Baru-baru nie pergi ke pasar, terjumpa la orang jual udang galah. Dulu teringin juga nak beli, sebab harga lobster ni kalau yang sudah siap masak ialah 100gm= RM25.00. So, aku saje je gatal pergi tanya harga, dia cakap RM50 sekilo (Ada satu pasar lagi dorang jual RM25 sekilo tapi aku tak biasa pergi pasar tu). Bukan setiap musim "makhluk" ni ade, so aku beli la sekilo, dapat la RM50 sekilo sebanyak 4 ekor. (Kalau yang dah siap masak, sekilo harganya RM250.00, mak aiiii memang cukup mahal, tak mampu aku nak makan kat kedai. Kepala udang galah ni pun dah berapa besar daaa tapi masih ada isi.....
Tauke tu cakap yang saing lebih besar harganya RM70 sekilo.
So, aku attach la gambar lobster yang siap aku beli nie kat bawah. Dah lama aku nak beli sebab aku kagum tengok ciptaan Ilahi ni, ciri-ciri mewarisi makhluk purba dahulu masih ada dengan bercengkerang keras dan berduri. Memang cukup hebat Ilahi ciptaan makhluk purba ini.... Untuk dapatkan lobster (dek kerana rasanya yang sedap) nelayan terpaksa bertarung dengan bdai yang cukup kuat sebab kat situ la favourite lobster nie suka tinggal. Aku memang suka memasak, aku masak 3 rasa, memang rasanya cukup manis....
Yang tu Udang Galah (lobster) yang sebelum aku masak, lepas masak warnanya bertukar jadi merah. Rasanya juga memang manis dan isinya lebih besar daripada udang. Walaupun namanya Udang Galah, memang rasanya memang jauh berbeza daripada udang dan lebih manis...
Yang nie pula gambar aku amik dlm internet, udang galah sungai & kat mana ada buaya di situ ada udang galah nie.hahaha |
Udang galah Malaysia mempunyai sepit yang lebih kecil berbanding udang galah luar negeri |
--------------------------------------------------------------
Yang di atas tu udang yang boleh dimakan tetapi yang kat bawah nie aku bela sebagai hobi aku sebagai peneman aku masa boring kat rumah. Dulu ingat nak bela kucing tapi sebab aku ni slalu bercuti berminggu-minggu balik kampung takpun selalu outstation, risau plk kalau kucing tu mati kelaparan. Last-last aku decide bela haiwan-haiwan yang bole hidup dalam aquarium.
Ada sembilan ekor lobster dalam akuarium aku, ade sebesar tapak tangan sehinggalah sebesar ibu jari, haiwan yang suka menyendiri dan berani. Ada warna merah, biru muda dan biru tua. Haiwan ni cukup unik dan setiap kali aku tengok lobster nie (yang ni lobster sungai air tawar), aku rasa kagum menyaksikan ciptaan Ilahi, memang Maha Hebat... Lobster dalam aquarium aku skarang nie ada dalam 9 ekor, ada yang besar & kecil. Lobster nie memang suka memanjat aquarium & boleh hidup dua alam....
Sebenarnya, bela hidupan akuatik ini juga merupakan terapi menenangkan fikiran dan sesuai untuk sesiapa yang selalu sibuk. Kalau kerja dah sibuk, takkan nak release dgn cara sibuk juga, pilihla cara yang menenangkan (dulu rajin la jugak aku masuk pusat karaoke release tension tu pn sbb terpaksa layan klien di Kuala Lumpur).
SELAIN ITU, BILA MELIHAT HIDUPAN AKUATIK INI, "MAKHLUK INI" TURUT MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN DAN BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI SEGALA CABARAN DALAM DUNIA & HIDUP INI.hehehehe.Ada pengajaran yang tersirat, nanti aku terangkan di akhir....
Sebenarnya, bela hidupan akuatik ini juga merupakan terapi menenangkan fikiran dan sesuai untuk sesiapa yang selalu sibuk. Kalau kerja dah sibuk, takkan nak release dgn cara sibuk juga, pilihla cara yang menenangkan (dulu rajin la jugak aku masuk pusat karaoke release tension tu pn sbb terpaksa layan klien di Kuala Lumpur).
SELAIN ITU, BILA MELIHAT HIDUPAN AKUATIK INI, "MAKHLUK INI" TURUT MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN DAN BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI SEGALA CABARAN DALAM DUNIA & HIDUP INI.hehehehe.Ada pengajaran yang tersirat, nanti aku terangkan di akhir....
Haiwan yang penyabar, tapi kalau kacau siap la...hahaha... |
Udang galah sepit merah, udang yang paling mahal walaupun lebih kecil, mampu membesar hingga tapak tangan |
Kekadang udang galah nie bergaduh jugak berebut kawasan jajahan.... |
Yang nie udang galah biru muda antara yang mahal & jadi kesayangan aku, walaupun besar tapi cukup manja, lasak, jinak dan tak melawan sangat. Berani & tak takut dengan orang.hahahaha |
Ada 2 ekor udang galah biru muda ni yang aku bela, memang jenis nie suka memanjat ke permukaan air & berjemur di bawah pancaran lampu, xmasuk berminit-minit dalam air pun takpe... |
Ikan yang bersinar ketika gelap, sepat oversea kot |
Salah sekor ikan haruan yang suka buli @ makan ikan yang lebih kecil |
Kesimpulan : Bila menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi, terasa diri ini terasa kerdil, betapa hebatnya Ilahi mencipta setiap ciptaannya dengan fitrah kejadian yang tersendiri. Semenjak aku bela haiwan peliharaan nie, atau tak tau semada ada secara kebetulan atau tidak, rezeki aku datang mencurah-curah dan Allah mempermudahkan beberapa urusan ku tanpa di duga. Setiap kali aku nak pergi kerja, balik kerja walaupun nak tido sekalipun, aku bagi dorang makan & make sure dorang berada dlm keadaan terbaik. Hopefully, "makluk-makhluk" nie tak kutuk-kutuk menyumpah-menyumpah aku.hehehe.....
Sebenarnya, ada sesuatu yang Ilahi nak ajar kita berdasarkan perlakuan haiwan-haiwan ini, antaranya:-
i) Ikut resmi Ikan Puyu, walaupun ikan tersebut mempunyai pelbagai kehebatan paling lasak, paling hebat, paling kuat, mampu bertahan di luar kemampuan ikan-ikan lain, walaupun berpewatakan seakan ganaz, tapi sebenarnya ikan tersebut amat penyabar, low-profile takde nak menunjuk-nunjuk kehebatannnya, tapi kalau dah hebat, orang sedia mengakui kehebatan ikan nie. JADI KITA SEBAGAI MANUSIA NIE, JANGANLAH TAKBUR DAN RIAK SANGAT DENGAN SEGALA KELEBIHAN YANG ALLAH PINJAMKAN KEPADA KITA.KALAU KITA DAH SEDIA HEBAT, ORANG LAMBAT-LAUN AKAN KETAHUI JUGA WALAUPUN KITA RAHSIAKAN.
ii) Ikut resmi kura-kura, penyabar dan bagaimana ORANG LAYAN KITA, 2kali MACAM TU KITA LAYAN ORANG TERSEBUT.
JIKA LEMBUT ORANG LAYAN KITA, LEMBUT LA KITA LAYAN ORANG TU,
TETAPI
JIKA KASAR ORANG LAYAN KITA, KASAR LA KITA LAYAN, KITA SABAR DULU DAN SECARA DIAM-DIAM TANPA ORANG TU SEDARI, KITA LAYAN DIA "KASAR" KEMBALI SAMPAI ORANG TERSEBUT TUNDUK DAN PECAH SEGALA KEANGKUHAN DALAM KEPALANYA....hahaha..Kejamnya.....
III) Jadilah seperi resmi UDANG GALAH YANG BERSEPIT BESAR, walaupun hebat, dia tak tunjukkan kehebatannya, diam-diam je tetapi SEKALI ORANG KACAU HIDUPNYA, LOBSTER NI AKAN SEPIT TAK LEPAS-LEPAS SAMPAI ORANG TU MENGALAH.hehehe... Sesuai untuk ajar orang yang degil berkepala batu....
IV) Ikut la resmi Ikan Kecil, walaupun kecil, mereka bersatu-padu dan bila bersatu pemangsa sebesar mana sekalipun dapat mereka tewaskan..Hebat bukan ...(^_^)....
"TAK PERLU KITA NAK TAKSUB DENGAN DIRI KITA,
RASA SEOLAH-OLAH DIRI KITA HEBAT,
TETAPI
SEBALIKNYA SAMA-SAMALAH KITA RENDAHKAN DIRI & DEKATKAN DIRI KEPADA-NYA".
Kenapa??? Segalanya hanyalah pinjaman ketika daripa Ilahi yang akan diambil bila-bila masa shj...
hahaha...majmuk la kehidupan dalm akuarium tu...suami saya pun suka bela ikan,tapi tak berani bela udang galah...sebb takut kena masak hahaha (bini dia ni suka makan udang)...ABK suka makan udang kat bawah perut buaya tu sedaaaaaaaaaaaappp
ReplyDeletesetiap org mempunyai hobi tersendiri,hehehe.. saya pun suka udang galah kat sungai tu tapi nak jumpa kat kedai bukan main susah melainkan klu rajin turun memancing.hehehehe
DeleteBang mana pasar u beli udang galah?
ReplyDeleteada dijual dipasar-pasar. boleh juga cuba lihat di pasar-pasar yg berdekatan kalau ada....
Delete