HARDY BOY : Tentang isu perkahwinan ini, bagi saya bukan sesuatu yang main-main, jangan main sebarang je pilih pasangan kita, perlu kenali betul-betul mendalam kerana menurut Dato' Dr Fazillah Kamsah, sebelum kahwin pun, kita hanya kena semaksimum 30% sahaja diri pasangan kita, selebih baik buruk lagi 70% hanya akan kita kenali selepas kahwin nanti...
Jadi, kepada yang belum kahwin, beberapa ujian perlu diadakan kepada pasangan kita untuk mencungkil beberapa ciri-ciri dalamannya yang selami ini disembunyi oleh kita supaya tidak menyesal kemudian hari. Ujian-ujian tersebut mungkin akan saya kongsikan dalam entry lain (^_^)...
Cuma, secara umumnya, kalau pasangan tersebut menjaga AGAMAnya, maka insyaAllah beberapa ciri lain dalam dirinya adalah lebih baik kerana dia akan mengganggap ISTERI yang dinikahinya merupakan suatu AMANAH dan jika dia mengkhianati AMANAH tersebut, dia akan takut akan menerima hukuman/balasan daripada Allah di akhirat kelak....
Baru-baru nie, saya ada bertanyakan kepada para peserta perempuan "Bengkel Kerjaya",
Hardy boy : "KEPADA WANITA DI SINI, JIKA DIBERIKAN SATU PILIHAN SAHAJA, apakah ciri-ciri yang diinginkan oleh perempuan, ADAKAH YANG KAYA ATAU YANG HENSEM?".
Kebanyakannya perempuan jawab : "KAYA!!!!!"....
Hardy Boy : Bagi saya semua jawapan adalah betul. Mungkin kepada para wanita yang memilih ciri-ciri tersebut, mungkin bagi mereka dengan KEKAYAAN mereka boleh lakukan apa sahaja, yang TAK CANTIK PUN BOLEH DICANTIKKAN(selepas dok ulang alik gi SPA),
yang GEMUK PUN BOLEH DIKURUSKAN(dengan duit dorang bole ambik pakej menguruskan badan) dan
YANG KURUS PUN BOLEH DIGEMUKKAN(bila duit banyak, dorang boleh makan apa sahaja untuk membesarkan badan sehingga sebulat belon pun bole.hehehehe).
Kemudiannya, saya cabar para peserta lelaki
Semasa kursus kerjaya yang lalu (^_^) |
HARDY BOY:TENTANG JODOH NIE, KEPADA yang tak cantik atau hensem, jangan berdukacita. Jadi, kesimpulannya, ANDA TERUTAMANYA SEBAGAI KAUM ADAM HENDAKLAH BERUSAHA MENDAPATKAN PEKERJAAN YANG TERBAIK KERANA DENGANNYA ANDA TAK PERLU RISAU UNTUK MENCARI JODOH...
WALAUPUN RUPA ANDA SEMUA NIE hensem macam Brad Pitt sekalipun tapi malas kerja, kerja pulak cukup untuk tampung diri sendiri je, mana ade perempuan sanggup nak jadikan anda SUAMI???!!!
Saya tertarik dengan artikel BERIKUT tambahan kepada Panduan Memilih Jodoh sebagai peringatan kita bersama (^_^) untuk yang dah berumahtangga dan juga yang masih single...
PANDUAN MEMILIH JODOH
Sumber Artikel : www.iluvislam.com
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.
Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.
Penyakit "Tidak Jelas"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".
Hanya 'Beragama'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai a
lasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.
HARDY BOY : JIKA KITA INGINKAN PASANGAN KITA MEMPUNYAI CIRI-CIRI IDAMAN KITA, PERTAMA SEKALI KITA PERLU PERBETULKAN DIRI KITA SENDIRI TERLEBIH DAHULU, BETUL TAK?!! INSYAALLAH, KITA AKAN DAPAT PASANGAN YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI IDAMAN KITA. (^_^)
Artikel saya berkenaan tajuk "CINTA & PERKAHWINAN INI"-
>>> RESPON KPD DILEMA BERKAHWIN SEMASA BELAJAR
ayat last tu sangat betul!!! setuju!! ^0^ hikhikhik
ReplyDeletethanks for your comment zuyyin.hehehe.. same2 kte perbetulkan diri kita terlebih dahulu(^_^)
ReplyDeletesalam hardy boy,
ReplyDeletepanduan memilih jodoh,
bagus untuk tatapn semua.
dalam hati, pilihan pertama semestinya beriman, dan boleh membimbing ke jalan yang benar, insyaallah.
kalau dilihat sekarang, duit itu pun satu keperluan. kalau ikutkan, kenapa ramai orang tak kawen? mesti sebab tak cukup duit. duit itu pun penting juga.
banyak juga faktor lain yang kena fikir. sekarang ni, kalau nak kawen pun kena berhutang, susahlah camtuh. bagi yang mempu, alhamdulillah.
manusia kehendaknya makin susah nak dipuaskan, saya pun camtuh, tapi kalau difikirkan, memang melampau. huhu.
wah wah, bagus la komen ShidaHaron tu., tq. hehehehe.. saya stuju sgt. panjang lebar & bermakna (^_^)
ReplyDelete