dato Seri Najib tentang Kelantan merupakan negeri termiskin amat dikesali dan membangkitkan kemarahan semua rakyat Kelantan (kecuali mereka yang tidak bersemangat patriotik) tak kira yang menyokong Barisan Nasional atau PAS mahupun Parti Pembangkang yang lain. Adakah beliau sedar bahawa majoriti yang menjadi pemerintah dan bertugas di Putrajaya adalah rakyat negeri Kelantan yang bersama-sama membantu Dato' Seri Najib membangunkan negara ini.


Penyataan Perdana Menteri mengenai kemiskinan tidak tepat kerana KEMISKINAN adalah subjektif. Tak bermaksud jika berpendapatan rendah tetapi kos sara hidup di sesuatu kawasan tersebut rendah, maka negeri tersebut dilabelkan  sebagai MISKIN. Walaupun di Kuala Lumpur ibu negara yang dikatakan maju, mampukah rakyat hidup dengan berpendapatan cuma RM500 berbanding berpendapat RM500 di Kelantan? Jika pendapatan per kapita rendah, tak bermaksud negeri tersebut miskin!!! Adakah negara Malaysia yang berpendapatan per kapita rendah boleh dibandingkan dengan negara Amerika Syarikat yang berkapita tinggi kemudian Malaysia dilabelkan sebagai negara MISKIN??? Jika sedemikian Malaysia adalah negara miskin, ia merupakan tanggungjawab PERDANA MENTERI.

RUJUK kepada Pendapatan Per Kapita :
"Pendapatan per kapita tidak menunjukkan sebarang pengagihan pendapatan di dalam negeri dan oleh itu, segolongan kecil yang amat kaya boleh meningkatkan pendapatan per kapita yang diukur jauh melebihi pendapatan sebenar yang diterima oleh kebanyakan penduduk.".
DI SINI, PENDAPATAN PER KAPITA LANGSUNG TAKDE KENA MENGENA DENGAN NEGERI MISKIN!!!! Jangan kerana hendak menutup kegagalan Kerajaan Pusat membangunkan Sabah Sarawak setanding dengan negeri lain seperti Johor, Selangor dan Pulau Pinang sekalipun, maka pernyataan sebegini selalu digunakan dan menjadikan negeri Kelantan (yang turut di berada di bawah naungan Kerajaan Pusat kerana MASIH LAGI BERADA DALAM NEGARA MALAYSIA) dijadikan kambing hitam untuk diburuk-burukkan, maka kemarahan rakyat Kelantan akan meruap-ruap seterusnya menenggelamkan usaha BARISAN NASIONAL untuk menakluk negeri yang dikatakan "miskin" ini, kemudiannya bila kegagalan BN menakluk Kelantan terjadi mulalah rakyat Kelantan dikutuk-kutuk kerana jahil tidak memilih kerajaaan Barisan Nasional.

Seminggu ini, saya lihat Buletin Utama mula menyiarkan tentang dokumentari ringkas tentang kemakmuran di Kelantan, saya anggap mungkin antaranya disebabkan oleh kemarahan rakyat Kelantan mengenai isu ini...

Apabila kemarahan rakyat Kelantan selalu diapi-apikan oleh BN, yang paling turut menanggung rugi ialah ahli-ahli Politik Barisan Nasional di Kelantan (termasuklah usaha bapa aku) yang menenggelamkan usaha mereka berkorban selama ini.


Di Kuala Lumpur sekalipun yang dikatakan membangun itu, pernahkah Perdana Menteri berjalan-jalan di sekitar Chow Kit Road dan sekitar lorong-lorong di Kuala Lumpur, begitu ramai individu dan keluarga yang hidup bergelandangan (keadaan ini tidak terjadi di negeri Kelantan) kerana tidak mampu untuk menyara hidup dengan kos hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Jika yang bergelandangan itu adalah penagih dadah, sukar untuk dibasmi tetapi ramai yang bergelandangan tersebut adalah insan biasa yang tidak terlibat dengan gejala sosial dan terpaksa memilih cara hidup bergelandangan kerana desakan hidup, pada siang hari mereka bekerja sama macam orang lain. Apakah ini yang dikatakan negera maju? Cubalah datang ke Kelantan semasa cuti Hari Raya atau cuti sekolah drive daripada Kuala Lumpur hingga Kota Bharu, cuba lihat betapa banyaknya kereta mewah yang dipunyai oleh anak jati Melayu Kelantan yang pulang ke kampung. Semasa musim perayaan, jangan terkejut jika anda akan dapati perkarangan rumah di kampung di penuhi oleh kereta-kereta mewah milik mereka. Kemudian, cuba kira berapa billion RM yang masuk ke Kelantan hasil titik peluh rakyat Kelantan yang pulang ke kampung sebaik sahaja tamatnya Hari Raya. 

Jangan pula selalu kaitkan imej rakyat Kelantan dengan sesuatu yang negatif yang (hanya segelintir kecil yang terlibat), cubalah lihat pula siapakah yang memonopoli menjadi ustaz-ustaz, imam-imam di Masjid, menjadi guru-guru, pensyarah mahupun jurutera atau doktor dalam membangunkan seluruh negara ini serta berbakti kepada anak bangsa di seluruh Malaysia, saya pasti  hampir majoritinya datang daripada Kelantan bersama-sama bergabung tenaga dgn anak jati setiap negeri membangunkan negara ini.

Bagi aku, perkataan "miskin" tersebut perlu digantikan dengan "rendah". Jika ada negeri yang miskin di Malaysia ini tak kira di semenanjung atau di Sabah Sarawak sekalipun, ia adalah kegagalan pemerintah tertinggi negara, sedangkan segala pendapatan negara termasuklah semua cukai, hasil bumi mahupun saman yang mencecah jutaan Ringgit yang dibayar baru-baru ni, semuanya dikumpul oleh pihak kerajaan pusat sebelum diagih-agihkan kepada setiap negeri, belum ada lagi undang-undang yang mengatakan bahawa semua pendapatan negara wajib dibayar kepada parti politik yang disokong oleh setiap individu (Kalau dilaksanakan sedemikian, aku rasa tak mustahil separuh atau sebahagian besar pendapatan negara akan masuk poket PAS, PKR mahupun DAP, sedangkan kerusi di parlimen pun tak sampai 70% milik pihak kerajaan).  Jadi, bagi aku penyataan beliau umpama "Menepuk Air di Dulang, Akhirnya Terpercik Ke Muka Sendiri"... Kalau laungan 1 MALAYSIA asyik dilaungkan, maka menjadi tanggungjawab Perdana Menteri untuk membangunkan semua negeri dengan adil tak kira diperintah pembangkang atau kerajaan kerana negeri Kelantan sekalipun masih dibawah naungan Kerajaan Pusat, melainkan Kelantan ni berasa di negara yang lain.
Ini adalah rumah lot banglo yang telah saya beli di Machang, Kelantan yang cuma berharga RM250 000, jika di Kuala Lumpur mampukah Bangsa Melayu memiliki rumah seperti ini mungkin mencecah RM500,000??? Berkos sara hidup rendah tak bermaksud rakyat negeri Kelantan akan hidup miskin. Saya jemput anda untuk melancong ke Kelantan, anda akan dapati banyak deretan rumah sebegini di sepanjang jalan ke Kota Bharu (seperti yang kawan saya daripada Kuala Lumpur alami, dia terkejut keadaan di Kelantan tak seburuk seperti yang media massa burukkan... Tanah di Kelantan hanya boleh dimiliki oleh rakyat Kelantan sahaja, seterusnya dasar ini menjamin masa depan bangsa Melayu di Kelantan...
 
Perdana Menteri juga sewajarnya perlu terus menjelajah ke seluruh Kelantan seperti nasihat Tuan Guru dato; Nik Aziz kemudian membandingkan kemewahan yang dinikmati Kelantan berbanding negeri lain. Cuba bandingkan segala kemewahan yang dimiliki, jika anda ke Kelantan, anda akan dapat melihat terdapat banyak berderetan rumah-rumah banglo dan mewah yang gah sepanjang perjalanan ke Kota Bharu yang bagi saya 80-90% daripadanya adalah milik orang Melayu dan Kelantan masih lagi mengetatkan syarat yang ketat untuk rakyat negeri lain memiliki tanah di Kelantan. Mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa Kelantan juga mempunyai pelantar minyak di persisir Kelantan dan isu royalti minyak masih menjadi pertikaian. Cuba bandingkan dengan negeri-negeri lain, milik siapakan banglo-banglo mewah di bandar-bandar besar & berapa buahkah milik bangsa Melayu? 
Jika dilihat di bandar-bandar besar, bandar manakah yang majoritinya dihuni dan dikuasai oleh bangsa Melayu. 
Bagi aku, aku begitu hormat dengan bangsa-bangsa lain seperti kaum Cina dan India yang begitu kuat bersatu-padu untuk membangunkan bangsa mereka sebegitu hebat, sebaliknya bangsa Melayu sepatutnya perlu terus dibantu supaya tidak terus ter"buang" di negeri sendiri, jangan sampai "Menang sorak, Tanah Tergadai".... 
Apa gunanya segala kemewahan jika Bangsa Melayu suatu hari nanti Bangsa Melayu terus "terbuang" di negeri sendiri??? Bagi aku,  kerajaan juga perlu memainkan peranan untuk terus membangunkan bangsa Melayu.....
Bagi aku, selagi isu kemiskinan ini terus dimainkan, selagi itulah Barisan Nasional sukar untuk memecahkan kubu di Kelantan. Bagi aku, Barisan Nasional perlu membuktikan kejaguhannya merampaskan Kelantan (yang dikatakan miskin itu), barulah terbukti kejaguhannya. Jika negeri-negeri maju boleh ditakluk, kenapa tidak Kelantan????   
Aku juga pernah berhadapan dengan rakyat Sabah mendakwa kerajaan meng"anak-tiri"kan negeri Sabah dan Sarawak (mungkin kerajaan berpendapat mustahil untuk Sabah dan Sarawak jatuh kepada parti pembangkang). 
Sedarkah Perdana Menteri, wujud kegelintir kecil kelompok di Sabah Sarawak yang anti kepada warga semenanjung yang berkhidmat di sana kerana mereka marahkan kerajaan di semenanjung yang bagi mereka langsung meminggirkan mereka hingga ada di kalangan mereka berpendapat lebih baik mereka berada di bawah negera Indonesia. Facebook golongan ini juga semakin bertambah (cubalah la search dlm Facebook), dan bagi saya kerajaan pusat juga jangan meminggirkan isu pembangunan di Sabah Sarawak, risau jika ada salah satu daripada Sabah Sarawak yang jatuh kepada tangan pihak pembangkang seperti yang terjadi kepada Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Terengganu dan Kelantan, jika ianya terjadi pasti pihak pembangkang akan gelak besar mentertawakan Barisan Nasional.  Sejauhmanakah kebenarannya, wallahuallam...



Pembangunan Negeri Kelantan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZ9MoR4FMFqXrqNHIYyzmF6RIWjncahvJGMIn8MY1KH4VpWIlf2m1h5d-sHOF4MEflxcNvMatiCht0Xw2OaDZiPAZ8I5rqsOgc_TLmU9HZhWx3p7qOpfobL0OE9QFaAPF4gqS6eQ/s1600/agenda108-3.jpg


Menteri Besar Kelantan (tengah) meninjau replika projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh (BSIPT), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Gambaran artis projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh (BSIPT), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Gambaran artis projek Bazar Tok Guru dan Hotel Madinatul Raudah (5 bintang) di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. Projek Fasa I (pembinaan Bazar Tok Guru) telah dimulakan pada 01 Oktober 2009 dan dijangka siap pertengahan 2011 dan dimulakan projek Fasa II (Hotel Madinatul Raudah)
Projek menambah tingkat tambahan bagi Bangunan Hotel Crystal Lodge di Jalan Che Su, Kota Bharu.
Gambaran artis projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua dan Jejambat Kota Bharu (Nota: Gambaran artis dari arah Pasir Pekan / Wakaf Bharu menuju ke pusat bandar raya Kota Bharu dan Jalan Sultan Yahya Petra)

Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua. Projek ini telah dimulakan sejak Jun 2007 lagi dan dijangka siap pada Februari 2011.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhobiJQd-KTlOMbeuCNYcawOSNjSkXj9afzViOotjtPIQUsneHBbdiKKWh2pAhlCqRvHS-ef8r_tM-LG_lm2M6z-a0gsCgTjya76iHv9jvUJTRwCZor9yaIfb7_CWSuz0y8dNJDeQ/s400/kota+bharu+sentral+2.jpg
Kota Bharu Sentral

Gambaran artis projek Menara Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam & Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan. Fasa I yang merangkumi kompleks beli-belah / pusat dagangan telah siap dan dibuka pada Ogos 2009. Manakala projek Fasa II, iaitu pembinaan pangsapuri servis setinggi 17 tingkat dijangka dimulakan pada awal tahun 2011 dan dijangka siap pada tahun 2013. Apabila siap kelak, ketinggian menara ini ialah 25 tingkat.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMJ_SBmbbnFIWhA0oNRUxGpZcI16os18_RrWTIYf-jJi2f5e_F6uCQEtd3k7p1fm0YMaZ40KDbyy_Wb9EY04RoP0vurKzcmPJJmylDlOfyruTscKlkIX0UXPpR9C-vH7eQmZFoNw/s1600/6049_102343619778797_100000094794184_66114_3298923_n.jpg






https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiORmQM4fTEUwp7JDT-x7gMc7QFUTLkjuXEaRosPcX1dOk2ii2pMuWxsV7Vvl3R0ZDKuoFbh8f79WVbYfXkzvabfKZlHL6WU5sy8KKCVcwLmB47mlZPWjlLUYFwrol0s21asQ0UaQ/s1600/6049_102341889778970_100000094794184_65902_2278817_n.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiORmQM4fTEUwp7JDT-x7gMc7QFUTLkjuXEaRosPcX1dOk2ii2pMuWxsV7Vvl3R0ZDKuoFbh8f79WVbYfXkzvabfKZlHL6WU5sy8KKCVcwLmB47mlZPWjlLUYFwrol0s21asQ0UaQ/s1600/6049_102341889778970_100000094794184_65902_2278817_n.jpg
PEMBANGUNAN PUSAT PENDARATAN IKAN TERBESAR DI MALAYSIA DI TOK BALI, PASIR PUTEH

Pendaratan Ikan di Tok Bali
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYf0LUQGX37YQsC1sd45hwkY5uG-erqThdL2Wq9U0v_dmGIxIDkaVdJT2U_oUb9nwpHCC-r2m6gimE2rZgmDpFXg6MHQnL3agFrrUcQwUNszw1u7aN0PJnYZQbsk94ukPPgQfL/s1600/pelabur+di+kelantan.jpg
Kelantan

 
Ini adalah rumah yang telah saya beli di Machang, Kelantan yang cuma berharga RM250 000, jika di Kuala Lumpur mampukah Bangsa Melayu memiliki rumah seperti ini mungkin mencecah RM500 000??? Berkos sara hidup rendah tak bermaksud rakyat negeri Kelantan akan hidup miskin.






* Sekadar pandangan peribadi saya untuk melihat BANGSA MELAYU DAN MALAYSIA terus maju membangun. Di Kelantan majoritinya adalah BANGSA MELAYU yang berdarah pahlawan seperti Tok Janggut yang mempunyai semangat juang menentang penjajah suatu ketika dahulu termasuklah Jepun, British mahupun Siam yang mengorbankan  ramai nenek moyang mereka demi negara tercinta walaupun daerah Narathiwat, Takbai, Songla dan beberapa daerah milik Tanah Melayu jatuh ke tangan Siam sehingga kini akibat dijajah penjajah. Lantaran zaman kesusahan menentang sang penjajah, hasilnya rakyat Kelantan pada masa kini mempunyai semangat juang yang tinggi dan tiada cabaran yang tidak akan ditempuhi. 

Bangsa MELAYU dan Kelantan perlu terus dibantu supaya kita tidak jadi pelarian di negara sendiri, jangan sampai BANGSA MELAYU LANGSUNG DIPINGGIRKAN DARIPADA BANDAR-BANDAR BESAR DAN HANYA MAMPU TINGGAL DI RUMAH-RUMAH KOS SEDERHANA SAHAJA, seperti yang terjadi di bandar-bandar besar sekarang. Anatara contoh nyata, BANGSA CINA DAN INDIA berusaha terlampau gigih hingga mampu tinggal di majoriti kawasan-kawasan perumahan elit  di Kuala Lumpur, hanya beberapa kerat sahaja rumah di kawasan perumahan ini dibeli oleh bangsa MELAYU.

JIKA BANGSA CINA DAN INDIA MAMPU MENGUASAI EKONOMI MALAYSIA, MENGAPA TIDAK BANGSA MELAYU??? PERBETULKAN PERSEPSI, JANGAN DISEBABKAN KELANTAN MENGAMALKAN PEMERINTAHAN ISLAM, TERUS KITA MELABELKAN ISLAM AKAN MENYEBABKAN NEGARA INI AKAN MENJADI MUNDUR DAN MISKIN. SAYA CABAR, DATANG LA MENJELAJAH KE SELURUH KELANTAN DAN BANDINGKAN KEADAAN DI KELANTAN BERBANDING DI NEGERI-NEGERI LAIN....



Artikel berikut merupakan antara fakta yang terus menerus disembunyikan kenyataaannya oleh Pemimpin Negara mahupun media massa dengan menzalimi rakyat Kelantan;-
>>> kelantan-miskin-kerana-dizalimi
>>> lebuh-raya-tunjuk-jalan-keluar-buat bn

No comments:

Post a Comment